7/16/2003

http://www.emisna.com/materials/ilmusains.asp
Ilmu Sains:
Kaedah Menerima dan Mengolah Pembelajaran dalam Mendekatkan Diri Pada Allah

Disediakan oleh:
Fazrul F Ismail
Kejuruteraan Kimia, Purdue University, West Lafayette, IN

Dibentangkan oleh:
Abu Bakar Ahmad Nasir
Kejuruteraan Mekanikal, Purdue University, West Lafayette, IN

Dalil Naqli sebagai Asas Kertas Kerja

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Menjadikan" (Al-?Alaq, 96:1)1

Pengenalan

Kertas kerja ini adalah suatu pembentangan mewakili pelajar dari Amerika Syarikat dalam Perhimpunan Ulangtahun PMRAM ke 70 di Kaherah.. Ia digarap dengan hasrat membuka satu ruang pemikiran dan pengislahan minda dan diri Muslim dalam menuju ke arah keredhaan Allah Subhanahu Ta?ala.

Kumpulan Sasaran

Sempena dengan Perhimpunan PMRAM ke 70 ini, kertas kerja yang dibentangkan adalah dituju kepada semua peserta atau secara lebih jelas dalam lingkungan di bawah:

Individu yang berniat dan mahu mempelajari ilmu Sains yang merupakan sebahagian daripada ilmu Allah

Pelajar yang ingin mengetahui ilmu sains dalam meluaskan ilmu dan pengalaman

Pelajar yang mendalami dan mempelajari ilmu sains (biologi, kimia, fiziks, matematik dan sebagainya)

Pelajar Kejuruteraan, Perubatan, Pengurusan dan sebagainya yang belajar terutama di negara Barat seperti United States, United Kingsdoms, Australia, Malaysia dan mana-mana negara yang mengamalkan pemisahan dalam hal ilmu sains dan ketauhidan pada Allah.

Modul dan mekanism

Kertas kerja ini Insha-allah akan diasaskan pada kaedah yang difahamkan dari wahyu pertama : Surah Al-?Alaq ayat 1-5, 2 lantaran berdirinya Islam adalah dengan meletakkan keutamaan pada ilmu 3 dan diasaskan kepada proses tarbiah (pendidikan) dari Allah semata-mata .

Sebagai pendekatan yang lumrah tetapi tidak didokumenkan dan didisplinkan penggunaannya, mekanism kertas kerja ini adalah berasaskan kepada kaedah bahasan Surat-ul-Fatehah 4 yang menjadi kewajipan dalam solat lima waktu kita. Urgensi ini amat penting kerana pengamalan Surat-ul-Fatehah haruslah pada setiap masa dan bukan bermusim disebabkan kita khuatir kita ditempelak Allah dan tergolong dalam makna ayat Surah As-Soff, ( Quran , 61:2-3).

"Wahai orang yang beriman, mengapa kamu kata tetapi kamu tidak mengerjakannya? Besarlah kemarahan Allah kepada siapa yang berkata tetapi tidak melaksanakannya"

Lantaran itu, semua pihak harus menggembleng tenaga dalam memastikan ilmu sains, malah apa jua ilmu yang ada di dunia ini diintegrasikan kepada Islam agar tercetus keharmonian dalam kehidupan kita dalam menuju Allah..

Pengamalan Surat-ul-Fatehah dalam kehidupan Muslim ini penting juga ditekankan lantaran isi kandungan al-Quran sendiri dapat diringkaskan kepada Surat-ul-Fatehah ini sendiri dan kita wajib mempercayai dan mengamalkan Kitab-ul-Furqan Al-Quran-ul-Kareem. Dan kaedah yang digunapakai lewat Surat-ul-Fatehah ini juga boleh diamalkan sebagai modul menyelesaikan masalah yang ada dalam Islam berbanding kaedah Barat yang terkadang meletakkan masalah segala-galanya tanpa merujuk kembali kepada Pencipta sesuatu urusan itu ? Allah.

Berikut dinyatakan terjemahan Bahasa Melayu kepada makna Surat-ul-Fatehah 7 dan bagaimana ia dapat dijadikan asas cara hidup dalam pengamalan harian seorang Muslim.

Dari ayat di bawah, dan diletakkan Islam itu sebagai agama yang syameel dan kameel, maka segala ajaran di dalamnya akan mengarah kepada satu hal ; ketauhidan pada Allah. Maka hadith Jibreel 5 , yang menjadi asas dalam menuju keredaan Allah, adalah selari dengan surat-ul-Fatehah yang dibaca dalam perjalanan kita melaksanakan rukun iman, Islam dan ihsan.

Penerangan tentang modul dalam Islam dalam mengatur dan menguruskan kehidupan dan masalah manusia yang dapat diiktibarkan dari Surat-ul-Fatehah (mengikut tertib) dapat dilihat dalam bahagian kanan.

1
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Menyelesaikan sesuatu perlulah dengan nama Allah (malah hal ini bersabit dengan ayat Surat-ul-?Alaq di atas dan menunjukkan betapa penting sesuatu didahului nama Allah sebagai satu sunnah) ? Eeman

2
Segala pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam


Menyelesaikan atau menguruskan sesuatu perlulah didahului ketauhidan dan penyempurnaan hanya pada Allah. Jika tidak, maka masalah tidak akan selesai kerana semua makhluk tunduk pada sunnatullah dan hanya Khaliq (pencipta) yang dapat menyelesaikannya. ---Eeman

3
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kita bersifat optimis bahawa masalah atau urusan kita akan dibantu Allah dan rahmat Allah akan selalu bersama orang Islam. ----Eeman

4
Yang Menguasai Hari Kiamat
Kita juga menyertai perasaan khauf (takut) dan secara tidak langsung mengakui Allah-lah yang berkuasa atas segala sesuatu kerana di situ timbul konsep tawazun (keseimbangan) antara raja? dan khauf dalam kehidupan -Eeman

5
Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami memohon pertolongan
Dalam hal ini kita mengaku Allah adalah yang disembah dan menjadi matlamat dalam menguruskan dan menyelesaikan sesuatu perkara dan Dia jugalah tempat meminta pertolongan. Dalam hal ini, ibadat (masdar bagi ?abada) merujuk kepada pelaksaan kita setelah kita mentauhidkan Allah----Islam

6
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Kita meminta ditunjukkan kaedah yang sebenarnya dan pastinya ia berdasarkan kepada al-Quran dan sunnah agar amalan yang dibuat adalah sahih -Islam

7
Jalan yang kau tunjuki pada orang yang Kau kurniakan nikmat, bukan orang yang Kau murka dan bukan orang yang Kau sesatkan.
Dalam memastikan bahawa Allah menerima amalan kita, maka kita membandingkan dengan kumpulan Yahudi dan Nasrani agar kita tidak menyelesaikan atau menguruskan sesuatu dengan kaedah yang digunapakai oleh mereka tetapi kita mahukan Allah menunjukkan kita jalan sebagaimana jalan mereka yang telah Dia kurniakan nikmat -Konsep ihsan di mana kita mahu bertindak menurut apa yang Allah arahkan dan hadkan.


Memerhati perkara di atas, kita dapati mempertimbangkan risiko terhadap apa yang kita laksanakan dalam Islam menduduki prioriti akhir (merujuk kepada ayat & Surat-ul-Fatehah bilamana kita bercakap berkenaan dengan Yahudi dan Nasrani) lantaran jika kita terlampau banyak fikir terhadap risiko, bukanlah Allah yang kita tawakalkan tetapi kita terlampau memikirkan tentang musuh Islam yang tidak punya apa-apa kekuatan. Lantaran itu, dalam mengambil sebarang keputusan, bukanlah risiko yang diletakkan di atas, tetapi kehendak Allah-lah yang lebih utama. Hal ini penting lantaran dikhuatirkan ia akan melemahkan kita padahal "rasa lemah" (4:104) 6 itu membawa kepada kurang tawakal dan keimanan pada Allah .

Kaedah dalam Mempelajari Ilmu Sains diintegrasi dengan Ilmu Islam

Baca dengan nama Allah

Niat dibetulkan untuk dekati Allah bukan cabar Allah

Menegenalpasti intipati sains: zarah

Padahal Allah atas segala atom & ada sunnah(aturan teratur) yang berada dalam sains yang Allah telah letakkan

Perlu faham sifat-sifat atom kerana ia boleh mempengaruhi manusia dalam memandang kehidupan dan jik amanusia sampai pada tahap berhati dalam amalan sehati-hati mengukur zarah, maka inilah konsep perlu sebagaimana tercatat dalam surat-uz-zalzalah

Bila kita faham dengan tauheed yang nyata dari Allah dalam sains, maka merujuk kepada ayat 5, 6& 7 dalam Surat-ul-Fatehah, tibalah masa untuk kita melaksanakan (ibadat) dan koreksi (ihsan) dan yang pasti kita beribadat sebagai manifestasi kehambaan dan bersesuaian dengan konsep tauheed dan keimanan pada ayat 1, 2 & 3 Surat-ul-Fatehah.

Niat untuk mengintegrasikan ilmu sains dan Islam amatlah penting dan suatu agenda besar sebagaimana hebatnya agenda Mustafa Kamal At-Taturk untuk melenyapkan bahasa Arab dari lidah kaum Turki sehingga kebanyakan bangsa Turki sekarang tidak tahu membaca Quran. Proses integrasi ini bahkan adalah adalah lebih hebat dan mulia lantaran kit amahu mengembalikan pengesaan manusia hanya mutlak pada Allah dan bukan pada selainnya. Hal ini telah belaku dalam pemerintahan Islam tetapi dihancurkan dalam dinasti bukan Islam seterusnya.

Perkara asas dalam integrasi ini, refleks kepada wahyu pertama ialah kita membaca dengan nama Allah. Dalam hal ini, bersesuaian dengan kaedah yang ummi, bukanlah bacaan itu hanya dari kitab yang bertulis atau bercetak tetapi membaca keesaan Allah dan memahami sesuatu itu dengan meletakkan Allah selalu di atasnya. Ini membawa kepada ciri orang yang beriman yang mengingati Allah ketika duduk, bangun dan mengiring. 7

Sains juga perlulah dipelajari dengan niat untuk mencari keredhaan Allah dan bukan dengan tujuan untuk membuat fasad (kerosakan). Perasaan ini perlu timbul lantaran sistem yang ada sekarang lebih kepada pemahaman sains dan menghasilkan jurutera, doktor dan sebagainya yang bakkan robot yang akan menghasilkan sesuatu tanpa perasaan dan memikirkan had yang ditetapkan oleh Pencipta. Seperti idea genome, klon dan The Theory of Everything (padahal dalam Islam, kita mahu teori kesatuan, iaitu pengesaan kepada Allah semata-mata) , ia lebih membawa kerosakan daripada manfaat jika tidak diarahkan kepada idea konstruktif Islam.

Seterusnya dalam usaha untuk mengintegrasikan ilmu sains ini, perlulah kita memahami intipati isu atau masalah kita sekarang iaitu berkenaan dengan ilmu sains ini sendiri. Pengenalpastian ini penting lantaran jika tidak, maka kita tidak dapat menyelesaikan isu ini ke peringkat akar umbi. Maka secara keseluruhan , dan diambil kepada idea keseluruhan ilmu sains, ia akan menganjur , secara amnya, kepada analisis terhadap jirim,zarah dan atom serta hukum-hukum yang diikiuti oleh semua juzuk tersebut (sunnah alam)

Setelah mengenalpasti zarah sebagai unsur asas perbincangan di dalam ilmu sains, maka sewajarnyalah ia diberi perhatian lebih lantaran ia akan menyentuh asas dalam merubah situasi ilmu sains itu sendiri yang berdiri dengan tiada mengaitkan dengan ilmu ketauhidan pada Allah pada hakikat sekarang. Malah lebih dari itu, zarah ada diterangkan dalam surah az-Zalzalah 8 yang menekankan keawasan sesorang dalam amalan seharian sehingga amalan kebaikan sebesar zarah pun akan dinilai oleh Allah. Jikalah sensitiviti amat diusahakan, saintis atau pelajar dalam membuat eksperimen sedaya upaya agar hasil tepat sehingga kepada tahap atom atau zarah, maka sudah sepatutnya ia lebih-lebih lagi perlu diamalkan dalam amalan seharian di mana biar sekecil mana kesalahan dibuat, kita akan sensitif dalam melakukannya.

Mengetahui pasal zarah dan cirinya yang mempunyai gelombang ini memang diingini ramai, dan sesungguhnya gelobang atau ciri yang tidak jelas ini sering dikaitkan dengan roh sesuatu jasad. Hatta pada zaman Rasulullah juga, kedapatan puak Yahudi yang bertanya kepada Rasulullah tentang roh, tetapi Allah menurunkan wahyu bahawa ilmu berkenaan roh tidak dinyatakan kecuali sedikit. 9

Dalam teknologi terkini, sememangnya mereka yang terlibat dengan bidang sains akan cuba menghasilkan sesuatu yang menganjur kepada tahapan gelombang ini sendiri. Sejarah membuktikan, sebagai contoh, tentang teknologi komunikasi telefon di mana pada awalnya terdiri dari tali yang panjang menghubungkan seorang dengan seorang yang lain. Kemudian ia diikuti telefon yang besar dan berat, diikuti telefon yang sederhana dan kecil dan terus menuju telefon bimbit dari sebesarnya hinggalah sekecil saiz poket yang menggunakan teknologi gelombang radio. Dan ianya tidak mustahil pada masa akan datang di mana ada alat yang boleh diubah menurut frekuensi pemikiran otak manusia dan manusia dapat berhubung tanpa sebarang alat atau chip. Namun Islam telah menunjukkan kemampuan yang lebih maju, di mana kita ada doa yang boleh menghubungkan kita dengan insan yang lain , dan jelas di sini, ianya tidak boleh berdiri sendirian melainkan dengan izin Allah yang akan memperkenankan doa tersebut. Itulah senjata umat Islam yang sudah sedia ada, lebih hebat dari alatan menggunakan gelombang. Cuma di sini ingin ditekankan memang sains akan cuba menuju ke arah aplikasi teknologi gelombang dan getaran padahal jika kita terus menuju Allah,maka kita sudah sedia ada teknologi yang lebih hebat dan perlulah sains diletakkan sebagai alat biasa, bukan tujuan materialistik sebagaimana objektif dunia sekarang.

Lebih dari itu, hakikat zarah atau atom itu sendiri mempunyai getaran dan gelombang yang berbeza, misalnya ciri-ciri atom bagi zat nasi yang bagus tentunya berbeza dengan ciri-ciri bagi zat nasi basi. Getaran atau gelombang inilah sebenarnya yang ditentukan Allah lewat sunnah alam ini untuk bertindak dalam kerangka masing-masing dalam menghambakan diri pada Allah. Sudah pasti, tugas bagi setiap atom itu tidak sama jika diselusuri ilmu Kimia Organik, Fiziks dan sebagainya. Hal ini menunjukkan betapa hebatnya Allah menyusun segala atom-atom tersebut mengikut fungsi masing-masing; sebagai contoh jika atom dalam paru-paru kita mempunyai tenaga kinetik dan panjang gelombang yang sama dengan atom dalam matahari, maka sudah tentu paru-paru kita juga seaktif tugas atom dalam matahari yang bertindak mengeluarkan haba dengan izin Allah, menyebabkan suhu badan kita mungkin mencecah 1 000 000 Celcius.

Di sinilah tersembunyi antara hikmah sunnah menjaga makanan kita pada yang baik-baik dan halal serta berkadar, kerana ciri-ciri atom itu tidak diketahui secara spesifik, tetapi apa yang dapat ditaksirkan dari contoh di atas, sumber atom yang berbeza terutama yang masuk ke badan kita akan mempengaruhi corak pembinaan fizikal dan secara tidak langsung mempengaruhi spiritual kita. Sensitiviti ini dapat dilihat ketika Saidina Abu Bakar dihidangkan susu yang hasilnya dari duit tenung nasib yang jelasnya haram lantas dimuntahkan oleh Saidina Abu Bakar dengan sedaya upaya.

Dalam hal ini, dapat dikonklusikan bahawa konsep sains berbahas pasal zarah dan atom menduduki tempat di dalam Islam dan ianya amat penting dalam kita memahami dan menguruskan kehidupan kini dengan lebih teratur berpandukan Islam sebagai panduan teratas dan Allah sebagai tempat kita meletakkan segala-galanya. Atom atau zarah dikaitkan disini lantaran inilah bahasan ilmu sains dan jika kita tidak menggunakan ilmu untuk mendekatkan diri pada Allah, maka kita sebenarnya telah membazirkan masa untuk belajar tetapi tidak membawa kepada keimanan pada Allah yang lebih utuh.

Kesimpulannya, bila seseorang membaca dan mempelajari ilmu sains dengan disebut nama Allah terlebuh dahulu dengan ketauhidan yang jelas, maka ia akan dapat menghuraikan intipati sains menurut Islam dan membawa kepada keawasan yang tinggi dalam amalan seharian dan menjadi salah satu ciri penting untuk mendekatkan diri pada Allah.

Cabaran dan masalah dari sistem ilmu sains yang tidak diintegrasi dengan Islam

Kita perlu menuju ke arah sistem Islam yang syumul

Hal ini penting lantaran jika dianalisa tanpa kita berada dalam kerangka Islam yang syumul (Manhaj Hidup Muslim oleh Sayyid Qutb) maka ianya adalah seperti mengatakan mengapa minyak tidak panas padahal ianya tidak diletakkan dalam kuali yang sedang membahang.

Dalam mengetahui apakah cara Islam itu berjalan atau tidak, sejarah telah membuktikan dengan kejayaan zaman Rasulullah dan zaman seterusnya sehinggalah kejatuhan umat Islam selepas Empayar Turki Uthmaniyah. Kaedah al-Quran juga selalu menceritakan zaman umat nabi terdahulu agar Rasulullah rasa thabit (teguh) dalam membawa mesej Islam di serata tanah Arab.

Jika kita bertanya bagaimanakah orang pada zaman sebelum Rasulullah menganalisa praktiknya Islam, walaupun Quran belum diturunkan, maka sudah pasti, jika diselusuri dari teori ketamadunan: sesuatu tamadun itu tidak akan berdiri dari kosong tetapi pasti ada tamadun sebelumnya yang mempengaruhi dan dalam konteks zaman terawal semasa Nabi Adam , beberapa teori dikemukan samada pada masa itu sudah ada tamdun itu sendiri atau paling tidak, Adam telah diajar bab ketamadunan di jannatullah lewat ayat Quran Al-Baqarah 2:34 10

Lantaran itu, dalam membangunkan ketamadunan Islam pada masa akan datang, kita tidak akan dapat lari dari berdiri atas tamadun yang ada sekarang yang punya sains sebagai salah satu juzuk terpenting. Ini selari dengan kaedah ketamadunan, sebagai contoh, ilmu Imam al-Ghazali di mana beliau membina kehebatan ilmu Islam disekalikan dengan kekuatan mantik pada era zaman beliau. Jika umat Islam ingin terus maju dan membina ketamadunan dengan asas hikmah, maka sains merupakan satu cabaran untuk disekalikan dengan tauhid kepada Allah, agar ianya tidak terpinggir dan bersendirian dalam displin ilmu. Realiti sistem ilmu sekular seakarang bukanlah maksudnya untuk dihancurkan sama sekali, tetapi kita integrasikan sekali dengan tauhid pada Allah agar momentum sains lebih utuh dan membawa impak besar pada manusia kini.

Kesan mempelajari ilmu sains dalam sistem sekular

1. Tiada meletakkan Allah atau tuhan sebagai pencipta yang boleh menganjur kepada fahaman mulhid (atheisme)

Dalam contoh di atas, sebagai contoh ringkas berkenaan dengan penerangan mengapa blok tersebut tetap di atas satahnya, menurut fiziks, adalah disebabkan daya yang dikenakan oleh buku-buku tersebut mengikut arah yang ditunjukkan di samping graviti yang mengarah ke bawah dan daya normal yang mengarah ke atas. Sebab lain yang mungkin ialah kerana adanya geseran. Dalam ilmu fiziks, penerangan akan berhenti di situ sahaja tanpa dikaitkan dengan pencipta daya tersebut sehinggakan kelihatan bahawa daya itu adalah sebab mutlak dalam menyebabkan blok tersebut tetap.Walau bagaimanapun jika dilihat pada realiti, daya dan sebagainya itu adalah dari Allah dan jika tiada keizinan Allah menyebabkan daya tersebut bertindak, maka ia akan tetap bergerak walaupun diletak lebih daya kepada objek blok di atas.

2. Bilamana kita tidak mengintegrasikan ilmu sains, seperti di atas, dengan kewujudan Allah, maka ia mengarahkan manusia berfikir secara materialistik dan ini adalah satu ancaman pada pemikiran umat Islam lantaran wahan (cinta dunia atau materialistik dan bencikan mati) itu sebagai satu penyakit yang akan melemahkan umat Islam, walaupun bilangan umat islam di akhir ramai tetapi hanyalah bakkan buih di lautan.yang akan punah dihempas badai.

Penutup

Dapat dikonklusikan dari bahasan tajuk di atas, sesungguhnya ilmu sains adalah satu ?advantage? pada umat Islam lantaran idea ini memang menduduki tempat yang tinggi dalam Islam sehinggakan dalam buku ?The Stories of The Prophet? oleh Ibn Katheer, ada menerangkan bahawa Nabi Ibrahim itu adalah seorang Rasul yang beriman kepada Allah dengan wasilah ilmu sains dengan memerhatikan alam ini dengan secara serius dan melaksanakan beberapa deduksi yang akhirnya mengembalikannya kepada Allah sebagai Tuhan dan asas tauhidnya dalam menerus2kan kehidupannya sebagai seorang Rasul.

Ini adalah satu seruan untuk semua agar menjadikan sains sebagai satu bidang yang perlu dipelajari dengan serius dan dalam masa yang sama disertakan sifat kerana itulah rahsia Nabi Ibrahim yang mampu membuat deduksi dengan bantuan Allah, bertemu dengan hakikat tauhid dan akhirnya menjadi seroang yang komited dalam urusan dakwah keraan yakin bahawa bukanlah dunia ini sebagai segala-galnya tetapi Allah Subhanahu Ta?ala.

Yang baik dari Allah, yang kurang dan tidak baik datang dari saya, hakikatnya dari Allah.

Jika kita tidak menjadi pejuang Islam, jadilah penyokongnya tetapi bukan penentangnya.

Lampiran

1 & 2 >>

Dalam Raheequl Makhtum oleh Safiurrahman Mubarakpuri, mengenengahkan ayat ini sebagai wahyu pertama dalam seerah rasulullah. Kertas kerja ini ditulis sebagai refleks tadabur ayat wahyu pertama ini kepada semua Islam di seluruh dunia.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2] Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
[5] Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Quran, 96:1-5)

3>>

[9] (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Quran 39:9)

4>>

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Quran 1:1-7)

5>>

Volume 1, Book 2, Number 47:

Narrated Abu Huraira:

One day while the Prophet was sitting in the company of some people, (The angel) Gabriel came and asked, "What is faith?" Allah's Apostle replied, 'Faith is to believe in Allah, His angels, (the) meeting with Him, His Apostles, and to believe in Resurrection." Then he further asked, "What is Islam?" Allah's Apostle replied, "To worship Allah Alone and none else, to offer prayers perfectly to pay the compulsory charity (Zakat) and to observe fasts during the month of Ramadan." Then he further asked, "What is Ihsan (perfection)?" Allah's Apostle replied, "To worship Allah as if you see Him, and if you cannot achieve this state of devotion then you must consider that He is looking at you." Then he further asked, "When will the Hour be established?" Allah's Apostle replied, "The answerer has no better knowledge than the questioner. But I will inform you about its portents.

1. When a slave (lady) gives birth to her master.

2. When the shepherds of black camels start boasting and competing with others in the construction of higher buildings. And the Hour is one of five things which nobody knows except Allah.

The Prophet then recited: "Verily, with Allah (Alone) is the knowledge of the Hour--." (31. 34) Then that man (Gabriel) left and the Prophet asked his companions to call him back, but they could not see him. Then the Prophet said, "That was Gabriel who came to teach the people their religion." Abu 'Abdullah said: He (the Prophet) considered all that as a part of faith.



(Source:http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/002.sbt.html#001.002.047)

6>>

[104] Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Quran 4:104)

7>>

[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

8>>

[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Quran 99:7-8)

9>>

[85] Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (Quran 17:85)

10>>

[31] Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.

Rujukan

1. Tafsir Ibn kathir (Abridged English Translation)

2. Sahih Al-Bukhari

3. Sahih Muslim

4. Lisanul-Arab

5. Raheequl Makhtum oleh Safiurrahman Mubarakpuri

6. Manhaj Hidup Muslim oleh Sayyid Qutb

7. Kaset audio oleh Hamza Yusuf : Perception of Reality

8. Physics Text book oleh Resnich dan Haliday

9. Organic Chemistry oleh Loudon

No comments: