8/27/2003

Pertama Bukan Hati
Hamdillah, syukur kepada Allah aku masih hidup lagik harik nih, dan aku paling bersyukur kerana setakat yang aku sedar hari ni, aku tak menzalimi diri aku hari ini. Erm. Pertama Bukan hati, Pertama maafkan saya kerana lama menyepi diri. Pertama maafkan saya kerana membuat kalian tertanya-tanya tentang diri ini. Buat yang mengingati kirimkanlah Al-fatihah buat diri ini agar sentiasa berada dalam rahmah Allah InsyaAllah…..Kak Tun kalau ingat kat orang, sedekahkan ler Al-Fatihah erk. :D
Hamdillah, betullah dalam firman Allah yang bermaksud begini jika diterjemahkan “selepas kesusahan ada kesenangan” MasyaAllah, Ya Allah aku berpegang pada ayatMu, pada janjiMu Ya Allah. Erm. Ambik contoh termudah, mak aku akan mendapat anuegrah pekerja cemerlang (esok 280803) setelah bergelumang dengan pelbagai kesusahan. Kak Nie pula baru-baru ni (hari selasa dapat tahu) dicalonkan untuk anugerah guru cemerlang! Hidup islam. Benarlah janji Allah. Setelah berkongsi-kongsi cerita dengan pelbagai lapisan orang…(sebenarnya saya seorang yang pemalu, terima kasih sahabatku, awak telah membantu sehingga saya jadi sebegini sekarang) semua orang teruji sebenarnya. Semua orang ada masalah. Akuilah perkara itu. Cuma kemanisan merasai ujian tu belum dapat aku rasai. Mana tak nya, datang sedikit masalah aku dah pening pala memikir. Paling teruk aku akan beritahu (kongsi) ngan orang tentang masalah aku. Erm sebenarnya bila kita ada masalah kena carik balik apa dosa yang kita buat pada orang, apa maksiat yang kita lakarkan pada Allah. Kena beristigfar. Astagfirullahalzim.
Ya Allah biarpun aku dapat menipu manusia lain, namun kau tahu sapa aku.
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih dan syukur kepada Allah kerana mengurniakan kawan yang cukup berhikmah. Ya Allah kau bantulah sahabat-sahabatku di luar sana, masyaAllah. Kata-kata kawanku baru-baru nih cukup mengamit jiwa, cukup membuatkan aku terfikir, cukup membuatkan aku terkenang. Ya Allah terima kasih sekalai lagik. “Dunia ini luas laluilah ia dengan penuh hikmah.”
Maksudnya apa…kita walaubagaimanapun kena kena harungi jua dunia ini, persoalannya bagaimana kita nak melalui dunia ini???? Cukup mudah katanya lagi lalui lah dengan jujur, jangan sesekali menipu. Berkata benarlah walaupun pahit. Macam mana awak nak lari pun awak akan lalui juga. Maka jalan selamat nya adalah dengan membuat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Contoh larangan Allah. Allah tak kasi kita menipu. Allah kata bercakap benarlah. Jadi kalau kita ada masalah ker apa ker yang memaksa kita memilih sama ada hendak berbohong atau pun berkata benar, maka bercakap lah benar. Kerana yang manis tu sekejap sahaja. Jujur kita lah yang akan nampak kemudian. Ya Allah senangnya aku bercakap. Bolehker aku buat nih. Doakan aku semua.

No comments: