8/17/2003

Alhamdulillah, hidup lagik aku harik nih. Setelah berlaku macam-macam dimana saat ini aku rasa malas nak bercerita. Huh. Erm. Padanlah ramai yang menulis kemudian berhenti. Tapi aku masih ingat pesan seseorang kepada aku. "Buat kerja sampai habis" Ahaks. By hook or by crook aku kena istiqamah walaupun sebenarnya aku nih cepat bosan. Melewati hidup-hidup ni rasanya aku terlalu tertekan semenjak dua menjak nih. Ahaks. Kerapkali kali mengasingkan diri. Last sekali aku pi baring kat bilik kaunseling dek bengang markah budak darjah 3 down giler. Hamdillah, duduk berseorang nih membuat aku terpikir dan mengizinkan aku muhasabah mengingati apa kesalahan yang aku lakukan. Pastinya ada sesuatu yang membuat keadaan jadi sebegini. Terus terang aku katakan apa yang ku tulis adalah luahan hatiku. Mungkin kalian rasa diriku nih seperti begini atau sebegitu, namun rasanya untuk mengulas apa yang ku tulis nih kepada kalian di balik mirc mahupun di hujung corong telefon rasanya aku tak sanggup kerana sebenarnya ini adalah suara hatiku yang seringkali aku rahsiakan daripada kalian semua.

Erm, seterusnya aku dedikasikan ucapan ini untuk rakan ku yang ku kenali di ym. erm bagaimana erk.

Takperla kawanku. Ingatlah apa yang berlaku telah termaktub. Yang penting bukannya soal siapa kita semalam. Tapi yang pastinya siapakan kita harik nih. Persetankan pandangan orang lain kerana mereka juga manusia. Manusia yang juga akan melakukan kesalahan. Bangunlah rakanku. Sapulah air mata mu, buang lah jauh-jauh segala yang lagho. Sayangilah dirimu. Ambilah yang jernih buat bekalan bangkit. Wassalam.

No comments: