6/04/2003

Assalamualaikum buat diriku, dah lama tak menulis sebab tiada apa yang menarik berlaku few days ago. Cuti takder program busan habis. Erm perancangan takder sebab tu jadi macam gini, nanti aku mesti menyesal kenapa tak buat tu, kenapa tak buat ni masa cuti. Sebenarnya aku ada projek yang hendak diselesaikan cuma sejak kebelakangan nih letih di tahap maksimum. Erm dah tak leh dah bangun malam. Orang kata kalau tak bangun malam kita akan hilang hikmah dalam segenap perkara expeciaally dalam hikmah semasa kita bercakap atau berkomunikasi.
Kenapa tah tak tau ler. Ic aku hilang tah kat mana tah aku letak tak jumpa cari nak kuar rumah pun terbatas ler sebab ic takder. Banyak urusan tergendala sebab ic takder. Allah tarik nikmat aku agaknya sebab aku lalai. Erm mungkin nih salah satu tarbiah Allah untuk aku. Setiap kejadian ada hikmahnya.
Busan sungguh aku, tak tau ler. Isy. Bila keboringan nih aku teringat kisah-kisah dulu, manis sungguh erti persahabatan. Erm sahabat aku dah pergi jauh dah, cuma aku jer tertinggal kat sinih. Cuma yang aku kesalkan aku tak dapat berjumpa ngan dier buat kali terakhir, takper la InsyaALlah lepas nih jumpa ler tu. Erm. Persahabatan.
Apa erti sahabat sebenarnya? Sahabat adalah cermin bagi kita. Aku pernah terbaca keratan nih dalam blog kawan aku. Sahabat ibarat cermin yang akan menampakkan kesalahan tetapi tidak akan menghinakan. Macam mana tu, kawan aku kata ibarat kita tengok cermin ler, bila kita tengok cermin kita akan nampak segala apa yang ada pada muka kita. Kita akan nampak jerawat pada muka kita apabila disuakan cermin. Tapi pernahkan cermin tu kata... eeee jerawat ko nih kotor...pernahker begitu? Ahaks itulah ibarat sahabat. Cermin tu tak akan mengata malah akan menunjukkan agar kita boleh memperbaiki. Itu lah sahabat yang baik. Beruntung diri ini jika sentiasa ditegur oleh sahabat, beruntung ler diri bila susah dan senang kita bersama sahabat. Beruntung ler kita bila sahabat akan memimpin kita apabila kita jatuh. Sahabat. perkataan nih amat ler mahal. perlabelan nya bukan senang-senang. Tak semua orang boleh di anggap sahabat. Tak semua orang boleh dikongsi rahsianya. Jika salah orang ia akan menikam daripada belakang. RIndu aku kat sahabat aku. Ahaks indahnya kalau kita boleh meneruskan persahabatan kita hingga ke akhirat. Erm semurni perjuangan. Ahaks cuma biasalah kan bergaduh adat ler tu. Ahaks.
Aku nak berkongsi apa yang aku baca dalam buku falsafah hidup tulisan Hamka. Hukama berkata apabila kita tak tau apabila hendak melakukan sesuatu, maka dengarlah kata hawa nafsu mu, jika hawa nafsu suruh kamu buat begini maka berpatah arang lah. Buat ler sebaliknya dengan pertimbangan daripada akal. Macam bila kita bergaduh ngan sahabat kita, hawa nafsu kita kata mulalah membangkitkan perkara-perkara yang kurang enak mengenai sahabat kita, maka di sini perlulah kita melawan kehendak hawa, maka ukhwah akan terus terjalin. InsyaALlah. Main point kat sini adalah akal adalah bertentangan ngan nafsu. Allahu'alam.

No comments: