5/30/2004

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Muka aku gatal tadi. Pakcik jual ubat tradisional kat pasar tani tu tengah mempromosikan ubat-ubatnya termasuklah ubat resdung. Macam tau tau aja yang aku tengah gatal muka dan hidung. "Kalau anda rasa letih apabila bangun dari tidur, itu bermakna ada angin dalam badan anda, bisa dalam badan orang panggil" kata pakcik jual ubat itu. Aku hanya mendengar dari jauh. Baru aku dapat jawapan, kenapalah badan aku terasa amatlah sakit sewaktu hendak bangun Subuh. Dulu aku lah yang akan kejut seluruh isi rumah untuk bangun, sekarang diri sendiri tak larat bangun. Lama dah aku diamkan perkara ini, dan pagi tadi pakcik jual ubat itu telah menjawab persoalan yang menjadi tanda-tanya aku sejak kebelakangan ini. (Pagi tadi berjaya bangun awal dari mak, hehe, suatu pencapaian yang baik)
Selepas bereskan barang-barang dapur yang patut dibeli, aku pun pergi kearah pakcik itu (Cik G teman). "Kak rawatan resdung ada ke?" Kakak tu pun sapu ubat dalam hidung aku, maka terbersin lah aku. Ish banyak juga ya! Hehe. Alhamdulillah , biiznillah rasa lega lepas itu. " Yang ini ubat apa kak?" tanya aku, "Majnun" kata kakak tu. "Pahit tak kak?" tanya aku lagi. "Pahit" kata kakak tu. Maka dengan mimik muka macam makan benda pahit aku cakap kat kakak itu, aku tak nak cuba majnun tu."Orang perempuan kalau tak nak makan pahit-pahit, tengoklah nanti kalau dah separuh umur" kata kakak tu. "Jadi macam mana kak?" tanya aku lagi. "sakit seluruh badan," kata kakak tu. Hem. Aku terdiam. terbayang umur 20 thn akan dantang.Aah la. Sekarang pun kalau buat kerja sikit dah penat. Ish ish ish.

Takda apa-apa sahaja. Cuma nak bagi tau, pahit itu ubat! Panjang pula huraiannya.
_________________________________________________________________

Glup! Alamak, uncle Bi (rumah sebelah je) datang...Bawa Durian rupanya. Durian sulung jatuh. :) Maka kami sekeluarga ngan keluarga pakcik aku pun bersantai makan-makan durian, sambil mengimbas kisah yang terjadi. Aku sebenarnya bukan tak nak cerita pasal abah, cuma rasa sakit kepala bila nak cerita. Hem bila pakcik aku tadi tanya bila kali terakhir jumpa abah, Cik G dah sebak, meluru naik ke atas. Aku ? Hem entah, aku rasa macam abah ada lagi. Abah ada kat Terengganu. Tak nak terima kenyataan? Maaf, reaksi emosi saya memang lambat. Cuba lari dari hakikat? Tak, aku tak lari, aku terima. Aku cium abah buat kali terakhir arwah abah, walaupun macam nak pengsan sebab tak percaya. Ingat lagi masa sampai kat kampung, bergegas masuk ke rumah tok, dan bila nampak mak, aku dah rasa kaki aku dah lembik, betul ke? ya Allah betul ke? mak dah berkira-kira nak sambut, tapi alhamdulillah aku masih mampu kawal. Aku tak ada perasaan? Jawapannya ENTAH!

Mak khabarkan, 24hb4 tu (patutlah mak tak telefon, selalu mak call pagi-pagi tanya dah solat ke belum, takut kitaorg aku ngan adik bongsu terbabas) abah sihat! Cuma malam tu abah kembung perut. Abah sempat makan bubur yang mak buat pukul 5.00 pagi. pagi tu abah sempat solat subuh. Mak kata abah memang kurang sihat sikit, macam letih. Abah tidur lepas subuh, lepas tu abah bangun untuk mandi. Dan selepas mandi itulah baru abah nampak macam sesak nafas, kata mak. Mak pun bergegas bawa abah ke hospital dengan bantuan seorang pekerja yang buat rumah di Terengganu tu. Mak kata abah masih larat lagi berjalan semasa dihospital. Dan abah boleh bercakap lagi dengan mak. Hem. Bila doktor memakaikan topeng pernafasan pada abah, abah sempat lagi bercakap dengan mak. Mak tercari-cari kad pesara abah masa tu, abah buka topeng pernafasan tu dan beritahu mak kad tu dalam dompet. Semuanya berlaku sekelip mata. Bilamana doktor tu suruh mak keluar sebentar untuk periksa abah, dan sewaktu mak menjawab panggilan abang wan, abah dah pergi. Abah dah pergi untuk selama-lamanya! Mak terkejut.

Ada beberapa persoalan berhubung dengan doktor itu sebenarnya. Doktor tu salah suntik ke? Memang sudah suratan, tapi.. macam ada yang tak kena.

Sah memang ada yang tak kena! Masa aku, dan pakcik-pakcik aku uruskan sijil kematian di pejabat pendaftaran besut, ada satu ruangan tak dilengkapkan oleh doktor itu. Maka aku, pakcik aku, pakcik Ishak dan Pakcik Sulaiman bergegas semula ke hospital besut untuk mendapatkan kembali tandatangan doktor yang sepatutnya doktor itu isikan. Maka, aku pakcik aku yang dua orang itu pergilah berjumpa dengan doktor itu untuk mendapatkan apa yang tidak dapat itu. Pakcik aku bertanyakan apa asbab kematiannya. Dan berceritalah mereka. Pakcik Sulaiman bertanyakan kenapa serangan jantung kedua? Bukan pertama? Doktor tu kata, abah dah kena kat rumah (di Terengganu). Abah dah pengsan kat rumah. Aik! Mak tak cakap pula abah pengsan kat rumah. Kenyataan bercanggah! Dan seperti biasa aku hanya ambil tindakan mendiamkan diri. Walaupun aku tau macam ada yang tak kena. Tak kan mak lupa nak bagi tau kot. Mungkin mak lupa, mak kan tengah sedih. Andaian aku! Dan hal ini berbangkit semasa Pakcik Ishak menziarahi rumah. Aku pun bagitau mak yang aku dengar juga doktor tu kata macam itu. Sekadar menutup kesalahan kah doktor tu? Wallahua'lam.

"Tunggu Gugu balik esok, tanya Gugu." kata pakcik aku. Sekali lagi perkara ini dibangkitkan. "Doktor tu salah suntik ke?" Sekali lagi aku diam. Biarkanlah.

No comments: