5/16/2004

Ummu Sulaim atau nama gelarannya Rumaisha

Ummu Sulaim adalah ibu kepada Sayidina Anas bin Malik, seorang yang tegas dan kuat keyakinan pada islamnya. Oleh kerana cintanya Ummu Sulaim kepada Islam, maka berkali-kali dia meminta suaminya Malik Nazhar untuk hidup dengan agama yang sempurna iaitu Islam tetapi Malik Nazhar tidak mahu. Oleh kerana ketegasannya dan kecintaanya kepada agama Islam, maka bercerailah mereka kerana suaminya tidak mahu memeluk Islam.

Ummu Sulaim membuat keputusan tidak mahu berkahwin lagi sehingga Anas dewasa kerana dia mahu memberikan Anas pendidikan yang sempurna. Maka pada suatu hari, sewaktu penghijrahan Baginda Muhammad S.A.W ke Madinah Ummu Sulaim memberikan Anas kepada Rasulullah. Gembiralah Ummu Sulaim kerana berjaya mendapatkan guru dan sekolah yang terbaik iaitu sekolah kenabian.
Bekas suaminya Malik Nazhar atau lebih dikenali Abu Talhah yang masih kafir ingin berkahwin semula dengan Ummu Sulaim. Ummu Sulaim telah memintanya membawa mas kahwin yang tinggi. Maka Abu Talhah pergi mendapatkan Rasulullah untuk mengucapkan kalimah dua syahadah. Itulah mas kahwin yang paling tinggi.
Suatu hari semasa Abu Talhah tiada dirumah kerana urusan kerjanya, anaknya sakit dan akhirnya meninggal dunia. Seperti biasa apabila Abu talhah sampai kerumah dan bertanyakan anaknya. Ummu Sulaim berkata anaknya kini tenang dan sedang berehat. Abu Talhah tidak tahu anaknya itu sudah meninggal. Maka pada keesokkanya Ummu Sulaim berkata bertanyakan kepada Abu Talhah.

Ummu Sulaim : "Hai Abu Talhah, ada seorang jiran kita meminjam telah diberi pinjam pinggan padanya, datang tuan pinggan untuk mengambil pinggannya kembali. Tetapi tidak diberi oleh jiran kita itu. Apa pendapat engkau tentang jiran kita ini?"

Abu Talhah : "Mereka tidak berhak berbuat demikian,"
jawab Abu Talhah

Ummu Sulaim : Allah telah meminjamkan kepada kita anak, kemudian Dia meminta kembali anak itu."

Terdiam Abu Talhah lalu ia pergi berjumpa Rasulullah S.A.W dan menceritakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya. Bersabda Rasulullah S.A.W : " Semoga Allah memberkati kamu berdua dalam perbuatan kamu malam tadi."
Doa nabawi naik menjulang kelangit dan sejak hari itu Ummu Sulaim mengandung.


Sungguh hati ini menanggung rindu kepada insan-insan yang telah Allah pinjamkan kepada aku suatu ketika dahulu. Terasa tidak puas bersama mereka. Namun benda yang dipinjam, apabila tuannya meminta kembali, maka kita kenalah pulangkan. Moga Allah kuatkan diri aku. Sungguh aku memberhentikan seketika tulisan aku diblog, kerana aku seperti meminta simpati dari kalian semua si pembaca bukan kepada Allah. Aku seolah-olah mahu....hem. Cuma mahu kukatakan disini sebaik-baik pengaduan adalah kepada Allah, bukan manusia dan aku masih tidak sedar, masih terus alpha yang Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Selamat hari Guru. Guru-guru aku di banyak sekolah. Jasamu amat ku kenang. Aku tau, aku bukan seorang pelajar yang baik. Aku seorang pelajar yang nakal dan kekadang memeningkan kepala cikgu-cikgu. :) Namun hingga kini, ada kata-kata cikgu yang masih terbekas dihati ini.

"Jadikan apa yang awak rasai dan alami ini sebagai alat untuk membantu orang lain, awak dah rasa dan apabila orang lain menghadapi keadaan seperti awak, maka awak tolonglah lah dia ya. "- Cikgu Rosnah
"Jangan berputus asa, Awak ada masa sehingga awak masuk kedewan peperiksaan."-Cikgu Rosnah
"Jangan marah budak-budak. Budak-budak tu insan yang mulia, tiada noda. Budak-budak tu lah rexeki kita. (Masa tu aku mengajar) -Cikgu Kak Nie.

Dan banyak lagi......Terima Kasih semua. Moga ALlah memberkati kalian. Ameen.



No comments: