5/05/2004

Assalamualaikum

Lama tidak berkhabar. Sedih tidak terkhabar, namun redha ku pohon. Mungkin terkejut, itu lah keadaan aku. Seakan pobia, namun meyakini bahawa mati itu pasti. Kalau mahu kuceritakan tentang abah pada semua, rasanya tak termampu diri ini. Tak mengapalah, mungkin di lain hari. Sebak mahu mengingat semua, tapi perlu untuk dijadikan kenangan. Kata-kata sudah tiada, bahkan lidah menjadi kelu. Terasa abah masih lagi ada, sedang giat berusaha menyiapkan kerja-kerja terakhir di terengganu. Rumah untuk isteri tersayang. Rumah berteduh untuk anak-anak. Terkilan. Bertemu abah apabila sudah tiada. Kali terakhir berjumpa semasa raya haji yang lalu. Berselisih dengan abah dan emak sewaktu pulang ke kl cuti semester yang lalu. Mak memujuk suruh pulang ke kl. Mak kata mak ngan abah nak ke terengganu. Nak siapkan rumah yang tergendala. Aku bersetuju. Maka pada 14hb 3 aku ke kl. Mak dan abah pulang ke terengganu.

3 minggu kemudian.
Aku ke kem. Mak terpaksa pulang ke rumah sebab tiada siapa di rumah untuk menjaga adik. Aku pula ke kem di trg. 5 hari di trg dan selebihnya di shah alam. Selepas habis kem dan pertandingan aku terus pulang kerumah. Mak pula duduk 2 3 hari di rumah dan hari selasa tu mak balik semula kekampung menemankan abah. Ayah De ngan Mak De kerumah hari selasa tu. Juga berselisih ngan mak. Mak pulang ke terenggan. Ayah De ngan Mak De ke kl. Mak nak tangguh sebenarnya pulang ke trg. Alhamdulillah lah tak jadi. Allah izinkan mak bersama-sama abah sehingga hari sabtu sebelum dia ke rahmatullah. Apa yang Allah buat dan rancang semuanya perfect dan ada sebab. Ditaqdirkan masa tuh road tax abah dah habis. Sebab tu mak bergegas untuk pulang semula ke trg.

24. April 2004

Macam nak pengsan. Nak percaya macam tak percaya. Auntie Mahfuzah ketuk rumah bagiktau berita. Rasa bersalah pada mak. Mak dah suruh beli handphone. Aku tangguhkan. Inilah balasanya. Moga jadi pengajaran di lain hari. Masa dapat berita tu aku macam tak percaya. Bergegas telepon adik aku di uia. Dia kata betul ke? Mak bagi msg kata abah sakit. Hem. Aku telepon mak balik, tak dapat. Berita tak tepat kot. Aku sedapkan hati. Aku suruh adik aku di uia tu hubungi mak balik. dia katakan betul. Nak menangis tak terkata. Mak sedara dan ayah sedara dok kecoh-kecoh. Aku masih terngaga. Tidak tahu. Pegang telefon dail siapa pun aku tak tau. Last last aku call mak De. Mak De ngan Ayah De balik hari jumaat pagi, maknanya hari Sabtu tu dah ada kat rumah. Memandangkan rumah ayah De ngan mak De 2 jam perjalanan, dan aku pun rapat ngan diorang, maka aku call diorang suruh tengok-tengokkan mak.

Perjalanan Pulang

Aku berkeputusan mahu naik kapal terbang sahaja balik. Tapi tiada tiket. Sudah penuh. Selepas ambil adik-adik di asrama dan di kolej, aku dan pakcik-pakcik aku sebelah abah pun bertolak. Adik aku seorang di Machang mengikuti PKN telah aku maklumkan. Aku cuba menahan air mata. Tapi apabila melihat adik-adik yang masih kecil lagi, tetiba rasa macam tak tertahan air mata itu. Laju tidak bertepi. Rasa tak sanggup nak bagi tau mereka yang abah dah tiada. Namun apakan daya. Mereka perlu diberikan tahu.
Lebih kurang pukul 8 malam, pakcik aku yang naik kereta lain sampai. Trip kedua, aku ngan sepupu aku sampai kul 930 malam. Bergegas masuk kerumah tok, Alhamdulillah aku sempat cium abah, untuk kali terakhir. Unlce Ba pakcik aku yang paling rapat ngan abah, bagai anak ngan bapak menangis. Uncle Ba baru pulang dari Umrah. Uncle Ba kata dia mendarat pukul 1040 pagi, sama waktu abah menghembuskan nafas terakhir. Air mata aku tah mengapa pandai pula menyorok masa itu. Syukur pada Allah. Takper la tahan sedikit, asal tidak membuatkan yang lain sedih. Hipokrit ke aku? Teringat apa yang aku belajar atau dapat sedikit sebanyak semasa aku di kem tu. Aku diajar untuk mengalih perhatian emosi aku. Kawal minda. ALhadulillah teraplikasi masa tu. Tapi itu semuanya di izinkan oleh Allah. Semuanya kuasa Allah. Kita sebagai manusia berusaha sajakan.

Asbabnya
Bila sampai di kampung baru mak ceritkan atau kisahkan kepada kami. Serangan Jantung Kedua. Itu asbabnya. Namun siapa dapat menghalang ajal. Aku ni pun tidak tahu bila masanya. Pengajarannya kita hendaklah taatlah senantiasa pada Allah. Dalam usia muda pun kita tidak boleh menjamin kita boleh mangapai udara pada usia tua. Malah sesaat selepas ini kita tidak dapat menjamin kita masih ada lagi atau tidak. Maka berhati-hatilah. Buatlah yang ALlah suruh. Tinggalkan lah apa yang Allah larang. Ajal tak tunggu kita dah ready atau belum. Wallahua'lam.

Soalnya Mati

Macam filem soalnya siapa pula. :) Semasa menguruskan Sijil Kematian Abah, sewaktu nak mengesahkan salinan sijil, Uncle Ba suruh aku sahkan di balai polis kampung Raja Besut. Sempat berjumpa ngan sarjan Saripah ker apa tah nama dia. Dia berkata tentang soal mati. Maka terjadilah dialog antara kami. Sempat "bertengkar" lagi. Macam kawan dah lama kenal. Haha. Punyalah eksyen aku. Tak tapis langsung apa aku cakap. Bila dia tanya kenapa orang dah tak hormat polis. Aku pun dengan selamba tak tapis takder iklan kata sebab polis tak hormat diri dia sendiri. Heheh. Uish nak marah jugak dia. Dia kata tak semua orang macam tuh. Alhamdulillah aku sempat bodek dia balik. Aku kata ada jugak yang baik macam cik. Astagfirullahazim. Cakap bukan main selamba. Boleh je dia nak sumbat aku dalam lokap tadi. Hem. Tak sangka lak aku leh borak ngan dia. Semuanya Kuasa Allah. Dia baca Bismillah dia kata moga dapat berkat tolong anak yatim. Dia kata kematian tu pasti. Dia ingatkan kembali apakah amalan kita nak bawa bila kesana nanti? Insaf kejap aku. Borak-borak punya borak aku sempat bagi no tepon kat umah kat dia. Kata kat dia call le aku kalau nak jalan kat kl, sebab aku terharu gila masa tu sebab dia sudi tolong tandatangan 20 keping. Padahal aku rasa dia banyak lagi kerja lain. Moga ALlah bagi dia kemudahan di dunia dan Akhirat. Ameen.

InsyaAllah. Sampai disini.

No comments: