6/05/2003

Contribute to sahabat

"Assalamualaikum, awak ------- kan, saya -------- Apa khabar? Salam Erm esok awak free tak? nak mintak tolong, ustazah mintak tolong kita pelajar islam datang sebab nak handle jamuan mesyuarat pibg. Boleh datang ker" Itu lah detik perkenalan pertama aku dengan sahabat ku. Kalimah Assalamualaikum memulakan perkenalan kami. Masa tu aku tengah makan kopok lekor dalam kelas, almaklumlah nak makan kat kantin segan pulak tak berteman. Masa tu dalam bulan 3 2001. Masih baru lagik. Aku sorang jer budak sains masa tu. Takder kawan melayu. Semua dah larik dari kelas sains. Aku jer yg stay. Awal perkenalan yang singkat. Ukhwah bermula dengan perjuangan. Ahaks. Indah sungguh. Masa tu aku tak kenal lagik sahabat aku tu. Cuma benda-benda beginilah yang merapatkan kami. Kami rapat sebab kami berjuang dalam satu wadah dengan satu niat. Tapi apa yang aku kesalkan kami berpisah kerana salah paham dalam menuju kesempurnaaan. Jangan sampai matlamat menghalalkan cara. Untuk memuji sahabat aku, rasanya tak terpuji. sapa lah yang berani tegur aku dalam cara aku bersembahyang. Sapa lah yang berani nasihat aku bila aku tak sedar yang aku perlukan nasihat. Ahaks terlalu banyak untuk diungkapkan. Moga Allah membalasnya.

No comments: