Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Saya sedang berhijrah ke http://www.mumtazah.net/web. Silalah jemput bertandang ke sana. :D

Bismillahirahmanirrahim, Allahumma Solli Ala Muhammad

Assalamualaikum..

Destinasi:
Rumah

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:
Bila-bila masa akan mati

2 hari yang lepas, saya dan keluarga saya bercadang ke Kedah. Kami pada asalnya hendak bertolak jam 5 petang. Tapi ada sedikit lewat kerana saya ke kedai untuk service kereta. Sebenarnya sepatutnya bukan service yang perlu dilakukan. Tetapi checking. Sebab minyak hitam ada 3000 lebih lagi. So patutnya checking sahaja. Minyak hitam yang berbaki terbazir kerana kejadhilan saya.

Sampai di rumah kira-kira jam 5 petang. Bersiap mandi, packing sedikit barang, makan dan jam 5.30 petang bersiap untuk bertolak. Kira-kira jam 6 petang baru betul-betul bertolak.

Ohh...

Selepas itu, singgah di Stesen shell untuk isi minyak, isi setengah aje sebab tak redha, sebab saya terlepas stesyem minyak Petronas, minyak pula hendak habis.


Jalan seketika, tiba-tiba bunyi tayar meletup. Ohh. Saya mahu mengawal, tapi tidak boleh berhenti, lantas terbabas, terbalik kereta. ALLAH, tidak dapat saya bayangkan keadaan yang lain semasa itu. Blurrrrr.


Saya hanya mampu membuka pintu, padahal saya orang pertama yang boleh keluar. Suara anak-anak sedara sunyi sepi. Saya bertanyakan anak saudara saya Diyanah. Hmm. Risau.

Alhamdulillah, mak keluar dulu, kemudian mak tarik kak ita, anak-anak sedara lain, kedua akhir keluar adik saya, kemudian baru saya.

Blurrr..

Ya ALLAH terkejutnya saya...

Terima kasih ALLAH kerana semuanya selamat..

Terima Kasih ya ALLAH.

Semua selamat, cuma lenguh-lenguh sikit.


Pengajaran.
Walaupun tayar baru ditukar 3 biji baru, satu tayar lama yang elok, tapi perlu jugak recheck jika mahu jalan jauh.

Redha.

Setiap kejadian tentu ada hikmahnya...

Sabar.

Sabar.

Sabar.


Oklah, dokan saya...

Wallahualam.





Sedih

3:58 PM with 0 comments »

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
Bila rasa keseorangan dalam jalan ini.
D_Maidany-Menunggu Di Sayup Rindu (best dan sedih)

Pengajaran hari ini:




Sedih.....
Ya Allah Engkau tahu aku sedih, lalu kau hadiahkan aku ini. Ya ALLAH, banyak sungguh nikmat Engkau yang aku dustakan. Moga aku tidak berputus asa untuk bangun apabila jatuh.

Artist : Maidany
Lirik Lagu : Maidany - Menunggu Di Sayup Rindu
Maidany - Menunggu Di Sayup Rindu
sumber:http://www.rizkyonline.com/Maidany/Maidany-Menunggu-Di-Sayup-Rindu.html

ooo... burungpun bernyanyi
melepas sgala rindu
yang terendam malu
di balik qolbu

ooo...anginpun menari
mencari arti
apakah ini fitrah
ataukah hiasan nafsu

didalam sepi ia selalu hadir
didalam sendiri ia selalu menyindir
kadang meronta bersama air mata
seolah tak kuasa menahan duka

biarlah semua mengalir
berikanlah kepada ikhtiar dan sabar
untuk mengejar...

sabarlah menunggu
janji ALLAh kan pasti
hadir tuk mdatang
menjemput hatimu

sabarlah menanti
usahlah ragu
kekasihkan datang sesuai
dengan iman di hati

bila di dunia ia tiada
moga di syrga ia telah menanti
bila di dunia ia tiada
moga di syurga ia telah menunggu



Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:
Tempat Kerja

Laman Web Menarik Hari Ini:
MyMaktabaty

Pengajaran hari ini:
Tepati Janji
Serius dalam melakukan kerja

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:
Ini sejarah kita

Pengajaran hari ini:
Tawakal

Sekejap sahaja mahu berlallu hari Isnin. Hari Isnin temanya warna putih. Selasa ungu atau pink, Rabu pula warna biru, Khamis warna perang dan Jumaat warnanya hijau yang mendamaikan.

Beginilah keadaan otak saya sekarang.



Pernah dengar lagu tawakal?

Ya ALLAHU YA AZIM
Ya Fatahu Ya Alim
Ya ALLAHHu Ya Rahim
Ya Arhaman Rahimin

Ya ALLAHU YA AZIM
Ya Fatahu Ya Alim
Ya ALLAHHu Ya Rahim
Ya Arhaman Rahimin

Dalam semua tidankan kita
Niatkan kerana ALLAH
Agar kita mendapat berkat
Dalam senang ataupun susah

Dalam setiap amalan kita
Mulakan lah dengan berdoa
Bersungguhlah dalam usaha
Berbuatlah yang sebaiknya


Ya ALLAHU YA AZIM
Ya Fatahu Ya Alim
Ya ALLAHHu Ya Rahim
Ya Arhaman Rahimin


Ya ALLAHU YA AZIM
Ya Fatahu Ya Alim
Ya ALLAHHu Ya Rahim
Ya Arhaman Rahimin


Mulakan lah dengan namaNya
Bismillah, bismillah
dalam senang bersyukurlah, ucapkanlah alhamdulillah
Tika susah beristigfarlah
Tawakallah kepadanya
Tawakkalna Ala ALLAH
......................
................

Ya, tika susah beristigfarlah, astagfirullahalazim
Serahkanlah padanya, tawakal ala ALLAH.








Ramadhan

10:52 AM with 0 comments »

Align CenterBismillahirahmanirrahim. Allahumma Solli Ala Muhammad

Laman Web Menarik
Cahaya Kebaikan





Saya sedang mendengar lagu kemuliaan Ramadhan dari Inteam. Rasa sebak didada, berair dimata. Entah saya sempat atau pun tidak.

"Ya Allah, berkatilah
kami pada bulan Rejab dan bulan
Sya'aban serta sampaikanlah kami ke
bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan
Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan
melainkan Dia, yang hidup, yang
berdiri sendiri dan aku bertaubat
kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah
Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut
disembah kecuali Engkau yang mencipta
aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam
genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian
(beriman dan taat) kepada-Mu sekadar
kemampuan yang ada padaku. Aku
berlindung kepada-Mu dari kejahatan
yang (mungkin) aku lakukan. Aku
mengakui atas nikmat yang engkau
berikan kepadaku dan mengakui dosa-
dosaku. Kerana itu aku memohon
keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada
yang dapat mengampuni dosa seseorang
kecuali Engkau Ya-Allah."


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi:

Laman Web Menarik Hari Ini:

Pengajaran hari ini:

Ya, larikan sebentar rasa itu.

"Ah, macam-macam rasa aku alami sekarang ini, sedih, kecewa, dan macam-macam lagi." kata hatiku.

"Tu lah padan muka. Tak fikir panjang sangat" tambah suara kecil hatiku.

"Orang lain semua buat projek hebat-hebat" tambah suara kecil hatiku lagi

Apa yang terjadi sebenarnya?

Tadi, aku cuba mempateri projekku. Tapi aku agak takut, tak biasa. Warna mesin pateri yang berubah dan juga baunya membuatkan aku sedikit gerun. Bila tidak dapat membuat seperti yang aku rancangkan, macam-macam perasaan muncul. Menyesal, kecewa dan sebagainya. Rasa hendak menangis pun ada juga.


Tapi aku masih ingatkan pengajaran yang lepas. Kadang-kadang kerana mengikut rasa pada ketika itu, banyak perkara salah yang telah aku lakukan. Yerlah, ikutkan rasa binasa.

Jadi hari ini aku belajar suatu benda. Lepaskan sebentar rasa itu. Rasa marah, kecewa, sedih biarkan ia berlalu dahulu. Jangan lakukan apa-apa tindakan disebabkan rasa itu. Jangan, kerana tindakan itu akan merugikan kita akhirnya....





Blog Widget by LinkWithin