5/25/2004

Diri ini dan lumpur


Pada suatu hari, anda telah mendapat peluang untuk mendaki gunung. Mendaki gunung ini adalah impian anda selama ini. Semasa perjalanan mendaki gunung itu ada terjumpa sebuah kawasan lumpur. Ada diantara kawan anda berhenti seketika dan meluru ke arah lumpur itu. Anda melihat mereka bermain lumpur. Terasa mahu bermain kerana anda mendapati masa mendaki gunung tu banyak lagi. Lumpur itu kotor. Tapi anda melihat bermain dengan lumpur adalah satu pengalaman yang baru. Hanya orang yang "sanggup" sahaja yang sanggup mengotorkan dirinya. Anda kata apa salahnya kalau saya masuk, bermain-main bersama mereka, mana tau saya akan terjumpa "ikan" di sebalik lumpur yang "kotor" itu. Maka anda ambil keputusan untuk bersama mereka yang "sanggup" itu. Mereka yang lain memandang. Mungkin mereka mengatakan anda dan mereka yang masuk kedalam lumpur itu "bodoh" sebab sanggup mengotorkan diri. Padahal perjalanan mendaki gunung itu masih jauh lagi. Tahu sahajalah, kalau sudah masuk kedalam lumpur, baju menjadi kotor, kasut menjadi berat dimasuki pasir. Sedangkan sekejap lagi anda perlu mendaki gunung yang tingginya tidak tahu berapa kaki, perjalanan tidak tahu berapa lamanya. Sudah pasti perjalanan seterusnya tidak menselesakan anda dan kawan anda yang bermain "lumpur" itu. Dan pastinya akan melambatkan perjalanan dan mungkin anda akan tertinggal ke belakang.

Begitulah keadaan aku sekarang. :) Perjalanan aku di universiti itu masih jauh. (sambung nanti. nak gi pwtc, ada pameran buku ada sesapa nak kirim?)



Moga Allah permudahkan. Aku berkira-kira mahu teruskan atau tidak cerita "lumpur" ini, atau aku patut biarkan seperti air yang berlalu pergi. Hem, berkeputusan hampir beberapa hari, susah nak mengembalikan mood untuk menulis semula. Masa mencekang dengan beberapa perkara, duniawi pastinya. Ish ish ish. Anak dara tak elok kalau buat kerja tak habis - Kak Nie

Bagaimana hendak bermula ia? Baiklah sebenarnya lumpur itu adalah kegiatan sampingan aku semasa semester lepas. Komander. Hem. Betullah, aku seperti masuk kedalam lumpur, masuk kedalam nya, bermakna aku menanggung risiko. Macam-macam risiko termasuklah keciciran pelajaran. Alhamdulillah, banyak yang membantu. Tiada kertas yang terpaksa diulang semasa semester lepas. Semuanya dengan rahmat ALlah.Mungkin aku akan bercerita lagi samaada secara langsung atau tidak langsung didalam blog ini. Tapi mungkin tidak sekarang. Maafkan saya!


     



Ya Humaira, si merah, ana pinjam gambar!

No comments: