5/19/2003

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, hanya benda nih ler aku mampu ucapkan setelah apa yang aku lalui, hamdillah, hati aku terubat sedikit, hamdillah hati aku yang begitu telah bersinar sedikit. Terima Kasih pada semua. Setelah 2 hari berlalu, setelah 2 hari aku disimbahi ilmu, barulah aku tau apa sebenarnya punca keparahan hati aku. Erm rupa-rupanya rohani aku dah lama tak makan. Rupa-rupanya hati aku sakit sebab dah lama tak makan. Hamdillah. Patutlah kawan aku nasihatkan aku supaya tawaduk, barulah aku perasan selama nih aku menegak langsung tak menunduk. Orang kalau tak berilmu maka, tegak ler dier, dan orang kalau berilmu, dia akan tunduk, hatinya akan tawaduk. Begitulah, setiap kepahitan ada kemanisan. Jika Allah tak uji aku dengan begini, masakan aku sanggup bersama akak-akak di tamrin nisak, masakan aku mahu menebalkan diri demi mencari secebis ilmu? Hamdillah setiap kejadian ada hikmahnya.

Hamdillah, hari lahir tahun nih lah yang paling unik sekali. Walaupun program tamrin nisak nih untuk pimpinan-pimpinan mahasiswa dan mahasiswi di ipta/ipts, namun sengaja aku menyibukkan diri, menebokkan muka agar aku dapat join program nih. Mula-mula aku tak nak pergi, tapi memikirkan dan lama aku tak qiam secara jamaah, dah lama aku tinggal benda-benda macam nih, maka aku buat keputusan aku nak pergi. Aku nak jadikan permulaan hidup sebagai 20 an nih sebagai yang terbaik. Orang kata permulaan yang baik, InsyaAllah kesudahan nya pun baik. Doakan InsyaAllah. Sengaja aku pergi, aku nak buat qiam secara berjamaah pada hari lahirku. Dalam hutan.. Hamdillah semuanya selamat. Hari lahir ke-20 nih InsyaALlah aku akan ingat. Banyak sebenarnya aku nak menulis untuk ingatan pada masa hadapan. Tapi InsyaALlah nanti, Sebab subuh dah singgah kat rumah aku. Wassalam

No comments: