4/20/2004

::Contribute to sahabat Nurul Hidayah Ibni Zaharah::

Sahabatku sahabatku sahabatku....
Baru semalam terasa hangat perbualan mu....
Baru semalam terasa kau bisikan pada telinga kananku. "Bersahabat kerana Allah..bertemu tidak jemu...Berpisah tidak gelisah." Baru semalam terasa kau bisikan pada telinga kiriku yang kau bersyukur mengenaliku. Sahabatku..aku lebih bersyukur mengenalimu walaupun sebentar. Terima kasih Ya Allah.

Terasa bagai mimpi. Terasa bagai mimpi. Aku baru mahu belajar menyanyi insan kerana Allah. Ketahuilah sahabatku, kau lah orang pertama yang aku sayang kerana Allah, kau lah orang yang pertama aku relakan pemergianmu tanpa rasa gelisah. Tapi kenangan semalam cukup membuatkan aku tidak percaya, aku tidak betah untuk percaya, walhal aku tau Allah sangat sayangkan kau. Walhal aku tau Allah tak mahu kau sedihkan si dia yang telah mensia-siakan diri kau. Biarkan dia rasa. Kau berbuih meminta ayat Al-quran untuk diamalkan supaya kau boleh melupakan si dia. Kau kata kau tak mahu cinta kau pada dia melebihi cinta kau kepada Allah. Aku pegang kata kau sahabatku.

Sedih. Tika ini aku sedang mendengar lagu Hakikat Bahagia. Lagu kesukaaan kita ketika sedih sahabatku. Aku sayangkan kau. Al-fatihah

Suatu ketika di pantai...

"Dayah, kak long sekarang dah berubah ke? Sejak masuk komander ni kak long macam mana? Kak long dulu bukan macam ni." Perbualan demi perbualan berlanjutan. Terasa kali pertama aku bercakap dengan orang yang seusia dengan ku. Kali pertama aku bercakap dengan orang yang berfikiran matang. Aku berjalan dengannya, duduk duduk sambil menguis pasir.

Hari itu 12hb March. Aku baru tamat peperiksaan programming.

"Dayah satu aja" katannya. "Apa apa jagalah solat. Dayah sedih"(adalah benda yang dia cakap). Percakapan aku berterusan kepada hal "mama"....orang yang penting dalam hidup kami. Abaikan soal dia. Malam tu sekali lagi aku turun MPKK (Bilik Gerakan Untuk Para Komander) Entah kenapa. Aku sendiri tidak tahu. Sebenarnya aku sudah haramkan diri aku memijak bilik tu sejak satu peristiwa berlaku. Perbualan kami kemudian bersambung. Kebanyakkannya banyak berkisar tentang diri aku. Aku suka bertanya kenapa dan kenapa, dan dia menjawab. Buat pertama kali aku bercakap with sound of my heart. Tidak ada yang di simpan-simpan. Tiada rasa untuk menjaga hati, dan dia juga cakap secara telus, jujur, berjaya membuatkan aku terfikir kembali bahawa selama ni aku membuat perkara yang sia-sia. Walaupun malam itu malam last untuk aku buat preparation for CS119 but nevermind, I got the truth. Walaupun pedih, walaupun jiwa aku terganggu but she talk the truth. Disitulah perkenalan kami. Kami tidak berkenal rapat. Cuma apabila bercakap kami jujur dan telus. Itulah asas persahabatan kami.

60404 - 170404

60404
Aku semakin rapat dengannya di kem. Hari kedua rasanya kami mula rapat. Hari pertama di kem iaitu pada 6hb kami telah berlari 4km lebih. Sakit kaki. But I got something. Biar penat. Jangan berhenti berlari. Itu petuanya yang sudah aku uji dan aku berjaya dalam ujian itu.

70404
Hari kedua petangnya kami berehat untuk perjalanan 12 km esoknya. So kami ke pantai. Kami di bawa untuk mengurangkan tekanan yang di hadapai oleh kami. Masa tu aku tak rapat dengan dia lagi. Hala balik aku berpeluang bercakap dengan dia. Menegur satu perkara yang tidak aku senangi. Mungkin cara aku tidak kena. Maka dia merajuk tidak mahu datang lagi menjalani latihan di kem itu. Dia berulang masa itu memandangkan rumah dia dekat sahaja. Puas aku memujuk. Takut juga kalau tak cukup orang pun tak boleh juga. Bilangan orang yang menjalani latihan masa itu adalah 32 orang. Kurang satu maka kuranglah kekuatan kami. Bersyukur kepada Allah. Pada mulanya dia bersedih dengan kata-kataku. Aku memujuk dan syukur pada Allah dia makan dek pujuk. Dia kata pada aku kalau dia datang pada pukul 1100 malam hari tu maka dia akan teruskan latihan di kem itu. Resah gelisah waktu itu. Mahu menjahit baju pun tidak kena. Jahit lencana pada baju. Lantas aku ke bilik air, mencuri masa menelefon dia. Memujuk. Alhamdulillah. Dia datang. Katanya dia datang atas semangat ayahnya. Ayahnya mahu menghantar dia. Dayah seorang yang taat pada ibu bapanya.

80404

Esoknya 8hb menjadi sejarah pada perkenalan kami. 12km jalan lasak. Aku berlari lari anak-anak. Kami di belakang. Disuruh duduk berjaga dibelakang kerana ada adik-adik yang sakit tapi mahu berlari juga. Semasa berlari aku perasan dayah tidak larat berlari. Maka aku tahu lah suatu rahsia. Rahsia yang disimpan. Tapi tidak mengapalah. Biar aku sahaja yang tahu. Didalam perjalan 6 km yang pertama kami bercakap soal matlamat pada mulanya. aku kata "Apa kata kita potong orang depan.". Sebenarnya kami jauh ketinggalan. Hanya sayup sayup saja nampak bayang orang depan berlari. Orang hadapan kami, kami jadikan matlamat kita...kata aku. " Kalau kita berjaya memotong orang dihadapaan kita ini, tak mustahil kita berjaya melalui halangan yang lain kata aku. Maka kami pun berlari dan seronoknya kami berjaya memintas. Kami gelak puas. Syukur pada Allah. Aku tidak berhenti berlari untuk 6km perjalanan pergi. Disaat aku mahu tewas dia kuatkan semangat aku. Katanya sikit sahaja lagi. "Kalau dah lari tu, habiskan lari" katanya. Aku turuti katanya. Alhamdulillah. Kelibat yang lain aku tidak nampak. Yang pancit (istilah penat dan tak berdaya) sudah naik motor. Ada runner. hu hu hu. Kami jauh ketinggalan dibelakang. Tapi kami degil tak mahu naik motor. Kesian dayah, terpaksa temankan aku yang degil ini. Kau memang baik sahabatku yang kusayangi. Habis 6km yang pertama, nampak yang lain bersantai. Aku berhenti longgarkan otot aku. Perlahan lahan aku tarik nafas. Berjalan jalan sambil menarik nafas. Dayah sudah ketidak laratan..tersandar di tepi pokok, namun senyumanya tidak lekang dari bibirnya. Kenangan kami memecut, kenangan semasa kami sama-sama pegang tangan sambil dengan walkman. hahaha ada ke orang buat macam gitu. Lari sambil mendengar lagu diwalkman (kaset UINC yang kedua). Semasa aku tidak larat, kami sama sama berkerjasama agar kami tidak pancit. Aku tak mahu tinggalkan kawan aku. Itu prinsip kami. Kalau hendak berjaya jangan sampai tinggalkan kawan kan dayah. Semasa diberikan air untuk melepaskan lelah, Dayah bagi aku minum air dulu. Katanya aku berlari minum lah air dulu. Dia kata dia ada jugak berhenti berjalan laju. (; Tidak habis lelah kami, si ketua masa tuh en. azril mahu bertolak. Aku suruh mereka tunggu. Aku khabarkan kepada mereka aku baru sahaja sampai. Tak kan nak bertolak dah kot. Penat tak hilang lagi kataku. Dia kata kak long ikut la belakang. Aku ngan dayah padang satu sama lain. Ha nasiblah. Lalu dayah berpakat dengan aku. Apa kata kita pergi rumah sepupu Dayah. Rehat rehat minum air dulu. Aku setuju. Yalah tak kan lah nak tinggal dua orang sahaja tepi pantai tu. Apabila sampai dirumah sepupu Dayah, sepupu Dayah pula tiada. Hanya bunyi radio terbuka sahaja pada masa tu. Tiada rexeki nak melencong.hahahah. Maka kami pun berjalan. Dayah kata mahu tumpang kereta "Babuji" atau en. Hisham..aku memujuk dayah supaya berjalan..alang-alang dah buat 6 km baik habiskan....kata aku..Aku memujuk dayah..Nanti kak long belanja air kay..Dia tersenyum dan berjalan....Maka kami pun singgah..dayah beli abc..aku minum air oren tak sejuk..mrah aku masa tu ker dayah..aku kata nanti sakit badan minum air sejuk..dia kata takper..dia dah biasa...aku terima....Masa berjalan banyak yang kami ceritakan....Aku bercerita...Aku pegang kata kata dia " Kita hidup sorang..mati pun sorang" erm.. She can go with any people...semua orang kenal dia...orangnya peramah...Perbualan kami berlanjutan..Kami bertukar tukar cerita...pengalaman..cerita tentang diri....Bila first time aku buka topik pasal ...erm...abaikan ajer lah.. takper la..aku buka topik pasal cinta dia kata gini...Rasa nak tu tak sama ngan rasa dah dapat...macam rasa nak kaya tu lagi best dari rasa dah kaya...itu katanya...erm..dia kata nak dengar cerita tak...aku kata ya...Dia kata ada seorang perempuan dia ni suka sangat kat lelaki tu...Bila dia teringat kat lelaki tu..dia baca al-quran..maybe yassin kot dia kata...Asal teringat je dia baca al-quran...satu hari ada orang meminang dia..dia terima...dia redha..mungkin itu jodohnya...tengaok tengok jodohnya adalah orang yang dia minat..Dia kata jodoh ni telah ditetapkan oleh Allah..Kita jangan risau katanya. Aku pula berkongis ngan dia cerita yang aku dapat dalam hutan semasa birthday aku tahun lepas...Aku masuk dalam hutan gelap..tapi tanpa kita sedari ada daun daun yang memantulkan cahaya..kita dok sibuk dok berjaga-jaga dengan pokok pokok yang besar..sedangkan daun daun yang bercahaya yang membolehkan kita melihat kita tak sedar..Aku kaitkan dengan apa yang terjadi ngan kami... 3km pertama balik jam menunjukkan pukul 1130..kami berhenti rehat..kaki aku tak boleh berenti...jadi krem...erm...dia bercerita pada aku..Dayah tak kisah kalau kahwin lambat...Sebab dayah anak sulung..dayah nak settlekan adik adik dulu...dayah kesian kat mak dayah..dah cukup duit nak pergi haji tapi tak berkesempatan nak belajar supaya dapat pergi haji...Aku kira ini adalah amanat dia pada diri aku..Kami tengok laut...biru....she gives the fact that i did not know....Tengok laut tu biru katanya..Kak long tau ke kenapa laut tu biru..sebab awan tu biru..awan tu memantulkan cahaya ke laut....kalau biru pekat maknanya lagi dalam lah laut tu..sebenarnya air laut tu putih jer...Dengan soalan bodoh aku tanya persis adik kecil...abis tu kalau kotor tu awan tu kotor ker...hahahah..dia tak ketawakan aku pun..dia kata air laut tu keruh sebab kotor...Aku tanya dia mana dia tau..Dia kata dia belajar..aku pun belajar..tapi tak tau pun....dah zohor ker? Tanya dia pada aku..masa tu aku tak pakai jam...tah aku kata...maka dia pun terintai intai mencari jam..kalau dah zohor..dayah nak berenti solat..singgah lah kat mana mana...Aku pun berkira kira ngan dia..Apa kata kita buat muka tak malu..Bila jer masuk zohor kita gi buat muka tak malu singgah rumah sesapa? Kami bersetuju....(; Jiwa aku dan dia betul-betul sama...Aku rindukan dia....
Dia kata mulai saaat ini..bila kita berjumpa kita akan bertukar-tukar tazkriah...katanya...Aku senyum...aku percaya dialah sahabat yang aku cari-cari selama ini..yang boleh mengingatkan aku masa aku terlupa....Alhamdulillah kami berjaya habiskan 12 km kami..kami berjalan..aku puas dengan perjalan itu..Dan kami pun berzohor di masjid..dalam ketidak laratan dia kata..kalau jalan 12 km boleh kenapa nak solat 10 minit tak boleh? dia marah aku. seronok kena marah pada yang benar..Alhamdulillah..selesai solat dia memerhatikan aku...mengambil buku....membacakan aku tazkirah..terasa seronok ada orang baca kan kita peringatan...Aku baru mahu berkira kira dengan dia..Sem depan kita gi sujud sejadah setiap hari jumaat....tapi tak sempat..........ermmm
Apabila sampai ke rumah kami dimarah..Aku kena tengking ngan en.Azril. Melampau katanya..pergi mana lama lama nih? Singgah mana dia kata..Aku cakap aku pergi solat dulu...tapi terkantoi aku pegang bekas abc...nih mesti singgah abc nih..tapi aku diam..lantas aku dan dayah ambil nasi..dan kami makan...laut takde..aku nak masak telur..dia tolong potongkan bawang..dayah orgnya selamba..aku pula yg segan segan tak mahu pandang muka en.azril..mama suruh kami makan..dah ler letih kena marah pula...tapi aku tak kisah aku kena marah...sebab aku dapat sesuatu yang bermakna hari tu..maka kami pun makan telur yang kami goreng dengan sayur taugeh..dayah makan ikan erm..tak tak ikan singgan kot..tah apa tah nama ikan tu...tah ikan sardin kot..maka makanlah kami...
Sejak hari tu kami makin rapat...kami memang sehati sejiwa....dan tibalah saaat kami bertolak ke shah alam..untuk jambori....11hb...masih teringat malam tu ada seorang budak tidak keruan...nampak seperti ada masalah...dan esoknya budak tu telan panadol dalam bas..Masa tu aku ngan dayah pergi solat zohor di masjid...erm...tau tau mama dok pujuk budak tu...aku nampak tapi tertanya-tanya...masa di masjid tu...aku ingat lagi...aku kata pada dayah..handphone kak long hilang....dayah kata sabarlah adalah hikmahnya itu..sejuk sebentar hati ini..alhamdulillah...11hb malam aku sampai ke shah alam..aku sampai dalam hujan...maka kami pun berlari lari...budak yang telan panadol ngan geng dia tak naik lagi..aku mula risau ..aku mula pening kepala..yang lain dok sibuk sibuk benda lain..tapi sebagai kak long tentu aku lebih risaukan merekan kan...erm. aku tidak suka cara mereka sebenarnya..mereka lebih risaukan benda lain daripada manusia...daripada ahli....aku sedih..pening pala jap..aku turun bila mereka suruh turun..tapi takder selera nak makan dengan hati yang panas...mujurlah dayah pun sama..dengan langkah longlai kami pulang semula...dayah sakit kaki...erm....dia pergi telefon dulu..aku cakap aku nak kilat but..sebab aku tak kasi kasut aku pada budak lelaki..dia kata naik lah bilik dia...bilik dia ada kiwi..kami pun naik..bilik dia tinggi tingkat 5....ermm...lepas naik tu..tetiba aku rasa aku nak pergi cari budak 3 orang yang tak naik bilik tu....aku cakap aku nak cari mereka kat bilik sakit...sekejap je aku kata...dia degil mahu mengikut...sapa lah tak terharu...dengan kaki yang sakit tu..tapi demi adik adik dia sanggup ikut aku..maka aku pun bertanya pada urusetia di mana bilik gerakan mereka tunjukkan arahnya..dan apabila sampai di bilik gerakan..kami terkedu..budak yang telan panadol 2 papan tu terbaring dengan selimut......aku tak tau nak kata apa..yang lain sedang berkenyangan tapi dia terbaring kat atas lantai dibilik gerakan dan tiada siapa disitu kecuali 2 org urusetia...kami bercadang mahu bawa kehospital tapi...memikirkan nama baik uitm dungun akan tercemar kami putuskan biar sahaja urusetia buat keputusan. Aku buat keputusan untuk mencari lagi dua orang..dengan hati yang sedih bercampur geram..aku berlari...meminta izin dari dayah mahu mencari mereka..Biarlah org tak kisah tapi kami kisah.....aku bimbang mereka tidak jumpa bilik yang didaftarkan untuk mereka..cari cari tak jumpa..dan aku kembali ke bilik gerakan....tidak sampai ke bilik gerakan aku nampak dayah membawa budak tu memimpin masuk kekereta untuk dihantar kehospital..aku mahu mengikut tapi....takper la...bagi peluang pada dayah...
Malam tu kerana kepenatan dan kemarahan aku kepeningan memikirkan semua ....lantas aku kebaringan diatas katil tanpa mengkhabarkan kepada yang lain bahawa dayah ke hospital..terlupa dan memang aku sengaja..nak tengok respon mereka..hahaha memang mereka tak peduli pun ada ke takder sama ajah..hampeh...
pagi esok aku mencari dayah dibilik..takder...barulah aku khabarkan kepada mereka bahawa dayah kehospital..mahu menelefon dayah..dayah tak kguna telefon bimbit....nak bagi telefon aku..telefon aku hilang...takperla..last last aku minta mereka msg kepada amin yang ikut sama ke hospital supaya tanya keadaan dayah...
Sejak hari tu kami semakin rapat..kami bermain sama-sama..kemana ada aku disitu ada dayah...sampailah saat aku kena marah ngan mama..disaat aku sedih...dia menjejukkan aku...dan kenagan tak boleh lupa kami..bila kami sama-sama tertinggal bas...15hb kot....malam tuh kami ada program di sek men tek kot...aku dah cakap pada en azril aku nak ketandas..tetiba bila kami keluar dari tandas..kami mencari-cari bas..dan rupa-rupanya kami tertinggal bas...hehehe..kami pun naik bas lain..aku ngan marah-marah bising pada dayah...tapi dayah sejukkan aku..erm...Yang kelakarnya esoknya pun kami hapir hampir tertinggal bas....kami lari lari...ahahaha..ermmmm.16 hb kami makan nasi sepinggan...17hb pun aku curik nasi dia sikit...ehehehe...masa tuh ingat nak makan kat luar..so kami pun cadang ambik air je kat dewan makan...tup tup si dayah ambik nasi..aku pun apa lagi..tumpangla sekaki..hahaha...Erm masa nak balik dari restoran kami...jalan sama-sama..dayah lewat sikit..dia solat dulu dan mandi dulu..itu aku respek dia..dia sebelum buat apa apa dia pastikan dia dah solat..dayah buakan apa dia dayah takut tak sempat solat. kata dia... aku releks jer sebab aku tak leh solat...ermm...dia kata ada hikmah aku tak leh solat..dia takut sangat aku tetinggal solat...Masa nak balik tu aku minta duit syiling....dia bagi walaupun tu je duit dia....masa aku lapar..malam 16hb tu..dia belanja aku burger...dayah kak long lapar..dia pun belanja aku..bila aku minta duit syiling yang mana yg tu jer lah duit dia..dia bagi aja..tanpa fikir apa apa....aku pun bagi dia duit yg aku simpan dalam poket baju semalam..aku cakap ambiklah dan dia terharu....aku biasa aja...kami pun pulang kebilik untuk berkemas pulang....17hb tu......dia sempat panggil nama aku..KAK LONG dia kata...tak pernah org sebut dengan begitu perasaaan..kami berjalan..berpegang tangan...sambil menghayun tangan..kemas tangannya memaut pada tangan ku..dia bisikan pada telinga kanan aku....bila kita bersahabat kerana Allah..bertemu tidak apa long..dia tanya pada aku..bertemu tidak jemu..berpisah tidak gelisah..kata aku.....dia peluk erat tubuh aku..sekali lagi di teliga kiri dia bisikan pada telinga aku yang dia bersyukur dan bertuah dapat berkenalan dengan aku..aku terharu..........

Sepanjang aku kenal ngan dayah....
1)Dayah taat pada ibu bapanya
2)Dayah tak akan tinggal solat
3)Dayah seorang yang periang..

ya Allah dengan rahmat dan kasih sayang mu..kau kasihlah sahabatku..Kau jangan lah berati dia ya Allah..Kau ambilah kira kasih dan taatnya dia pada ibu bapanya..Ya Allah...dengan 99 lagi rahmatMu ya Allah..kau rahmatilah sahabatku..Jangan sakiti dia ya Allah.. tempatkan dia tempat orang yang gembira ya Allah .ameen...

pagi tadi..dengan rasa tak sedap hati..aku call mama...tapi masuk voice msg....lantas aku call rumah ina..dan aku tanya pada ina...mama dan yang lain dah balik ke belum?Dia kata mama pergi balai polis buat report. Report apa aku kata...Mama buat report..Kak Dayah dah meninggal..Ha....biar betul....aku terkedu..Kak long tak dapat ker call ina semalam kata ina..tak kak long tak dapat.Kan handset kak long hilang...aku kata aku menangis....biarlah org lain...aku tak puas lagi bersahabat dengan dia..aku terkejut ya Allah..Tidak puas telefon ina..aku call mama ..tapi tak berjawab lagi..aku call en azril....tapi seperti tidak mahu menjawab...aku call mama..hazan jawab..aku marah minta diserahkan telefon pada mama..dan aku dengar sendiri dari mulut mama...takper la..Allah lagi sayangkan dia..Bila ditanya bila dikebumi...mereka kata lepas zohor.Sempat tak kalau kak long nak pegi mama? Mama kata tak sempat. Aku tak boleh buat apa..Aku khabarkan kepada mak..Mak bacakan alfatihah untuk sahabatku....130 dia solatkan 215 macam gitu talkin..aku telefon babuji...aku katakan padanya aku nak dengar talkin...aku dengar talkin sehingga 245..Ya Allah...kau tau aku sayangkan dia...Marilah kita sedekahkan al-fatihah padanya..Ya Allah dengan rahmat kasih sayangMu..aku yang hina ini minta simpati dariMu..Kau tolonglah sahabatku itu..Aku dah tak dapat tolong dia..Kau tolonglah aku terthadapnya Ya ALlah..Ameen

UNIC - Sebuah Pertemuan



Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


No comments: