7/27/2003

Penat. Erm aku baru balik dari hutannn. Ahaks, tak ler penat sangat. Masa nak balik baru terasa kepenatannya. Ahaks. Tiada apa-apa yang menarik aku nak ceritakan. Sebab tak der apa apa yang facinating. Erm hari jumaat petang bertolak. Aku pi lambat sikit sebab aku ada kelas sampai 340. Erm. Rehat-rehat borak borak ngan Kak Ni ngan si kecik ( anak dier ) nak dier panggil si kecik, dier panggil aku si besar. Ahaks. Kak Ni bagik bekal air ngan roti. Ahaks. Macam anak dier plak. Hehe. Lepas hantar Kak Ni ngan si kecik balik, aku pun bertolak. Hamdillah selamat sampai, tak sesat lak. Hamdillah. Petang tu sampai diorang dah riadah. Rasa menyesal lak tak solat asar dulu sebelum bertolak. Tak pasal-pasal kena tunggu giliran nak sembahyang ngan ambik wuduk. Hu hu dah ler penat, kena beratur lak. Itu ler main point dier solat is the first.
Selepas solat asar, siap-siap tukar baju, pi tengok diorang riadah. Dah ramai sangat cikgu, rasanya takder per sangat aku buat. AHaks. Lepas tu pi mandi siap solat maghrib. Then makan. Lepas tu dirang ada program. Aku tersadai atas kerusi. Masa diorang buat program tu. Sempat lak aku curi-curi pi tengok kumpulan lain. Selain sekolah kami ada beberapa kumpulan lagik yang berkhemah disana. Sesambil tunggu budak-budak tu siap, aku pi curi-curi dengar ceramah kat tempat terbuka. Sempat ambik point sikit-sikit jer, antaranya dier cerita pasal 10 tanda kematian, lepas tu dier cakap macam mana nak tarik hati pelanggan, lepas tu dier cakap pasal ekonomi yang berasaskan islam. Dier kata orang cina dah nampak dah kebaikan ekonomi yang berasaskan islam dan mereka yang paling banyak menceburi dalam ekonomi berasaskan islam nih. Lepas tu dier kata, kita buat apa apa pun biar semuanya berasaskan islam. Ahaks, dier kata apa apa pun mulakan ngan bismillahirahmanirrahim. Lepas tu apa erk. Ha pasal 10 kematian tu. Dier sempat citer pasal 3 tanda, 1) dier kata tumbuh uban, 2) Dier kata mata jadik rabun, 3) apa erk lagik satu sat erk. Ermmm sat sat.. Sambung sat lagikk

No comments: