6/11/2003

Assalamualaikum wahai diriku. Mula-mula sekali, PERTAMA BUKAN HATI. Kes, kes, betui ker pertama bukan hati. Semua perkara bermula dari hati. Hati bersih maka semua akan nampak cantik. Allahua"lam. Erm sebenarnya saat yang mendebarkan untuk beberapa harik nih. 2 guru tetap telah mendaftar masuk. Kedudukan 10 orang guru sandaran tergugat termasuklah aku, kak mar, kak mas, abang Nasir, abang fadhli, Abang Hasanuddin, Abang Zul, Kak Atie, erm sapa lagik 2 erk... oo abang Rozainidan sorang lagik erm mungkin nih tak termasuk sebab dier ajar agama, akak Izzati. Abang Zul tak termasuk sebab dier tengah handle projek besar kat sekolah. Kak Maz khabarnya nak sambung belajar. So sorang lagik kena kuar untuk memenuhkan kouta. Ahaks. Semalam aku perasan guru besar dok usha aku mengajar. Dari jauh terintai-intai. Isy. Lantak ler. I'm be my self. Anti tak suka, anti campak ler ana kat mana-mana. tapi jangan menyesal. Kes,kes kes. Sebenarnya aku dapat tawaran daripada Takaful Malaysia. Organisasi Islam. Compare to that school, enviroment takaful Malaysia lagik Islamic. Erm aku perasan tu bila aku tengok pekerja nya diasingkan. Lepas tu kebajikan pekerja di jaga. Dan masa aku hantar resume lepas raya tempoh hari, aku singgah solat. Sebelum solat tu ada pengisian rohani. Ahaks. Itu untungnya kerja kat Takaful Malaysia. Fikir-fikir balik, sayang pulak aku nak tinggalkan library yang aku tengah usaha keras mengemaskinikan data dan buku-buku. sayang pulak aku nak tinggal kawan-kawan aku yang tarbiyah aku. Senior-senior aku. Lagik pun notis sebulan perlu ada kalau nak berenti dari guru sandaran. Erm. Allahualam. tak tau lak jadi begini. kalau tidak aku sambar jer kerja kat sana. Takper la, setelah aku fikir, inilah hikmahnya. Kita kalau nak buat sesuatu keputusan, istiqarah, then bawak ler berbincang ngan orang-orang tertentu. Macam dalam situasi aku, aku patutnya berbincang ngan guru besar, " boleh ker kalau saya nak kuar awal sebab saya dapat kerja sekian sekian" takper la, setiap kejadian ada hikmahnya. Kita tunggu dan lihat.
>>>>>> >>>>>>>>>>>>>>>>

Erm semalam banjir, banjir seluruh kl. Aku sampai rumah kul 10 lebih tu. MasyaAllah. Adalah dosa Allah nak hapuskan tu. Erm. Di taqdirkan aku naik bas 91 semalam. Ahaks konon bas nih ikut jalan besar. mungkin laju kit dari bas nombor 15. Perasan ler tu. Sesambil duk dalam bas tu sesambil gunting bunga yang Kak Nie suruh siapkan. Kes Kes Kes. Punyalah lama jem. Sampai aku rasa bas tu tak bergerak. Aku lagik ler nak termuntah angin kot, sebab aku tak makan betul-betul. Sampai kat kawasan hospital tu kat kawasan hkl, bas tak gerak-gerak. Aku dah loya semacam. Tapi aku tak layan. Then macam mana erk. Lepas tu kira-kira kul 8 baru bas tu gerak daripada pukul 710 around that ler. Erm. Hamdillah aku uzur. Kalau tidak satu masalah lagik iaitu solat. Nak solat kat mana. Sempat lak aku layan otak aku fikir. Kalau jadi macam nih, tapi aku leh solat, aku nak buat cam mana? Solat dalam bas ker sebab takut nak turun takut something wrong happen to me, atau aku akan turun dan selepas tu tawakal. Antara dua tu la. Tapi satu kita mesti ingat, selagi kita menjaga urusan ALlah, Allah akan menjaga urusan kita. Allahua'lam. So tak yah takut ler. Berenti jer solat kat mana-mana then tawakal. Allahua;lam. Kejadian lebih kurang macam nih pernah terjadi 2 kali kat aku. Kali pertama masa aku nak gi KISDAR untuk program PERKAMPUNGAN MENARA GADING (PMG). Betui aku tak tau kat ceruk mana sebenarnya KISDAR tu. Bertolak dari rumah, drive sorang-sorang lak tu. Aku berpandukan arah tunjuk yang diberikan oleh suami kak mus masa tu. Masa tu dier kata masuk kat bukit putera ker bukit mahkota. Something like that ler. Ahaks. Jalan punya jalan, aku tersesat sampai 2 jam. Masa tu kat area kajang. Hehe sempat ler aku makan sate kajang. tanya orang kat kedai tu dier kata jalan jer straight. hamdillah, dapat jugak idea. Aku berpegang pada nih "aku sekarang nih pergi kerana urusan yang berkaitan agama, Allah pasti bantu aku." Aku ikut jalan dalam bukan lebuhraya. So jalan dier bengkang-bengkok merbahaya. Hamdillah aku selamat sampai kira-kira pukul 6. Kejadian kedua lak berlaku masa aku nak gi program di Hutam Alam di UKM. Ya Allah pergi sana lagik ler ujian. Diringkaskan sempat ler aku bertemu monyet bertempiaran lalu kat kawasan kelapa sawit sebab tersesat. Hehe tak baca doa kenderaan kot. Ahaks. Aku hampir berputus asa, takut woo, perempuan mana ler tak takut lalu kat kawasan tu sorang-sorang. Jatuh dalam gaung kang sapalah perasan erk. Kes kes kes, itu baru jatuh dalam gaung, kalau keter rosak lepas tu kena rompak dalam hutan tu cam mana lak. Ahaks Alhamdulillah, memang pada mulanya aku rasa nak nangis, tapi aku sempat lagik bertawakal kepada ALlah. Ahaks lebih-lebih lagik atas urusan agama nih. Kita kena tawakal. Sebab kekadang berbagai cabaran dan dugaan akan kita hadapi untuk memenuhi tuntutan rohani. Sebab syaitan dengki kita nak gi belajar agama. Ahaks.
Berbalik cerita pasal banjir. Hehe. Kak Nie, Kak Nie, sempat lagik dier ketawakan aku dalam tepon. Kes kes kes. Aku tepon Kak Nie sebab nak bagik tau dier suruh bawak kain buruk sebab library dah banjir. Kes kes kess. Lepas tu dier tanya ler aku kat mana. Aku pun jawab ler .Aku kat depan pertama kompleks. Jem teruk aku kata. hehe dier kata takper la makan roti jem. isy lawak sungguh kakak nih. Hehe. Aku citer kat dier aku sempat makan. Memang lepas jer kawasan hospital tu sampai kat kawasan Globe tu aku turun lepaskan loya. Tak tahan aku, baik ler aku makan dulu. Hehe. Makan kat A & W. Ahaks. Kenyang hamdillah. Hilang loya tekak aku. Ahaks. Really bas memang takder. Banjir sungguh kat KL. Bas lak tak nak gi kat jalan ipoh. Memang banjir habis ler. Dalam aku tunggu-tunggu bas tu. Ahaks aku ternampak wajah seseorang. Aku tengok sekali, lepas tu tengok lagik sekali. Betui ler dier. Isy rindu lak kat dier. Tapi kat sebelah dier ada makwe dier. Ahaks. Kalau nak tau tu ler secret admire aku. Kes kes kes. Argh aku mana pernah berboy friend 2 nih. Hehe cuma masa zaman muda-muda dulu la. Masa tu aku nampak budak tu dok hantar adik dier gi tadika. Erm bagus tul budak nih. kalau orang lain mesti malu nak hantar adik dier gi tadika expecially yang lelaki. Mesti malu kan. tapi dier tak. Sejak tu ler aku mula memerhatikan gerak langkah dier. Kes kes kes. dalam diam aku minat gak kat dier. kes kes kes Mana tak nya, dulu kita org selalu ternampak gak. Hehe terpandang ler. masa tu aku dok main bola jaring kat sebelah padang. Dier pulak dok main ragbi. tapi sayang lah. Dier pakai suar pendek ler. Tapi aku tak pasti lak kalau dier pakai penutup sampai lutut Allahua;lam. hehe. Takper la cerita lama. HEhe sekadar minat. Biasak ler perempuan kan. Hehe..

No comments: