3/24/2004

Tetiba aku ditegur perasaan sedih...Teringat perbualan dengan rakanku dalam telefon tadi..Puas kawan aku pujuk dari semalam agaknya...tegar sangat bermain internet menggunakan line telefon sehingga kawan mahu menelefon pun tidak boleh agaknya...Kawanku telefon agak lewat dalam jam 12 lebih pagi tadi. Dalam kemengantukan aku menjawab..nada suara mengantuk bagaimana agaknya?? Aha....tentu lain kan..macam marah agaknya..sian lak kat dier...ermmm

Aku rindukan kalian..adik adik di sana...lama dah kak L"n tak jumpa...:) rindu pada kalian membuak-buak..rindukan pada kawan-kawan melawan-lawan dalam diri ini....

Tadi rasanya dia cuba memujuk..Aku menolak lembut..Adik aku sebagai alasan. Kalau aku kesekolah mesti memakan masa yang lama..borak borak kata aku kepadanya..nanti sapa nak ambil adik saya..abah saya tadker ke teregganu..dengan surau kesian aku bagitau kawan aku...macam adik aku tak tau nak balik sendiri..ehehe Biasanya aku makan pujuk..tapi sebenarnya aku malas kesekolah..Aku tak nak jumpa lagi kenangan lama..Sebab kat sekolah tu aku banyak menangis...banyak sangat air mata aku tumpah kat sana...dalam kelas...dalam bilik air.....Tapi aku rindu...aku rindu kat ustazah...ha nak pergi ke tak nak nih?? ada masa lagi nih..erm... "kirim salam pada semua yer" hanya tu yang mampu aku pesan..takper la..aku mendokan kamu semua. Ingat lagi dulu, disaat aku berduka tidak boleh membawa subjek sains semasa tingkatan enam..ustazah kata apa kat aku...kalau tak boleh dalam pelajaran takper..tapi akhirat tu yang penting...ustazah fadhilah...macam mak aku..sporting orangnya....mak tak pernah memaksa..ustazah juga begitu...semasa menguruskan hal persatuan pelajar islam di sana dulu..ustazah biarkan aku uruskan mengikut keselesaan aku...ustazah percaya pada aku..itu yang penting..aku tak harap apa apa pada orang sebenarnya..cukuplah mereka percaya pada aku..Itu sahaja....


Erm. Sebenarnya aku tak boleh bawa subjek sains semasa ditingkatan 6. Entah mengapa aku masih setia di kelas aliran sains tuh..Dah tau tak boleh kenapa tak berpindah ke sastera? Aha aku tertanya-tanya juga? kenapa yer? Masa dulu aku serabut sangat...Masa lower six aku ingat aku leh cover balik apa yang tak boleh...Macam nih dedulu...aku nih seorang yang macam blossom flower. Lambat kembang..tapi kalau dah kembang lawa.. Aku percaya diri aku macam tu.Aku lambat pick up sikit..tapi kalau aku dah paham aku simpan betul-betul..so aku ingat aku macam tu lah kat sana. Masa PMR dan SPM buktinya..masa PMR aku selalu dapat D untuk subjek sains..last-last aku dapat A..Cikgu Sains aku Puan Rosnah terkejut..Semasa SPM..matematik aku tak lulus masa awal peperiksaan..tapi akhir-akhir aku dapat A..cikgu cina aku ternganga.Selalu gak aku nangis sebab tak paham apa yang di ajar semasa ditingkatan 6..Lelebih fizik...add math...menangis aku...tapi aku simpan..keputusan periksa aku hanya cikgu jer tau ngan kekawan...Cikgu cina bagi tekanan kat aku..Tapi aku bukan orang yang boleh ditekan-tekan lepas tuh akan meloncat. Aku jenis yang apabila ditekan aku akan penyek.masa tu la .tah...aku rasa lemah sangat masa tu...aku sorang jer melayu dalam aliran sains masa tu ...so aku sanggup lah tak berputus asa kononya...fardu ain..semua cina..orang islam mana dalam aliran sains?? itu yang membuatkan aku kekal disitu..tak kisah apa org nak kata kat aku..Lantak ler org nak kata apa...erm..Bukan aku tak membaca..Aku tak paham apa yang aku belajar. Masa tu aku tertimbul soalan kat kepala nih soal kenapa aku belajar? Buat apa aku belajar..matlamat untuk aku belajar itu makin hari makin hilang..hari menghampiri peperiksaan orang membawa nota kesana sini..Aku membawa buku Al-Quran dan sains..aku mencari-cari semasa itu. Aku macam orang kebingungan masa tu...Banyak faktor sebenarnya....lepas tu masa tu aku tak rapat ngan cikgu..Itu masalah utama aku...Korang janganlah ikut aku...apa apa hubungan dengan cikgu tu yang paling penting..dekati mereka..kalau boleh korek ilmu mereka...Rendahkan ego..hilangkan malu untuk belajar..setiap kerja lakukan sungguh-sungguh. Kalau lah aku rapat ngan cikgu masa tu..selalu berjumpa menyelesaikan masalah..Ini tak simpan simpan simpan..rugi....Alhamdulillah sejak masuk di tempat baru..aku lawan perasaan malu aku..aku rapat ngan pensyarah..yang tak paham aku tanya cepat cepat...Aku jadi banyak tanya disana..Apabila aku ditekan oleh pensyarah aku positifkan diri..Mereka buat begitu sebab mahu kebaikan untuk aku..aku ditekan bermakna aku diberi minyak pelincir..lagi ditekan lagi aku laju...alhamdulillah....aku dah berubah kerana aku dah tak nak menangis lagi..menangis diatas kebodohan diri sendiri....

Aku teringat mak sedara aku pensyarah engineering di UITM Shah Alam, sungguh-sungguh menasihati aku..minta lah uitm...mintalah uitm..siap bersumpah lagi bukan nak kata apa dier kata form 6 tuh susah..tapi aku degil...degil orang muda..yang yakin sangat....aku terus dengan keputusan aku untuk belajar diform 6..Apa kelas beljar diUITm kataku dalam hati masa tu...Erm lagi satu pengajaran yang aku dapat...dengarlah cakap orang yang berpengalaman..Orang yang lebih tua daripada kita...yang lebih tau dari kita...sebab itu selepas apa yang berlaku..aku dah tak berani bantah atau bangkang cadangan orang yang berpengalaman dan lebih tau dari aku...Aku ikut sahaja..lantaklah orang nak kata aku pak turut...Betul kawan-kawan..jangan degil..ikut nasihat yang lebih berpengalaman..Masa bekerja aku aplikasikan..:) Aku lebih maju dari guru yang benar-benar terlatih..sebab aku ikut nasihat guru yang lebih senior..guru yang berkaliber..walaupun aku rasa tak berbaloi..tapi aku ikut jer nasihat dier...natijahnya..selalu dalam mensyuarat aku dipuji...dalam masa beberapa ketika..aku disuruh memegang jawatan penting walaupun masa tu AKU HANYA GURU SANDARAN....

Dulu....puas kawan aku memujuk aku untuk tukar aliran sastera tapi masa tuh dah dekat nak peksa bulan 8 rasanya..tak kan nak tukar aliran sastera Huish....kena pegi Majlis peperiksaan Malaysia betulkan subjek bayar denda dan sebaginya kalau nak tukar..dan masa tuh dah bulan 8 cam mana aku nak cover subjek sastera yang tak pernah aku pegang bukunya..ish ish..so aku decided masa tu untuk teruskan saja di aliraan sains...Erm cuma masa tuh yang aku kesalkan sebelum ambil aliran sains aku tak solat istikarah..Aku menyesal sangat tidak buat solat istikarah..itu pengajaran yang paling hebat rasanya...

Itu kisah aku di sana...:) Pedih sebab terkantoi..heheh..jalan disana nampak susah...Tapi alhamdulillah...setelah kesusahan ada kesenangan..itu janji Allah...Aku rasa senang dan tenang jer belajar di tempat baru nih...Macam mudah jer...tak macam dulu...serabut...Moga keadaaan nih Allah kekalkan..Ameen...Disini tempatnya lawa..Walaupun pelajarnya erm agak gitu gitu sikit..tapi pensyarahnya kalau antum lihat sejuk mata..Marah mereka berhikmah...Muka mereka jernih..alhamdulillah...syukur dapat berguru dengan mereka.






No comments: