5/31/2004

Renovation In Progress!

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Renovation In Progress!

Sedang meneliti apa yang patut dibuang. Sudah lama rupanya bermukim di bilik aku. Sayang hendak di buang, tapi hari ini ; selamat tinggal kenangan lama. Saya telah buang anda ke dalam tong sampah.
Tersenyum puas. Perkara yang sukar dahulu untuk dilakukan berjaya dilakukan. Bukan susah hendak mengemas, tetapi susah hendak membuang barang-barang yang ada kenangan. Semuanya kerana SAYANG. Ada apa pada sayang, aku pun tidak tahu. Maaf kenangan lama, saya kejam pada anda. Buang anda kedalam tong sampah!

Semalam berpetang di PWTC, menyaksikan saat-saat akhir di sana. Menghayati suasana yang bukan senang hendak dijumpa. Tapi semalam memang padat manusianya. Ada yang membawa anak-anak dari sekecil-kecil hingga lah sebesar-besarnya. Berkesempatan menemui Ustazah Norbaya. Alhamdulillah sempat bersalaman. Ambik berkat! Teringat pesan Abang Long kepada aku, kalau jumpa alim ulamak, salam dan jangan lupa minta didoakan. Hampir kehilangan dompet semalam. Entah macam mana, dompet tercicir diatas kerusi. Bila sedar ketiadaan dompet, cepat cepat ketempat yang aku duduk tadi. Hem, trajedi ngeri seperti hendak berlaku lagi. Sudah sinonim dengan aku. Hilang Barang. Alhamdulillah, ada orang terjumpa, dan tanpa lengahkan masa aku terus ambil. Opsss. Terlupa nak ucapkan terima kasih agaknya. Terkejut sangat. Moga Allah berkati dia. Ameen.

Renovation In Progress!
? Terjumpa sesuatu semalam. Buku adik kot ni. Sambil mengemas sambil membaca. Manalah tak lambat. Hehe. Dari Bahasa boleh terbongkar peribadi. Baca sekejap sub tajuk itu. Ada kena mengena. Tersenyum lagi.

“Bahasa pakaian akal. Bahasa sebenarnya gambaran akal seseorang. Kekerasan dalam kata-kata tidak dapat diatasi dengan cara yang begitu senang, malah memerlukan latihan-latihan dalam masa yang lama. Kata-kata yang diucapkan sesuatu bangsa adalah gambaran dari fikirannya, menunjukkan akhlak dan kepercayaan mereka.”


Bagaimana pembaca hendak mengenal peribadi seorang penulis?
    • Carilah kata-kata yang selalu diulangi kerana kata-kata tidak akan diulang oleh penulis melainkan kata-kata itu mempunyai pertalian rapat dengan perasaan yang tersimpul pada dalam jiwa penulis itu.


Selepas ini kena berhati-hati kerana dari bahasa boleh terbongkar peribadi.

No comments: