5/09/2004

Semalam menonton rancangan HIJRAH di channel-9. Tak sangka pula di tv-9 ada rancangan keagamaan seperti itu. Pertama kali lihat sudah tertarik. Gabungan hos Wardina, seorang ustazah dan beberapa pembantu cukup hebat, antaranya adik Wardina sendiri. Mereka berkupas tentang topik aurat. :)
Ana tertarik dengan satu anologi daripada klip yang dipaparkan. Hasil pandangan periadi siapa tah nama dia, dah lupa. Dia mengibaratkan aurat wanita itu sebagai makanan. Makanan yang tidak ditutup akan dikerumuni oleh lalat, sejenis binatang yang kotor. Tapi jika makanan itu ditutup, makanan itu bersih. Ramai sangat orang nak beli disebabkan oleh kebersihannya. Harga pun mahal. Unik sekali perumpaan yang diberi dan membuatkan ana beberapa kali tersenyum sendiri. Betullah. Tak rugi kita menutup aurat. InsyaAllah. Dan selepas ini kalau ada yang mahu berlawan cakap pasal aurat, ana pasti akan teringatkan kata-kata ini. InsyaAllah. Hehe. Teringat pasal aurat ini juga, ketika melawat blog sahabat yang lama, rumah lama seorang sahabat, ada juga berkisar tentang aurat. Blog twin, twin ana curik sikit ayat ya. Heheh.

Kisah Ali seorang pengusti yang beragama islam yang terkenal tu. Bilamana suatu hari ada seorang anak dia datang melawatnya dengan berpakaian yang kurang sedikit keadaanya, Maka Ali itu pun menasihati anaknya:

Ali : "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You've got to work hard to get to them."

Kalau dalam ayat bmnya Ali tanya Hana. Kat mana boleh dijumpai berlian, lepas tu Ali kata nun jauh di dalam dasar tanah tu. Ali kata lagi. Dimana kita boleh jumpai mutiara. Di situ, nun jauh didasar lautan, diliputi dan disiluputi oleh shell. Shell tu orang panggil cengkerang kan. Hehe. Ali tanya lagi. Kat mana lagi kita boleh jumpa emas. Nun disana, dibawah sana jauh di bawah lombong sana, diselindungi oleh lapisan lapisan batu. Ali kata lagi. Untuk mendapatkan benda-benda yang berharga tu kita kena kerja keras. ya Allah. hem cantik sungguh kata-kata ini. Cukup membuatkan ana tersenyum. Alhamdulillah. Benda yang cantik selalunya diselindungi. Macam tu lah. Kalau aurat kita tu kita selindung maka? :) Tepuk dada tanya iman.

Ali : "Your body is sacred (suci). You're far more precious (berharga) than diamonds and pearls, and you should be covered too." Dengar tu kawan-kawan. :)

Rancangan HIJRAH tu hebat. Ana tak perasan siapa nama hos lelakinya. Kupasannya juga cukup menarik. Adik wardina (salah seorang yang ada ) pun ada bagi pandangan. Ana nak ulas panjang-panjang pun tak reti. Cuma dia (adik Wardina) tu kata memang susah, memang panas nak pakai tudung. Dia ingatkan kita kembali surah alam nasyrah. " Selepas kesusahan ada kesenangan" fainna maal usri yusra". Wah, banyak lagi, dan ana teringat kata-kata akhir Wardina, wardina kata sesiapa yang belum menutup aurat dia kata berfikirlah dan ingatlah sesungguhnya kita tak tau kita mati bila. Begitulah. Wallahualam.

Bila bercerita benda-benda begini. Ana teringat ke Arwah Dayah. Hem Al-fatihah untuk almarhumah. Ingat lagi dulu. Dia kata nanti cuti kita kumpul cerita-cerita. Lepas tu kita cerita buat pengajaran bersama-sama. Dia kata kat ana. Dia nak gi sekolah pondok masa cuti ni. :) RINDU. hem. Allah lagi sayangkan dia. :)



No comments: