3/17/2004

Assalamualaikum.....

Aha lama menghilang diri...erm..baru tamat peperiksaan akhir....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar....

Apa yang anda dapat hari ini tak menjamin anda pada masa hadapan...aha itulah pengajaran yang aku dapat...Jika anda adalah orang baik pada hari ini...tak semestinya adalah anda adalah orang yang baik pada masa hadapan...Kedudukan kita hari ini langsung tak menjamin kita....sebab itulah perlu pada doa...Kalau hari ini aku bergelak ketawa..bersantai dirumah menikmati cuti..mana aku dapat jamin keadaan ini akan statik untuk selama-lamanya, mana tau esok aku terlolong menangis...Bahaya jika tidak berhati-hati...

Tapi tidak mengapalah..semua orang diuji..diuji dengan nikmat yang ada padanya..diuji dengan kesabaran..wang,tenaga, nafsu..iman...

Cuma aku tertewas dengan ujian yang lalu...:) pedih mengingatinya...tidak tabah melaluinya..itulah yang aku kesali..merenteti semua itu..baru aku tersedar..... Allah masih sayangkan aku...baru aku sedar..Allah sedang menguji aku..tetapi aku tidak betah untuk bersabar....Kenapa ye? Masih mahu tanya pada orang lain...apa kata tepuk dada tanya diri sendiri..:)

Sebenarnya aku tidak mahu menulis lagi..mencanang kisah diri sendiri pada orang lain...tak malu ke aku? Apa aku tidak ada perasaan malu?? Tidak ada maruah?? Mahu orang betulkan konon.......

Aku marah? Marah pada siapa?? Diri sendiri la....

Entah...Aku pun tidak pasti...semakin banyak aku fikir semakin aku rasa tidak logik apa yang aku lakukan sejak kebelakangan ni...apa yang aku tulis dalam blog ini adalah perasaan aku..sebab ada banyak jenis manusia kat dunia ini.
Ada yang jenis bercerita pada kawannya..Ada yang jenis simpan...Ada yang jenis buat tak tahu..padahal dalam hati Allah sahaja yang tahu..betapa hati ini menangis..merintih..namun pada muka persisi tiada apa yang berlaku. Kalau aku tunjuk pada kawan-kawan aku blog aku ni, tentu mereka tidak percaya betapa lemahnya aku..Aha aku tak reti bercerita pada orang...Kebanyakakkan aku pendamkan..Ye aku adalah pelakon...Dalam melakonkan watak ketabahan aku la yang paling cekap..Dihadapan orang aku adalah paling tabah..Tapi diblog kamu semua boleh lihat betapa lemahnya aku ye.:D











No comments: