6/27/2003

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(AL-Baqarah 256)

Sejak kebelakanga nih aku asyik menepuk dada menahan sabar ajer. Lepas satu satu dugaan. Takper la semua nih untuk mematangkan diri kita kan, menghapuskan dosa. Erm kekadang sedih gak. Diorang nih kan dah besar, apa tak paham bahasa kerss. Erm, nak ambik barang orang kena mintak, jangan main ambik, kita punyalah cari bagai nak rak. Takper la. abaikan yang itu. Baru-baru nih aku dapat tau yang library ada krisis ngan SAL Centre. Berpuak-puak ler pulak. Yang cikgu sesi pagi dok gaduh ngan cikgu sesi petang. Erm serba tak kena semuanya. Hampeh. Kak nie pernah bangkitkan soal akhlak nih kat aku. Dier kata macam mana lah budak nak berakhlak mulia kalau guru dier macam nih. Macam mana nak maju bila suruh buat kerja sikti malas. Mcam mana tue? erm Untuk bandingkan cikgu dulu ngan cikgu sekarang memang jauh. Erm. Tak tau lah aku. Patutnya budak-budak tu diasuhkan dengan akhlak yang mulia. Erm maafkan aku Ya Allah.

No comments: