6/13/2003

Salam. Aku tak pernah berdebar-debar macam nih sebelum nih. Erm takut sungguh aku lernih. Adakah aku yang akan dibuang. Erm aku terasa macam aku jer. Sebab aku yang paling baru dan aku yang paling muda. Erm malam tadik aku mimpi aku kena buang. Kalau betul ler aku, aku bersedia dari segi fizikal dan mental nih. Yang penting sebelum aku blah dari situ aku mesti buat sesuatu. Biarler aku tinggalkan sesuatu untuk akak-akak kat sana dan anak didik aku. Takper la. Redha jer la aku. Erm aku sayang sebenarnya nak tinggalkan buat kali kedua. Aku tak bersedia lagik Ya ALlah, dalam keadaan macam nih. Desprate. Hehe. Aku pernah dengar maksud ayat lebih kurang begini, kamu tidak suka sesuatu beda tapi benda tu lah sebenarnya mendatangkan kebaikan pada kamu, dan kamu suka sesuatu benda tu tapi sebenarnya benda tu membawa keburukan. Erm mungkin aku terpaksa memegang pada ayat tu sekarang. Setiap kejadian ada hikmahnya. Percayalah mumtazah. Kenapa ko tak nak percaya. Misi balas dendam aku tak kesampaian lagik. Hehe, betullah erk, dah kerja nih macam-macam kita rasa. Baru aku rasa macam mana takder duit. Macam mana rasa kena ikat perut sebab nak jiimat. Baru aku rasa sekarang. Haha. Takper la sebenarnya benda nih yang mematangkan kita. Erm. Allahuakbar.
AKHLAK.

No comments: