7/20/2003

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". ( An-Naml - 19 )

Lama nyer rasa tak up date blog nih. Tahlerrr. Rasa takder apa nak citer. Kalau ada pun rasa macam biasa jer. Ahaks. Oklah citer sikit-sikit pasal apa yang berlaku kat sekolah nih..... (;

Jual Aiskrim

Start jual aiskrim hari Rabu 160703. Start beli barang hari Selasa 150703

Hehe. Aku pun tak percaya jugak. AKu buat nih. Ahaks. Memandangkan yang guru sandaran nih takder punca pendapatan lagik pendek kata takder gajik lagik, maka setelah dibincang-bincang dan setelah dipaksa-paksa oleh Kak Linda dan Kak Zura, maka aku pun cuba untuk merealitikan nyer. Kak Linda mengusulkan kat aku supaya jual aiskrim. Hehe. Aku khabar kat dier aku malu. Hu Hu Hu. Kak Linda kata macam mana Melayu nak maju kalau malu. Kena sebijik. Maka aku pun berbincang ngan kak Izzati dan kak Marlia. Diorang pun setuju. Aku pun rasa macam tak percaya terus pi beli plastik aiskrim ngan pembancuh air kat Ong Tai Kim (pasaraya). AKu tak percaya lagik tuhh. Hu hU Hu. Kak Zura marah aku. DIer kata Mu takder hidung ker, takder mata ker nak malu malu. Ngan bebudak pun nak malu. Kes kes kes. Hu hu hu. Memang strategik ler tempat duduk aku dalam bilik guru tu, aku dok depan peti ais dan sebelah tingkap. So nak jual aiskrim senang jer. Satu kepuasan bila tengok budak-budak tu beli. Dan rasa kelakar lak aku kena tutup tingkap tempat aku sebab aiskrim dah habis. Ahaks. Kalau mak aku tauuuu. Huuuu.


No comments: