6/19/2003

Sedih aku semalam. Confirim dengan izin Allah dah tau dah sapa yang kena buang. Tetiba aku rasa bersalah pulak. Tetiba aku rasa sebak lah pulak. Aku diam je semalam bila Kak Yatie, Shahril dan Kak Nie dok bincang sesuatu, Walupun aku rasa tak semuanya aku ikuti, tapi tempiasnya tetap aku rasa. Padan ler aku tengok muka Kak Yatie masam jer ngan aku. Padanlah erk. Tak sudi pun nengok muka aku. Aku dah nak tanya dah kak nie, kenapa kak yatie tu macam jer, tak der keyakinan langsung. Tapi aku tak tertanya dek kesibukan nak settle kan buku kat library untuk projek pukal untuk program nilam. Erm dah settle dah, lepas nih aku tak yah ler lagik sakit perut. Erm. Tapi sakit lain ler pulak. Sakit Hati. Ahaks. takper la abaikan. Semalam aku bad mood memang tahap lipan panas. Ada lak orang terasa ngan aku. Dier ingat aku marah kat dier. Muka dier nak nangis dah. Aku diam buat selamba. Bukan dier sebenarnya. Tah banyak benda sebenarnya yang berlaku. AKu pendam-pendam sampai jadi cam tu. Takper la , tau ler aku settle kan nanti. Manusia bukan insan yang sempurna. Tapi boleh belajar mencari kesempurnaan. Tabahkan aku Ya ALlah.

No comments: