7/11/2003

Kasih SayangMu Tuhan itu yang kudambakan

Erm. Kekadang kita tak boleh agak kehendak seseorang. Erm macam aku, aku rasa macam aku ada 2 karekter. Seorang mumtazah yang pemalu dan seorang lagik seorang mumtazah yang agresif. Macam tadih aku rasa macam lain sikit. Masalah emosi kot nih. Perempuan ada kalanya mempunyai emosi yang tidak stabil. Masa makan tadih, ahaks, tetiba aku rasa nak nangis. Dek pon diorang gurau melampau. Erm, mungkin aku terlalu penat kot. Tak tau lah. Semua tu mempengaruhi emosi lantas mempengaruhi hidup. Tah ler. Rasa berair jer mata tadih. Ahaks. Orang nak gurau ngan aku pun terbehenti gurau. Ahaks. Apalah kan. :9
Esok ada kelas, petang kalau aku rajin aku nak tengok orang buat rumah hantu. Ahaks Kaktun nak masuk tak??? Heheh. Pastu diorang kata sebelum subuh pagi ahad ayam sampai. Ayam tu nak kena basuh. 5o ekor semuanya InsyaAllah. Erm. Aku rasa aku nak join ler. Masa nih lah kan nak apa orang kata, nak merapatkan ukhwah. Masa nih lah teruji InsyaAllah sapa yang boleh dibuat sahabat. HEhe. Tengok ler kalau aku larat. Tadih badan dah rasa panas sebab bermandikan air hujan semasa pulang dari tempat makan. ;)

Sudiakah kau menerima hambaMu ini? Ya Allah Kau Maha Pengampun

Ya Allah, aku sekarang tengah dihatui oleh syaitan yang senantiasa mempengaruhi nafsuku. Ya Tuhanku kau tau niatku Ya Allah. Kau kuatkan lah imanku. Jangan sampai aku terjatuh lagik Ya Allah. Erm. Ya Allah kau tolonglah aku untuk membantu diriku yang alfa ini, kau kuatkan jiwaku menghadapi saban hari yang mengaburi mata ini Ya Allah. Ya Rahman kau tolonglah aku terhadap sahabat-sahabatku, rakan-rakanku, keluargaku, adik-adikku dan semua insan yang aku sanyangi Ya Allah. Sungguhpun aku rasa aku tak layak menjejaki syurga wangian abadi, namun kau tolongler aku agar aku tak berputus asa daripada rahmatMu Ya Allah. Maafkan aku Ya Allah. Allummaa ya Allah.

No comments: