5/20/2003

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang ia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi. jeng!jeng!jeng!...bunyi ....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.
Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia
berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi
untuk
menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam
perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu.
Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ni pun
berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri.
sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. tengah dok berfikir
camner
nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!...Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah
nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni.
Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus
putih
dari lubang celah-celah perigi.
naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut.
sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.
Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....cam ner ni.
Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.
naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam
ni pun
gigit juga tali tu.
Cis,lagi satu . Macam mana aku nak buat ni....
habislah jadi mangsa buaya .
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali
putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.
Macam mana nih...
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba
.....
terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...bunyi lebah bawa madu. Si hamba
Allah ni pun mengdongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu
kata,
"
Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya.Subhanallah sungguh sedap ni."
Kerana setitk madu si hamba Allah tu lupa pada Harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adlah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar
kita,
so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di
alam kubur nanti.


Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau
pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka
pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah
nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa
pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada
Allah.
Waktu susah memang sentiasa ingat.




No comments: