8/28/2003

Mati
Kejap lagik ker? Esok ker? Macam mana erk aku mati. Harik nih aku tengok org accident mana tau esok aku pulak. MasyaAllah. Erm. Apa erk persediaan aku. Lautan dosa? Setitis pahala. ???Macam mana nih??

Tafsir Talqin


Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat
dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang
bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji
siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan
lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada
orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih
hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa
menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat
Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin
IBUSAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu
ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju
masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya
Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang
menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar
dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu
susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya Mungkar dan Nakir
itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah
nama kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad
kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan
cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa
gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang
dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa, zakat dan
mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan orang
yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku
mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan
yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di
dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan
dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan
dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi
adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari
Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan
membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-
mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah
menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di
dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan
memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subha
na rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin
walham dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah

Setiap yang bernafas
Pasti akan Mati

"Kullu nafsin za iqatul maut"



To unsubscribe from this group, send an email to:
fatanah-unsubscribe@yahoogroups.com

Firman Allah swt,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati
dengan kesabaran."
Surah Al-Ashr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

No comments: