9/10/2003

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;

"Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;

"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

(Asy-Syu'araa' 78-88)

Okeh sementara masa yang ada nih. aku nak kongsi sedikit apa yang aku dapat dalam kelas bi semalam InsyaAllah. Betullah pernyataan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Baiklah staraight to the point. Erm semalam bincang tentang mercy. Madam Maznah (walaupun aku mula tension gak ngan dier sebab asyi asyik marah aku) eheh, baiklah abaikan. Madam Maznah kupas satu topik yang aku rasa aku dapat semalam. Oklah
dier kata walaupun orang buat jahat kepada kita tapi kita kena layan dier dengan baik. Erm ambik perumpaan didalam al-quran seperti yang diceritakan didalam surah Yusuf bahawasanya, walaupun Yusuf di aniaya oleh adik beradiknya sendiri tetapi dier tidak membalas balik perbuatan jahat mereka, malah Yusuf telah membantu adik beradiknya ketika mereka meminta bantuan kepadanya.
Lepas tu bincang pasal mercy pulak. ALlah hanya tunjukkan mercy nya di dunia hanya 1% sahaja dan 99% pula akan ditunjukkan pada hari akhirat kelak. Contoh termudah ialah pada binatang. Okay contohnya gajah. Ibu gajah memebelai anaknya dengan cara meletakkan kaki ke atas badan anaknya. Walaupun ibu gajah tu berat tapi.. anak gajah tu tak kena penyek pun. Itu lah salah satu mercy yang ALlah bagik. Itu adalah satu peratus yang Allah benarkan kita lihat. MasyaALlah. Lagiksatu yang aku dapat semalam ialah kita tak dapat membayangkan bagaimana Allah itu sebenarnya kerana Akal kita terbatas. Ok misalnya kalau kita tengok hindustan kan, lepas tu kita tengok patung tu kan dan apabila sembahnyang kita terbayang-bayang. Ok di saat itu kita perlua nafikan itu bukan Allah kerana kita tak dapt bayangkan Allah tu bagaiman kerana akal kita terbatas. Dua benda aku dapat semalam iaitu :-

1) Walaupun orang buat jahat kat kita.. kita kena layan dier ngan baik
2) AKAL KITA TERbatas
--aku rasa ada lagik lah dier cakap semalam. Erm dier kata setiap yang belaku ada sebabnya. Ok misalnya aku terpilih ke kelas ada hikmahnya, aku dapat cikgu macam puan maznah ada sebabnya. Ok lepas tu dier kata,,setiap masalah yang Allah turunkan kepada kita adalah disebabkan ALlah nak kita minta pada Nya. Lepas tu Puan Maznah kata kalau kita misalnya dapat kawan ker suami ker apa ker yang kita tak suka kita kena carik apa puncnya. macam penceraian Allah benci penceraian sebab tu walau kita tak suka macam mana pun kita kena selidik apa puncanya. Kenapa ia berlaku pada kita. Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 286 :-
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Erm apa lagik erk aku dapat semalam. Erm ha ada lagik ingat balik dah hamdillah. Ok dier kata to be patient is easier than to be thankful, iaitu untuk besabar adalah lebih senang daripada bersyukur. Allah uji kita dalam dua keadaan iaitu dengan nikmat kesihatan dan lagikk satu apa erkkk...lupaaaa hah masa muda.. Ok lah lepas tu dier kata lagikkk Ok misalnya kalau kita buat dosa dan rasanya macam dosa kita lebih berat dan kita rasa Allah akan tak terima... misalnya kan kalau ada orang tu minum arak, kalau ikut hukum ker apa ker kalau minum arak, Allah tak terima sembahnyang kita selama 42 harik ker apa tak pasti lahh, walau apa pun orang kata,, tapi bila kita tersedar dan ingin bertaubat kita kena buat jugak solat tu kerana itu adalah antara kita dengan Allah urusan kita dengan ALlah. Okaylah ha last sekali kalau kita terima pujian, kembalikan balik pujian tu kepada ALlah. Wallahua'lam.

No comments: