6/17/2003

Sedih aku wei. Susah erk rupanya dok luar negara. Erm sebenarnya kat dalam negara pun susah gak. Cuma...er tak terkata lah aku. Rupanya banyak yang perlu dilakukan. Kita perlu kuar dari lingkungan kita sebenarnya. Aku teringat lagik masa aku tingkatan 4 . Masa aku pergi KARISMA. Erm. Sebenarnya kem tu target dier untuk budak bermasalah yang berpontensi untuk mempengauhi kekawan untuk menjadi manusia. Ahaks. Tapi sekolah hantar 50 org the best. Erm. Yang itu abaikan lah kan. hamdillah aku berjaya dari Rakan Sebaya apa tah ker Rakan Rekreasi and the last nyer Rakan Masyarakat. banyak yang aku dapat sebenarnya. Elemen macam usrah tetap ada. Abaikan semua tu. Cuma main point dier kat sinih lah kan masa kat rakan rekreasi ler baru aku tau macam macam masalah sebenarnya remaja kita nih erk. Baru aku tau budak laki hisap rokok sebab nak macho Eeee, baru aku tau ada jugak budak pompuan gi disco, siap bagi tips kat kami masa tu, dier kata laki tak kan rogol kita kalau kita layan dier macam abang. Wanauzubillah. Erm, aku harap budak tu dapat hidayah InsyaALlah. Baru aku tau dunia aku bukan setakat aku, sekolah aku, kawan-kawan aku, mak aku, adik-adik aku, semua tu lah. Dunia nih perlukan kita yang ada kesedaran nih. Walaupun aku rasa kekadang diri sendiri tak terdakwah, adik sendiri tak tertegur. Cuma inagt satu benda jer, kita jaga orang lain, InsyaAllah orang lain akan jaga keluarga kita. Kita selamatkan anak orang, inysaALlah orang lain pulak akan selamatkan anak kita. We all deserve for that. Yang penting ingat Allah tu Maha Adil. Jadi kekawan yang dok persekitaran sekolah agama, celiklah, anda bukan setakat kat sekolah agama, anda perlu bantu yang lain. Erm.

No comments: