4/27/2003

Doa Rabitah
Bismillahirahmanirrahim.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu...( Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Restuilah ya Allah atas Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda dan sahabat baginda seluruhnya. Ya Allah restuilah dan sejahterkanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin. Amin Ya Rabb.

Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah. Aku berjaya akhirnya. Alhamdulillah.

No comments: