7/30/2003

Erm. Dah aku dah settle kan bebudak tu. Aku dan jual suratkhabar. Aku dah key-in slip kerja sikit-sikit. Cuma buku rekod jer yang tak siap-siap lagikk. Hu hu hu. Semalam ada kelas. Kat kelas semalam aku kemengantukan. Dalam aku kemengantukan madam tu bagik cerita kan aku ngan yang lain. Aku dah nak terulai dah masa tu. Lupa nak bawak gula-gula. Hu hu hu. Sebenarnya aku dah taip sikit dah semalam, tapi hilang kat mana tah. Ok lah dipendekkan cerita madam tu citer pasal seorang Indon yang (perempuan) hendak pergi negara Australia mengikit suaminya yang telah pun menjadi penduduk tetap kat sana. Mungkin kerana kesimpatan duit, suaminya tak dapat membawa dier ngan anak dier bersama. Mungkin kot. Oklah. Di pendekkan cerita perempuan nih pergi ker Australia menggunakan kapal haram. kapal tu memuatkan 300 orang dan tersangatlah padat. Oleh kerana terdesak sangat maka perempuan dan anaknya naik jugak. Di tengah perjalanan ke Australia ditaqdirkan oleh Allah, kapal tu pecah, kebetulan atau mungkin perempuan tu duduk dekat ngan minyak danditaqdirkan oleh Allah, minyak tu jatuh atas perempuan tu dan tumpah atasnya. Kapal tu pecah dan karam. Ramai orang lemas dan mati. Syukur pada Allah perempuan tu selamat. Perempuan tu berenang dan teringat pada ilmunya yang pernah dier belajar dulu. tok guru dier kata, mayat tak kan tenggelam didalam laut. Subhanallah. Perempuan tu bergaut pada mayat tu walaupun ( madam tu citer perempuan tu nangis nagis mintak maaf kat mayat tu) perempuan tu tak rela. Tapi dier berpaut jugak. Panjangnya nak citerrrrr. Ok dier pun berpaut pada mayat tu. Dier jumpa ikan paus. Mungkin disebabkan bnadan dier terkena minyak maka ikan paus tu tak bau dieR> Dier berdoa kepada Allah, doa nabi yunus tu. Dan dier kata Ya Allah kalau aku ditaqdirkan dimakan oleh ikan paus nih maka permudahkan lah Ya Allah, jangan lah sampai aku derita kerana kesakitan gigitannya. (HUHU pandaainya aku mengayat) Ikan paus tu tak gigit sebab permpuan tu kan dah bersalut ngan minyak. Ikan paus tu tak minat kot. nanti aku sambung lak.. ngantuk ler pulakkk.................

No comments: