5/08/2003

A Friend....
(A)ccepts you as you are
(B)elieves in "you"
(C)alls you just to say "HI!"
(D)oesn't give up on you!
(E)nvisions the whole of you (even the unfinished parts)
(F)orgives your mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps you
(I)nvites you over
(J)ust "be" with you
(K)eeps you close at heart
(L)oves you for who you are
(M)akes a difference in your life
(N)ever Judges
(O)ffer support
(P)icks you up
(Q)uiets your fears
(R)aises your spirits
(S)ays nice things about you
(T)ells you the truth when you need to hear it
(U)nderstand you
(V)alues you
(W)alks beside you
(X)-plains thing you don't understand
(Y)ells when you won't listen and
(Z)aps you back to reality
Semalam hari kedua aku kesekolah. letihkelmarin tidak mengkaburi hari nih. Hamdillah tenaga yang ada harik nih aku tak sia-siakan. Apa erk kesilapan yang aku buat semalam? Erm mungkin terdengar umpatan orang kot. Erm esok InsyaAllah aku nak datang awal sikit. Guru besar aku tak jumpa lagik. Masuk rumah orang tak jumpa tuan rumah mana boleh. Heheh. Sebut pasal tuan rumah nih, aku teringat kisah hari sabtu yang lalu ermm berapa harik bulan erk ermm 3/5/2003. Geram jugak kalau nak ingat. Namun benda nih jadi ingatan lah buat aku. Erm. ok ler aku nak sekadar memberi ingatan pada diri sendiri. Macam nih masa tu kitaorg ada meeting kat klcc. seperti minggu sebelumnya tempat kat klcc jugak. Cuma hari sabrtu baru nih ramai lah sikit sebab gabungan puak-puak agm ngan dinner. Erm harik tuh kak Nurf pun ada. Erm. sedang kita org tengah taaruf tu kita org dikejutkan dengan suara pakcik tu. pakcik tu dok bising tanya siapa ketua kat sinih. erm kalau nak ikutkan ramai gak ketua kat situ. Erm suasana senyap kejap. Si hadri pun angkat tangan. Saya dier kata. hehe. Erm suspen tu. Dalam hati aku bila pulak dier jadik ketua. Ahaks. Mungkin aku tak tau kot. Sebab masa tu ada dua org ketua. Ketua Agm dengan ketua dinner. Ketua Agm masa tu abg yahya ambil alih. dan ketua dinner pun ada gak masa tu. geram gak aku. hamdillah si hadrie tu macam penyelamat ler masa tu. Allah ler penyelamat sebenarnya. Ok dipendekkan cerita, pakcik tu membebel ler erm lama gak hehe. Erm siap speeking lagik tu. Eleh aku tau ler ko tau cakap bahasa inggeris. aku tengok jer pakcik tu sekali aku tengok pakcik tu sekali aku tengok si hadrie. si hadrie buat muka seposen ajer. hehe Senyum macam kerang busuk. tapi itulah sebaik-baik tindakan. kalau nak ikutkan dier boleh jawab, Kalau nak belasah pakcik tu pun boleh. budak budak lelaki kat situ besar-besar jugak. Erm. Tapi aku memang ada belajar, perhimpunan lebih kurang dari 15 og tanpa keizinan pihak berkuasa akan dianggap seperti perhimpunan haram. Boleh kena tangkap ISA pun. AHaks. ok tapi lah kan ermm pakcik tu ada sebut kalau masuk rumah org bagiktau lah. Nanti saya nak jawab apa kalau org tanya. Kata-kata dier ada yang betul ada yang salah yang salah tu perkataan masuk rumah org. Perkataan masuk rumah org tu betul-betul salah mana ler tak nya. Masuk rumah Allah nih.masjid tu rumah ALlah. Erm. Dalam hati aku nih aku kata sian masjid nih, lawa-lawa takder org nak masuk. Erm maksud aku buat aktiviti. Dulu masa zaman kegemilangan zaman nabi, zaman para sahabat dan tabiin dulu, masjid dijadikan gudang ilmu,bukan sebagai tempat solat ajer, tempat berdiskusi, tempat bertukar-tukar pandangan dan macam-macam lagik. kesannya lahirlah doktor termuda seawal usia 18 tahun ibnu sina. Sedih apa nak jadi, patutnya pakcik tu gembira lah, kami para remaja berkumpul ramai-ramai kat masjid pulak tu bukan melepak. Dalam hati aku, aku hanya kata pakcik patutnya gembira lah bukan senang nak jumpa org macam kami, remaja macam kami pakcik. Erm yang sedihnya pakcik tu kata lebih kurang macam nih la "kalau nak berusrah ker apa ker................................bagitaulah kalau masuk rumah org. Aku lupa nak mention kat sinih, pakcik tu pak guard kat masjid assyakirin masjid klcc tu. Kesian. begitulah alkisahnya, Mungkin kami boleh terima pakcik, pakcik tegurlah kami dengan berhikmah. Kesian kami. kami tak kisah, mungkin ada sedikit malu.. tapi kami bukan buat kerja sia sia pakcik. Kami dijalan yang benar InsyaALlah. Aku pernah terdengar abang Zamani kata lebih kurang macam nih, dier terbaca dalam kitab karangan hasan al-banna kalau tak silap, tengtang apa tak daie/daieyah kalau tak silap, "sesiapa yang mematahkan semangat orang yang hendak berjuang kejalan Allah, dosanya ibarat ermm
kalau tak silap ler aku pun dah lupalah dosanya lebih berat daripada berzina ker lebih berat daripada membunuh ker lebih berat daripada membunuh 100 orang. Erm salah aku jugak, patutnya benda benda macam nih aku take a note. takper la InsyaALlah, aku akan ingat lain kali. Erm oklah main point kat sinih (1) kalau nak tegur orang tegurlah dengan berhikmah, tegurlah, kalau nak marah bukan kerana nafsu, tetapi kerana Allah. Allahumma ya Allah, Kau ampunkan dosa pakcik tu Ya Allah, kau ampunkan dosa-dosa kami. Oklah sampai disini. Moga ada manafaat. Wassalam.

No comments: