3/27/2004

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Lagu : SM Ibrahim
Lirik : SM Ibrahim
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd
S.P. : BMG Music Publishing
__________________________________________

"_" assalamualaikum...alhamdulillah terdengar sesuaut di IKIM.fm tadi dan rasa nak berkongsi sesuatu..Tentang berfikir cara islam. :) tapi kita beri perhatian kepada fokus..pencermah tu kata...kalau seorang budak tu...beringinkan menjadi doktor pada masa kecilnnya kalau cara dan jalan dier betul..maka InsyaAllah dia akan jadi doktor..sebab budak tu dah fokus dia nak jadi doktor sejak kecil...ok kita sebagai manusia memang kita ada target, ada sasaran dan kita padamulanya fokus kepada sesuatu..contohnya..macam saya..memula saya nak masuk UITm saya nak jadi seorang prograammer yang baik...pelajaran saya hendak yg top..ok tetapi kekadang saya terlari daripada fokus terhadapa niat saya pada mula-mula saya masuk. Kenapa yer? sebab saya terlupa? Bagaimana cara mengatasi keadaan terlupa itu. Untuk mendapatkan fokus yang terbaik...kita hendaklah sentiasa solat hajat. Solat hajat tu kita buat permintaan. Hari-hari kita minta pada Allah...maka setiap hari kita fokus pada apa yang kita mahukan. InsyaALlah kita tidak akan lupa.
Alhamdulillah dapat ilmu baru..dan dapat jawapan setiap persoalan yang pernah menjadi tanda tanya seatu masa dahulu. Persoalan mengapa saya terlupa matlamat saya. Sama-sama kita kongsi InsyaAllah..Wassalam...Kalau nak ikuti siaran talk tu..hari sabtu pukul 8 atau 8 15 ana tak ingat.. di IKIM.FM
Wallahua'lam.

No comments: