9/03/2003

Salam
Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam masa yang tinggal beberapa hari nih. Erm. kalau cikgu Azril nih mesti setiap kerja yang hendak dilakukan dier akan catat dalam buku catatan dier dan akan tandakan apabila sudah dilakukan. Erm. Aku tengok meja dier pun teratur. Walaupun aku rasa fail dier di buat dengan tergesa-gesa tapi cukup teratur cukup melambangkan dier sistematik walaupun aku rasa dier nih macam otak gila-gila sikit, sebab dier suka main-main. Anyway orang kata kalau yang baik kita ikut dan yang tak baik tu jgn ler ikut. Erm. Macam aku banyak benda nak dibuat, nak buat tu nak buat nih, tapi kekadang idena tu datang tiba-tiba. Lepas tu mulalah aku terlupa lah apa lah. Erm. Kadang-kadang rasa banyak sangan benda nak dibuat sampai tak terbuat. Cepat penat ler sekarang. Erm. kena banyak minum air kot.
Okaylah sekarang nih untuk memastikan aku buat kerja tuh aku akan tulis kat sinih, sebab kalau aku tak buat aku akan malu.
- Key in maklumat buku dalam komputer = +- 8000 maklumat ( baru siap 1000 lebih)
- Siapkan buku ringkasan ( nih ler aku paling malas nak buat. Minggu lepas tak hantar. (Ambik ko )
- Kemas meja guru aku yang macam tongkang pecah. Hehe. Dah lawa erk. Cuma nak disistematikan sahaja. Benda yang perlu ada fail
-Bagi homework kat bebudak. Uish cuti lama tuh.
- Ambik buku buat turun suruh Akak Zura proses.
cukuplah tuh. Moga aku buat ler semua nih. InsyaAllah

No comments: