6/15/2003

Macam mana keadaan aku sekarang? Keadaan sekarang terlalu selesa di sekolah, dan di rumah pula ujian demi ujian melanda. Mungkin aku melarikan diri aku sekarang daripada rumah, maksud aku,masa aku lebih banyak di sekolah daripada dirumah. Aku tau aku pun ada dosa jugak sampai teruji sampai ke tahap begini. Cuma lah kan aku kesian kat mak aku. Erm. Muka dier pun dah lain. Aku nak citer pun rasa nyer private sangat. Cuma satulah yang aku dapat sangat. First akhlak kita macam najis kalau hati kita mati. Kena kaji jugak kenapa hati kita mati. Salah satu sebab nya rohani kita tak makan. Kena belajar agama. Kena dengar ceramah, expeciaally lelaki. Baru aku tau hikmahnya Allah mewajibkan solat Jumaat kepada lelaki. Baru aku tau hikmahnya kenapa lelaki kena dengar ceramah. Kalau tak dengar, hati akan mati. Mungkin aku sekarang boleh melarikan diri. Tapi sampai bila? Mungkin Allah suruh aku berdoa banyak. Mungkin aku kurang mengadu kepadaNya. Mungkin Allah set jam alarm nih suruh aku sedar diri balik. Suruh aku rapatkan diri kepadaNya.
Sebenarnya aku tak selesa kat sekolah, walaupun aku rasa aku bertuah sangat berada kat sekolah. Kakak ngan abang-abang senoir baik sangat ngan aku. Aku tau keadaan selesa nih tak kan selamanya. Aku kena jaga akhlak aku, walaupun aku rasa macam aku nih baik sangat ler kat sekolah, rajin sangat ler kat sekolah. Aku takut aku nih sempurna sangat pada pandangan mata mereka sampai mereka tak kan nampak apa kesalahan aku. Aku takut sangat kalau takder orang tegur bila aku buat salah. Aku takut sangat bila aku buat salah orang tak sanggup nak tegur. Nauzubillah. Ya Allah Ya Karim. bantulah hambaMu nih. Mungkin aku kena buat jahat sikit kot. Tengok reaksi mereka macam mana. Erm.

No comments: