6/29/2003

Bismillahiraahmanirrahim,
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu" [Al-Hasyr : 10]

Hamdillah, hidup lagik aku harik nih. InsyaALlah.

PHD
Perasaan hasad dengki. Buruk erk orang kalau orang tu ada perasaan hasad dengki. Erm. Semalam sesi membasuh otak telah berlaku. Erm. AKu rasa lega dengan iziNya setelah meluahkan segala-galanya kepada Kak Nie. Erm. Memang aku dahagakan nasihat. Rasanya nak luahkan kat mak aku, sian lak kat dier. Dier tu memang banyak memikir, cuma dier tak tunjuk kat aku jerss. Erm anyway hamdillah Allah bagik jalan. Allah izinkan aku berkongsi rasa ngan Kak Nie, setelah satu hari memendam rasa. Rasa terkeluar habis beban di dada. Rasa bersemangat balik nak mengajar. Rasa bersemangat balik nak sama-sama buat kerja untuk anak bangsa. Erm. Down habis tue. Erm. Susah kalau orang tu ada perasaan hasad dengki kat kita. Orang tu akan menjatuhkan semangat kita. Orang tu akan melemahkan kita sampai kita rasa macam malas. Malas untuk melakukan sesuatu. Malas nak mengajar, malas nak buat kerja. Orang tu akan susahkan hati kita sampai kita berfikir. Dier relaks jer. Buat orang macam tu. Cuma kita nih jer la yang berfikir sampai pusing kepala. Kenapa dier buat macamtu kat aku. Kenapa dier benci sangat kat aku. Apa salah aku. Aku kan orang baru, Kenapa dier buat macam tu. Sanggup dier buat macam tu kat aku. Macam mana pulak dier rasa bila anak dier buat macam tu kat dier. Macam mana dier rasa kalau orang buat macam tu kat dier. Apa dier tak leh fikir ker. Umur dah lanjut. Tapi kenapa dier buat tak tau. Kenapa dier buat enteng perasaan orang lain. KENAPA! Itulah yang aku dok fikir. Sampai masa aku balik pun aku masih fikir. Last-last aku tidur jer. Erm
Memang aku tak nafikan aku ada salah jugak. Memang! Erm kalau masakan tak terjadi pada orang lain. Tidak pada orang lain. Erm . Tapi aku rasa terlalu kejam dier buat macam tue. Sampai aku rasa nak pancitkan aja tayar motor dier. Ehehe. Kak nie senyum bila aku cakap macam gitu. Erm. Aku leh fikir sampai ketahap macam tue. Ahaks. Last-last Allah balas dosa aku sebab fikir jahat macam tue. Ada budak berak dalam kelas. Tak pasal-pasal aku kena basuh berak budak. Ehehehe. (: Takper la. Cabaran kan. Erm.

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. [Asy-Syuura : 30]

Aku ada fikir jugak, erm mungkin cara aku berkomunikasi ngan insan bernama lelaki nih agak formal dan serius kot. Mungkin diorang buat muka seposen sebab aku tak ketawa-ketawa ngan diorang kot. Erm tah ler. Kalau ngan lelaki aku hanya cakap terus. Erm rasanya kalau nak bergelak-gelak aku tak sanggup. Kalau dalam alam maya kalau setakat "EHEHEH" "AHAKS" :D itu adalah icon semata-mata. Erm. AKu ada tanya pada Kak Mar. Aku tanya dier, Cara saya cakap nih macam mana kak.. sampai orang lelaki tarik muka seposen jer ngan saya. Erm. Dier lah yang bagik tau aku yang aku nih cakap serius sangat kot dan ermm. Dier kata orang lelaki kat sekolah nih *majoriti org kelate* kena ketawa-ketawan ngan dieroang. Tak leh serius sangat. nanti dieroang berasa hati. Erm aku ada mintak pendapat kak nie gak. Erm dier kata better aku senyap jerss. Cakap yang penting-penting jerss. Erm. Takperla. Jiwa Besar Kecilkan Masalah. Bak kata seorang pakcik habib1, setiap masalah adalah cabaran. Setiap cabaran memberi peluang kepada kita. Memberi peluang kepada orang lain dan kepada diri kita sendiri. Yang penting langkah kita atasi cabaran tu sama ada bijak atau pun tidak.

Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai)[Hud : 10]

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu [At-Tagaabun : 11]

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)
[Al-Balad : 4]


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
[Ash-Syarh : 5]

No comments: