12/18/2003

NUR ILAHI


BAB 1

xpdcbrutal

Jang! Sapa yang tak kenal Jang? Bukan saja keras kepala. Keras hati, kepala batu. Semua tittle tu dia pegang. Kalau boleh buat Jang ni menangis, memang hebat la manusia tu.

Camna ya Jang nih boleh famous? Satu, sebab kepala batu dia. Satu lagi, sebab budak yang admirer kat dia, semua yang jadi pemegang kawasan. Kate orang Ganu, ‘megang’. Jang ingat, budak nih buta kot. Nak kata Jang ni pandai dressing…. Dia ni gaya serabai. Pergi Bandar KT pun pakai selipar pi tandas. Nak kata Jang ni cun, rambut dia pendek nak mampus. Silap ari bulan, orang kata amoi sesat. Banyak kali jugak la orang yang konpius dengan bangsa keturunan die. Nak kata alim, Jang nih bukan reti nak pakai tudung. Mujur arwah mamanya dulu pukul kalau dia tak solat. So, kewajiban yang dia tak pernah abaikan sebagai seorang muslim, ialah solat lima waktu. Tapi, nak solat, kiblatnya ada gambar Cagiva Mitto, ZZR, Kawasaki Ninja. Gambar pakwenya, Ronaldo, dan spare tayarnya, Eric Cantona setia memerhati. Ditambah dengan lagu xpdc yang menjadi pilihannya. Nak kata Jang ni penggoda antarabangsa, tak da pun orang yang berjaya lekat dengan dia. Camne nak jalan, silap langgar sikit, dah mengamuk. Haru satu sekolah. Bagus gak, bila Jang ada, bebudak lelaki nih akan lalu jauh-jauh. Jangan cari pasal ngan Jang. Tak aman hidup. Jang, Jang…….

Skali pandang, orang akan kata Jang ni kaki gaduh. Jangan pandang lebih-lebih. Kena fire, baru tau… Lain la kalau rasa cam ade utang yang Jang tak bayar lagi. Tapi kan, orang tak tau. Sebrutal-brutal Jang, tengok TV leh meleleh. Dengan mak bapak tak penah angkat suara. Orang yang bermasalah, dia pulak yang gabra. Pelik dibuatnya Jang nih. Normal ke abnormal? Jap OK. Jap KO. Tapi, bila check balik, ada kaum-kaum tertentu je yang Jang tak suka. Tak tau apsal…

Pengaruh? Jang memang ada ramai pengaruh. Di kalangan kaumnya, Jang menjadi orang yang paling bagus. Kononnye la. Kutuk la ape saja kat Jang. Tak akan balas. Minta la apa saja. Jang tak akan hampakan. Hanya mereka yang benar-benar rapat sahaja yang tahu diri Jang yang sebenar. Bukannya singa yang selalu kelaparan. Memandangkan Jang ni tergolong dalam golongan yang agak berada, maka, tak menjadi masalah bagi Jang untuk membelanja kawan-kawannya. Tu pasal ramai nak jadi kawan. Yang ikhlas pun ada. Yang nak ambik kesempatan pun ada. Jang tak kesah semua tu. Yang penting, Jang dapat menghepikan kawan-kawannya tuh. Pasal nih jugak la Jang selalu ade kaki yang selalu mempertahankan die bila mana ade kes besar berlaku. Jang, Jang….

Jang nih hepi go lucky. Tak penah moyok. Makin banyak masalah, makin menjadi nakalnya. Makin banyak pula orang yang dibelanjanya. Jang ada 5 geng tetap, 4 geng studi, dan 7 geng kaki bola dan motor.

Cakap pasal geng tetap. Geng-geng nih la yang selalu menghuru-harakan sekolah. Mar, Yah, Su, Ja dan Yani. Keluar rehat paling awal, geng nih la. Masuk kelas paling lambat, group nih jugak. Jang paling rapat dengan Mar dan sekepala dengan Yah. Kaki bola beb. Lagipun, dalam geng Jang, tiga orang main hoki. Jang rase, die yang paling hampeh tapi OK la.

Geng studi plak ialah budak skema pragmatik kat sekolah. Mazni, Masitah, Bedah, dan Gee. Kalau dengan geng nih, Jang nampak ayu skit. Sikit je. Boleh lah berbincang. Cakap pasal agama skit. Tapi, satu pun tak amal. Jang, Jang….

Hah…Geng bertujuh lagi best. Rubar, Pajeng, Mat Tam, Sani, Yo, Adi, dan Zamri. Bodyguard Jang nih. Memang beruntung la bebudak nih sebab diiktiraf menjadi kawan Jang. Bukan apa pun. Jadi geng sebab sekelas. Tak tau la diskriminasi yang Jang buat. Kalau dengan budak sekelas, Jang memang baik gile. Semua budak suke kat die. Semua masalah die tahu. Jang nih, terror la jugak. Yang bestnye, die tak lokek dengan ilmu die. Sayangnya. Jang bukan mengajar. Tapi, bagi tiru. Masa exam, sape duk sebelah Jang, paling beruntung. Mane daknya… Jang plak bagi jawapan kat bebudak nih.

Rubar nih member kamceng Jang. Memang gaduh memanjang. Setiap Rabu, memang Jang slalu dapat burger free. Dah diorang bertaruh. Jang sokong Red Giant. Rubar sokong Peteh Ganu Peteh. Sapa kalah, kena blanja. Zaman tuh…, Merah Kuning lambang kebanggaan. Selangor merancang kejayaan… Ceh…Sempat menyanyi la plak. Rapatnya Jang dengan Rubar, satu sekolah tahu. Tapi, bila bergaduh, berminggu tak tegur. Paling parah….. Bila satu hari……… Dalam bas AZAM METRO… Rubar naik bas. Tah macam mana dia tak nampak Jang ada. Kurang asam, dilanggarnya Jang. Perang besar la jugak. Kesian Rubar… Dia tak tau pe-pe. Bila Jang cakap sebab tuh, Rubar pun cakap, " Looo. Kalau aku tahu mung ade, tobat aku dok lalu kot tuh.". Em, diorang kawan balik.

Yang lain tuh, sama la dengan geng-geng Jang yang lain. Yo dengan Adi selalu cerita masalah makwe die. Rubar pun same gak. Jiwang karat. Tuh yang Jang menyampah tuh. Jang tetap bersama geng permanent die. Cuma, bab gaduh sal bola ngan motor, dengan hero bertujuh la. Yang lain, general knowledge tentang bidang kebolasepakan tuh kurang. So, buang mase la cakap dengan orang yang tak tau.

Camne lak Jang ngan cikgu-cikgu… Jang nih harapan sekolah. Sebengong-bengong Jang, die juga yang membawa nama SEMESTI INDAH ke peringkat negeri. Menang debate. Jadi first debater dan penah sekali jadi best debater peringkat daerah. Akademik lak, she always be the best. Yang paling best ialah karangan Jang. Siap kena baca di hadapan umum lak tuh. Yang kelakarnya, karektor-karektor dalam tulisan Jang, semua nama pemain bola. Papanya, Azman Adnan. Adiknya, Shahril Arsyad. Memang semua orang tahu tentang kegilaan Jang yang satu nih. Apa lagi ya yang Jang dah sumbangkan kat sekolah? Selain menyumbangkan duit denda akibat melanggar peraturan sekolah, Jang juga telah mengangkat nama SEMESTI dengan muncul sebagai antara peserta terbaik dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya kat Rantau Abang. Tapi, yang paling manis ialah Jang menjadi satu-satunya pelajar yang mendapat 9A dalam PMR di daerahnya . Orang ingat, Jang hebat. Tapi, orang tak tahu, macam mana, Jang nih, solat hajat lima kali sehari agar dia dapat 9A. Nampak brutal. Tapi, nak mintak, dengan TUHAN jugak. Cuma, yang slectnya, Jang solat hajat setiap kali selepas solat fardhu, termasuk lepas Subuh dan Asar. Tak pa lah. Dia tak tau time nih….

Jang nih, tak lah jahat. Cuma, dia slalu cari pasal dengan budak lelaki. Silap sikit, haru dunia. Siapa tak kenal Pok Yo? Tapi, Jang nih boleh gaduh dengan budak nih. Jang takut gak sbenarnya tapi saja, nak tunjuk bagus. Pok Yo adalah musuh ketat Jang kat sekolah. Pernah skali, Jang sepak kaki die sampai tak leh berjalan. Gelabah gak Jang. Tapi, untuk minta maaf, jauh sekali.

Tahun nih, Jang amik PMR. Tahun nih, Jang baik sikit. Die tak banyak bergaduh dengan budak lelaki. Dah tu, siap jadi orang tengah untuk banyak hal. Boleh gak cakap yang zaman nih adalah zaman kegemilangan Jang. Adik angkat pun ramai. Jang tahu. Ada yang ambik kesempatan sebab nama Jang naik time nih. So, boleh tumpang sekaki la. Tekanan yang Jang terima waktu nih begitu kuat. Daerah meletakkan harapan padanya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Studi dipertingkatkan tapi tak boleh lari dari bola sepak. Hari Selasa, malam Rabu. TV la jadi rujukan dia. Hatta, sewaktu peperiksaan dijalankan, Jang masih berusaha mendengar siaran radio untuk mengetahui keputusan akhir bola sepak..Menanapa… Mennapa…. Menanapa…. Mennapa….Menanapaaaaaaa….


BAB 2

Jang dengan Tuhan….

Arwah mama Jang bukan tak pernah ajar Jang. Dari kecil, mama Jang dah ajar Jang solat. Siap kena pukul kalau tak solat.

Kat SEMESTI, Jang selalu juga dapat surat dari abang seniornya yang minta Jang pakai tudung. Cikgu Jang pun menasihati Jang dan kawan-kawannya. Entahlah….

Jang tak tahu mana yang silap. Tapi, Jang bebetul tidak jelas tentang wajibnya pakai tudung. Pakai tudung satu hal, tak pakai stoking plak macam mana? Cakap bab aurat, Jang pun tak boleh nak cakap apa. Jang pun tak rase bersalah atau berdosa. Mungkin Jang tak tahu dan mungkin Jang belum mendapat hidayah. Tapi kan, orang kata, kadang tuh, hidayah perlu dicari….

Bab solat….Jang solat tapi dengan berkiblatkan motor dan footballers. Kadang tuh, Subuh Jang pukul 8.00 pagi. Solat Jang diiringi nyanyian Mael xpdc. Apa lah nak jadi dengan Jang? Bila Jang pikir balik, Jang pun tak tau apa yang Jang solatkan. Rukuk sujud!!! Tak ada penghayatan. Tak ada apa-apa. Tah diterima. Tah tidak. Jang tak pernah pikir benda tuh.

Pergaulan? Masih terjaga cuma keras kepala. Bab kawan nih, tak banyak sangat point. Yang pasti, Jang bebetul mengharapkan Tuhan dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik. Mungkin orang tak akan percaya hal nih. Jang yang sempoi nak mapus nih, boleh berdoa minta dengan Tuhan agar dia dapat nombor satu dalam kelas. Tanpa ilmu juga, Jang selalu berpuasa. Niatnya berpuasa. Tak kira hari apa. Solat hajat tuh, solat nombor dua terpenting dalam ibadah Jang…… Segala apa yang Jang lakukan adalah tanpa ilmu.

Bilalah akan datang hidayah Allah buat Jang?


BAB 3

Nur Ilahi

Keputusan PMR akan diumumkan beberapa hari lagi. Jang menambahkan purata solat hajatnya dalam sehari. Kalau dulu, sekadar selepas solat fardhu. Tapi sekarang, sebelum dan selepas solat. Siap nazar. Kalau dapat 9A, Jang akan puasa 30 hari. Memang kuat la harapan Jang untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Keputusan diumumkan. Jang pergi awal ke sekolah tapi lepak di rumah Masitah. Takut… takut tak dapat 9A. Di sekolah, cikgu mengucapkan tahniah pada Jang. Akhirnya, Jang berjaya. Bagi pelajar di sekolah berasrama penuh, atau MRSM, mungkin hal ini adalah perkara biasa. Tapi, bagi Jang, lain pulak. Yer la. Bilik disiplin tuh menjadi bilik kedua Jang. Bukan apa. Selalu kena tangkap sebab tak mau kelepek tudung. Jang balik rumah dengan hati yang berbunga. Bukan sebab dapat 9A. Tetapi, sebab habuan yang hendak diminta daripada papa. Cagiva Mitto!!!Memang tinggi angan-angan Jang. Nak bawa Cagiva pergi sekolah. Blow depan Pok Yo. Bangga sangat dengan RJ dia. Tapi…… Lain yang ditawarkan papa Jang. Radio je. Papa cakap, ada anak kawan dia. Dapat hadiah motor, pas tu, accident, mati….. Dah….Tak pe la. Kalau dak, pasti dah beriak depan Pok Yo.

Jang merancang lagi. Kali ni, dia nak mengenakan beberapa makhluk yang ada ‘hutang’ dengannya. Tapi, sesungguhnya manusia merancang. Tuhan merancang. Dan Tuhanlah sebaik-baik perancang. Jang ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di ibu kota. Kolej Agama Shah!!! Orang kata, kolej ni glamer tapi Jang tak pernah tahu pun kewujudannya. Jang akhirnya, akur dengan kehendak papa dan mama yang memintanya melanjutkan pelajaran ke sana. Selamatlah kau Pok Yo. Selamat tinggal Rubar. Dengan siapalah dia akan bertaruh selepas nih?


BAB 4

Cinta Tuhan

Masuk Kolej Agama Shah. Tensen tahap maksima. Pertama, Jang kena pakai baju pompuan. Banyak jugak la baju kurung yang disedekahkan pada Jang. Kedua, kat sini, tak ade orang yang sekepala dengan Jang. Yang pompuan tuh, jalan tunduk-tunduk. Kalau dulu, Jang anggap, yang jalan tunduk nih saja mengada-ngada tunjuk baik. Yer la. Depan lelaki, ayu gile. Belakang….. Lebih kurang Jang je. Jang jugak tetap dengan gaya brutalnya.

Ketensenan Jang berada pada tahap yang kritikal. Tiada teman untuk berbincang hal motor. Diletaknya gambar motor kat meja, diterimanya ‘surat cinta’ dari senior. "Sesungguhnya….." Bosan Jang. Ditulis lagu xpdc pada meja, diterima tazkirah power dari senior. Argh……Tensen!!!!!!!! Pernah sekali, Jang di ‘fire’ oleh seorang budak warak dalam biliknya, "Daripada simpan gambar motor, lebih baik fikir hal Rasulullah." Memang panas la Jang masa tuh. Sampai Jang bangkit dan berkata, " Kalau macam nih la cara berdakwah, jangan harap korang dapat berdakwah dengan bohsia. Pirah." Jang kecik hati sebenarnya. Jang mula dengan hidup baru. Tapi, Jang tak boleh berubah mendadak. Jang juga, panas hati bila budak-budak kat KAS nih selalu mengutuk budak-budak kat luar. Yang tak pakai tudung, yang kawan lelaki pompuan, yang tak solat. Walaupun, Jang tak tergolong dalam golongan yang liar, Jang tak boleh terima bilamana kawan-kawan Jang dikutuk. Macam nih yer budak sekolah agama? Apsal cakap belakang? Useless…..

Jang cuba berkawan dengan ‘sahabat’ baru. Tapi, Jang bukanlah sahabat pilihan. Pakai baju kurung pun lain macam. Jang cuba berkawan dengan akak-akak. Tapi, akak-akak yang baik nih, dah ada adik-adik mereka sendiri. Yang baik. Yang siqah. Yang jalan tunduk. Jang tunggu surat kawan-kawannya. Memang ramai yang hantar… Tapi, Jang tetap tak tenang. Apa yang Jang kena buat?

Sehinggalah. Jang berjumpa dengan seorang kakak senior. Diluahkan apa yang terpendam. Akak tuh hanya cakap…. "Kembalilah pada Tuhan.". Sejak itu, Jang mula mahu mengenali Tuhan.

Tuhan!!!!!!!!!!! Bagilah jalan pada Jang. Pada peringkat awal, Jang mulakan dengan solat taubat selepas majlis Al-Mulk. Tak tahu dari mana datang kekuatan. Jang menangis sungguh-sungguh waktu solat. Hilang kemachoan Jang selama nih. Hilang prinsip bahawa Jang tak akan menangis di hadapan orang. Jang terkenang dosa lampau. Dengan solat yang thah diterima thah tidak. Dengan kemungkaran yang dilakukan. Tak tutup aurat. Bertaruh. Semua hadir. Jang menangis semahunya. Jang rasakan bahawa tiada keampunan lagi buat Jang. Setiap kali solat, Jang akan menangis. Tak ada chance langsung nak masuk syurga dengan dosa yang menggunung ni. Jang lupa…. Rahmat Tuhan ada di mana-mana.

Sejak itu, Jang makin jauh dari kawan-kawannya. Jang juga begitu terasing dari orang lain. Di KAS, Jang lebih asyik memohon taubat. Di surau, Jang lah orang pertama yang sampai. Berada di saf pertama adalah kewajiban bagi Jang. Kalau tak, pasti menangis. Kalau ada budak lain yang masuk dulu ke surau, pasti Jang menangis. Sikit-sikit menangis. Jang di KAS memang jauh berbeza dengan Jang yang dahulu. Kalau dulu, tak pernah menangis di hadapan Tuhan. Tapi, tidak kini. Tuhan adalah segalanya bagi Jang.

Mungkin sebagai kafarah dosa buat Jang di KAS. Kalau di SEMESTI, Jang tak pernah sakit. Di KAS, sakitnya menjadi-jadi. Menjadi satu kemestian pula bagi Jang untuk sakit setiap bulan. Jang buat salah sikit, esoknya terus sakit. Tak pun, terjatuh. Pernah sekali, barang Jang terjatuh. Thah camne, Jang tersebut ‘ cinabeng’. Dah lah jatuh, terus tersembam. Sejak itu, Jang berhati-hati mengeluarkan kata-katanya.

Tapi kan, makin banyak ibadah yang Jang buat. Makin banyak pula dosa yang dirasakannya. Makin kuat ingatannya terhadap dosa lampau. Jang memang berubah sama sekali. Dalam sehari, paling kurang, satu juz boleh dibacanya. Memang tunggang terbalik bacaan Jang tapi Jang cuba. Kalau tak baca yaa-sin dalam sehari, pasti dia akan terjaga di tengah malam untuk membacanya. Semacam ada satu kuasa yang menyuruhnya berbuat demikian. Jang makan, Jang ingat Tuhan. Segalanya Tuhan. Dan yang pasti, Jang telah merasai kemanisan yang tak pernah dirasainya.

Banyak hal yang Jang belajar. Jang banyak membaca. Jang banyak menghafal. Jang cuba untuk menjadi umat yang terbaik. Walaupun telah dilahirkan sebagai Islam. Baru kini Jang merasai betapa indahnya Islam tu.


BAB 5

xpdcsolehah99

Jang pulang ke rumah dengan 1001 pengharapan. Jang mengharapkan perubahan. Jang mengharapkan agar langkahnya diikuti oleh sahabatnya yang lain. Tapi………..

Perubahan Jang menyebabkan dia jauh dari kawan-kawanya. Satu kepelikan bagi mereka, bilamana Jang memakai baju kurung. "Wei.. Wei… Dia pakai baju kurung la. Wei… Dia lain la….Wei… Dia jadi pompuan la…."

Jang kembali pada asalnya ketika di luar KAS. Rambut yang mula panjang, dipotong pendek. Digunakan kembali spek alternatif miliknya. Disaut kasut lelakinya. Dicari balik baju ‘No Fear’ yang telah disimpannya…. Harapan mama untuk melihat Jang menjadi perempuan sejati, hancur. "Mama…. Kalau nak beli baju, beli baju lelaki k."

Allah itu maha pengasih. Dia maha penyayang. Sekembalinya Jang ke KAS, Dia telah menarik kembali Jang dari kegelapan. Kali ini, Jang menjadi lebih baik. Makin kuat tangisan Jang bila mengingat kembali apa yang dilakukannya. Digandakan bacaan Al-Quran. Diwajibkan ke atasnya untuk berpuasa, solat hajat, solat taubat. Tak sah kalau tak menangis.

Bila Tuhan mahu memberi hidayah. Tak ada siapa yang boleh menghalang. Kali ini, Jang kekal dengan diri Jang yang baru. Kali ini, bukan sahaja kemanisan iman yang dikejarnya. Tetapi, cinta Ilahi. Ya… Jang mengejar cinta Ilahi. Jang bercita-cita untuk mati dalam kemanisan iman dan cinta Ilahi.

Setelah tamat pengajian di KAS, Jang pulang dengan Jang yang baru. Jang tidak punya masalah dengan orang tua kerana prinsipnya untuk menghormati orang tua. Jang tidak punya masalah dengan sahabat perempuannya, kerana Jang memang seorang yang ambil berat terhadap orang lain. Ada yang tidak dapat menerima perubahan Jang, tapi mereka perlu akur. Cuma, Jang masih tak dapat membuang kebenciannya terhadap orang lelaki. Walaupun, Jang belajar agama. Dan banyak ilmu yang Jang peroleh di KAS, Jang masih tak boleh menerima mereka. Benar! Jang ada geng bertujuh. Tapi, hanya yang bertujuh itulah yang dikawannya dengan ikhlas. Yang lainnya, kalau Jang baik pun. Pasti ada udang di sebalik batu. Sama ada untuk menjatuhkan mereka dari jauh, atau Jang berkawan dengan mereka kerana nakkan nama. Yer la. Kawan dengan samseng. Sape berani nak masuk line. Jang ingat janjinya. " Sampai bila-bila. Budak lelaki tak akan aku letakkan di atas. Dan aku tak akan jatuh kerana lelaki." Naik bulu roma bila dikenang kembali.


BAB 6

Sutera Kasih

Jang menjalani kehidupannya dengan hidup baru. Satu sifat baru bagi Jang ialah malu. Jang menjadi orang yang amat pemalu dan pendiam. Tiada lagi manusia yang bising pasal bola atau motor. Sebelum mendapat tawaran ke matriks, aktiviti harian Jang ialah melawat neneknya, dan membantu mama dan papanya. Kalau dulu, memang tersohor nama Jang dengan perangai gila-gilanya. Tapi kini, nak ke kedai pun, kena berteman. Nak ke rumah kawan, kena dihantar. Jang pun, semakin jauh dari sahabat-sahabatnya.

Kalau di SEMESTI, nama Jang naik kerana masalah disiplinnya. Di matriks, Jang perlu berdepan dengan bebudak yang mempunyai masalah sepertinya. Tidak Jang duga, kehidupan di matriks makin mengubah hidupnya. Tak Jang duga…. Di sini, Jang diberi kepercayaan untuk terlibat dalam kepimpinan. Memang jauh dari diri Jang. Mampukah Jang melakukannya? Dua tahun, Jang ditarbiyah. Terus mendapat beban amanah begini.

Jang terfikir. Apa hikmahnya semua ini? Allah tak akan melakukan sesuatu yang sesia. Pasti ada sesuatu di sebalik ketentuanNYA. Tapi, dia tidak mendapat jawapan. Jang cuba mengaplikasi apa yang telah dipelajarinya. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak, Jang mampu untuk melaksanakan amanah yang diberikan meskipun tidaklah sebaik mana. Yang penting, Jang telah mencuba.

Di matriks, perkara baru yang dipelajarinya ialah dari sudut pergaualan dengan lelaki. Memang pada peringkat awal, Jang turut bermasalah dengan golongan ni. Tapi, segalanya berubah sejak Jang mengenali seseorang yang benar-benar telah mengubah persepsi Jang terhadap kaum ni. Dalam hatinya, dia mengakui kebaikan mereka. Kawan-kawan lelaki dan perempuan di matriks, semua OK. Walaupun demikian, di mata geng tetapnya di SEMESTI, mereka masih berpegang bahawa Jang tetap bencikan lelaki.

Kalau ditanya tentang pengalaman manis. Pasti jawapannya ialah di matriks. Jika ditanya sahabat-sahabat yang disayanginya, sahabat matrikslah jawapannya. Di matriks, Jang mula mengenal erti tanggungjawab. Jang mula menjadi seorang yang agak bertolak ansur, walaupun masih lazer dengan siswa. Dan julung kalinya, tanpa pengetahuan sesiapa, Jang pernah menangis kerana seorang sahabat lelakinya. Pelik! Jang rasa pelik bin ajaib tapi Jang dah menangis. Ego Jang yang selama nih tinggi melangit jatuh juga. Jang menangis bila berlaku satu kes, yang telah menyebabkan sahabat Jang nih melarikan diri dari Jang. Sebabnya? Adalah tuh. Jang pun pelik. Macam mana Jang boleh termenangis nih. Jang dah biasa menangis tapi jangan kerana lelaki!!! Banyak persoalan yang timbul dalam diri Jang tapi, Jang tetap menolak apa yang dirasainya. Baginya… Bangang kalau dia merobohkan prinsip yang dipegang sekian lama….

Pengajian di matriks berakhir dengan lancar. Dan, yang paling membanggakan Jang ialah…. Jang berjaya mengotakan kata-katanya dulu meskipun dia gagal mempertahankan keegoannya….


BAB 7

Muthiah Habibatullah

Melanjutkan pengajian ke menara gading adalah harapan setiap insan. Di universiti, Jang menjalani kehidupan seperti mahasiswa dan mahasiswi lain. Tiada apa yang memelikkan. Cuma, Jang gagal mempertahankan prinsipnya. Memang Jang tidak dapat menerima hakikat pada awalnya, tapi bila difikir kembali….Manusia perlukan perubahan. Alhamdulillah. Kini Jang dapat menerimanya seadanya.

Berfikir sejenak. Jang teringat kisah silamnya. Jang yang dulunya, tak pandai dressing wanita, kini meletakkan harapan yang tinggi untuk menjadi wanita solehah. Kalau di KAS, Jang meletakkan harapan untuk memperoleh kemanisan iman dan cinta Ilahi, Kini, Jang bercita-cita menjadi seperti Muthiah. Dan menjadi Habibatullah. Kalau dulu, Jang berusaha untuk menebus dosa lampaunya(meskipun tak tertebus). Tapi kini, Jang berusaha untuk mencapai matlamat hidupnya. Jang buat silap tapi Jang akan cuba untuk memperbaiki kesilapan itu.

Harapan Jang, moga satu hari nanti…. Walau sesaat, sebelum ajal menjemput, Jang mampu mencapai cita-cita Jang. Jang sanggup buat apa saja. Kalau dulu, Jang akan berpura-pura di hadapan sahabat SEMESTI, kini Jang berazam untuk mengekalkan identitinya yang baru. Walau ditolak atau disindir(terutama hal yang berkaitan dengan apa yang dipegangnya), Jang akan tetap mempertahankannya. Hilang ego. Hilang dendam…. Moga Allah sellau memberi jalan dan petunjuk buat Jang. Juga, Dia mengampuni segala dosa Jang, dulu, kini dan selamanya….. Dan, dosa mereka yang Jang sayangi.

"Tiada apa yang lebih manis dalam ikehidupan ini melainkan apabila dia berjaya memperoleh KEMANISAN IMAN dan CINTA ILAHI."


Moral:

Hidayah Allah sentiasa terbuka kepada hambaNYA. Bilamana kita telah menerimanya, jagalah ia sebaiknya. Kita takut, bila kita menolaknya, adalah sukar bagi kita untuk memperolehnya kembali.
Berdakwahlah kepada sahabat handai kita yang masih jauh dari Tuhan. Nak berdakwah, perlu kesabaran. Kita bukan sahaja perlu berdakwah kepada mereka yang berpotensi untuk berubah, tapi kepada semua orang.method dakwah juga perlu diperluas.
Sebaik mana pun zahirnya manusia, pasti tidak lepas dari melakukan salah dan silap sesama manusia mahupun dengan Tuhan. Sentiasalah bertaubat kepada Allah.
Kita mungkin tidak mapu menjadi umat yang terbaik, tetapi berusahalah ke arah itu. Allah bukan melihat kepada hasilnya tapi Dia melihat kepada usaha kita.
Berusahalah mencapai kemanisan iman.. Kejarlah cinta Ilahi…. Bilamana kita memperolehinya, pastinya kita kan merasa kepahitan bilamana kita kehilangannya.
Jangan dibanggakan dengan kehebatan kita yang lampau. Hidayah Allah di mana-mana. Dia boleh membolak-balikkan hati kita. Sentiasa bersyukurlah dengan apa yang telah kita perolehi.
Pergiatkan dakwah… Mantapkan tarbiyah……………..



"TIDAK ADA APA YG LEBIH MANIS DLM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN & CINTA ILAHI." MUTHIAH HABIBATULLAH#

No comments: