5/12/2003

Ermm. Semalam hari Ahad. Harik nih hari isnin. pagi dalam kul 3.35 pagi aku menulis. Kenapa aku menulis. Erm. Entahler. Aku ada sebab aku sendiri. Kadang-kadang inilah caranya aku meluahkan perasaan aku. Inilah caranya aku membetulkan kesilapan aku. Biarkan rasakan ler mumtazah. Biar aku nak bagi semua orang baca kesilapan ko mumtazah.Haha. Biar ko rasa. Lain kali buat lagik. :) ok kesilapan kalau buat satu kali boleh dimaafkan kalau dua kali pun boleh dimaafkan dan kalau buat kesilapan tiga kali, itu dah dikira BODOH. Tak layak untuk dimaafkan. Aku? Kata-kata ku seringkali membuatkan org terasa hati. Walaupun aku tak bermaksud apa-apa. Hamdillah sejak kebelakangan nih, aku perasan sejak mak ngan abah balik mekah, aku takder lagik perasaan marah, seolah-olah dah hilang, mungkin mak doakan aku supaya tak jadi seorang panas baran. Marah? Tolong ler, perasaan tu dah hilang lama dah. kekadang aku sengaja buat tapi untuk tujuan tertentu. Marah kerana sayang. marah nih expecially untuk adik-adik aku, untuk anak-anak murid aku. Untuk kekawan aku yang tak reti bahasa. hahah. Aku ker diorang yang tak reti bahasa? Aku lah tu sebenarnya. Diorang yang terbaik. Erm . Kalau bab kawan-kawan nih aku memang memilih sikit, walaupun aku cuba bergaul ngan semua tapi aku hanya pilih orang tertentu untuk memperbaiki aku. Aku hanya tanya orang tertentu bila aku nak nasihat. Aku hanya ikut nasihat tertentu daripada orang tertentu.. Kalau nasihat tu ikhlas insyaALlah terkesan lah pada diriku nih. Aku nih seorang yang macam mana erk. Ok lah aku describe.Erm aku nih kalau kat luar seorang yang senyap, yang tak banyak bercakap. Aku tak suka bodek orang. Aku suka jadi aku sendiri. Kalau benda tu aku tak suka bermakna aku tak suka. Aku tak kan kata aku suka benda tu. Walaupun aku nampak senyap dan senang untuk ditindas sebenarnya .....entahler. Siapa yang dekat ngan aku pasti kenal aku. InsyaAllah. Aku kalau tak suka sesuatu benda, aku akan senyap dan aku akan protes senyap-senyap macam menjauhkan daripada benda yang aku tak suka. Aku tak suka tegur direct. Semua dah besar kan. Mintak ler paham. Itu cara aku. Entah cara tu kekadang praktikal kekadang makan dalam wooo. Macam mana nak puaskan hati semua orang expecially yang sama baya? Sebab tu aku suka kawan ngan org besar. Dioarang dah makan garam. Diorang berani tegur aku. Diorang paham cara aku. Senang. Entahler sekarang semua dah berubah. Sekarang orang buat apa sahaja. Sekarang orang sanggup bermuka-muka untuk tujuan tertentu. Bila susah kita kawan. Bila senang kita lawan. Ahaks. Pedas tu kan. Ikhlasss. Susah nak jumpa orang yang sanggup bersusah dengan kita. Susah. Susah nak cari orang yang sekepala ngan kita. Susah nak cari orang yang sanggup menangis dengan kita.
Muka kalau dah takder nur, orang akan menyampah pandang muka kita. Itulah hablum minallahi habluminnas. Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia kena jaga. Kalau hubungan ngan Allah tak jaga, inilah jadinyaaaa. padan muka ko mumtazah...

No comments: