6/08/2004

Allahumma Solli Ala Muhammad.....

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Mari kita renungkan sama-sama. Khususan ila ana. Ditujukan khas kepada saya.

Abu Ja’afar meriwaykatkan kepada sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi S.A.W bersabda:

Tiada seorang Nabi melainkan ia mempunyai do’a yang mustajab, dan semuanya sudah menggunakan do’a itu didunia sedangkan saya masih menyimpan doa itu, untuk saya gunakan sebagai syafaat bagi ummatku pada hari qiamat. Ingatlah bahawa sayalah yang terkemuka dari semua anak Adam dan itu bukan bangga, dan saya juga yang pertama bangkit dari bumi, juga bukan kerana bangga, dan panji Ahmad ditanganku pada qiamat yang dibawahnya ada Adam dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan itu. Pada hari qiamat kesukaran dan kerisauan manusia akan bertambah dasyat sehingga mereka datang pada Nabi Adam A.S dan berkata :

Hai Abulbasyar(Ayah dari semua manusia) berikan syafa’atmu(bantuanmu) bagi kami dengan minta kepada Tuhan, supaya segera menyelesaikan kami ini.

Jawab Adam : Itu bukan bagian saya, saya telah diusir dari syurga kerana dosaku, dan kini aku tidak memikirkan kecuali sesuatu kecuali diriku sendiri, lebih baik kamu pergi kepada Nuh A.S kerana ia sebagai Nabi yang pertama.

Maka pergi mereka kepada Nuh dan berkata :
Tolonglah kamu mintakan kepada Tuhan supaya lekas membebaskan kami.

Jawab Nuh A.S : Bukan bagianku, saya telah mendoakan penduduk bumi sehingga tenggelam semuanya, dan kini tidak ada yang aku fikirkan kecuali diriku sendiri, tetapi kamu lebih baik pergi kepada Nabi Ibrahim A.S Khailullah.

Maka pergilan mereka kepada Nabi Ibrahim A.S dan berkata :
Tolonglah kami disisi Tuhan supaya segera memutuskan urusan kami.

Jawab Nabi Ibrahim A.S: Itu bukan urusanku, sebab saya telah dusta tiga kali. Rasulullah S.A.W bersabda: Ketiga-tiganya itu kerana mempertahankan agama Allah.

  1. Ketika ia diajak keupacara kaumnya, lalu ia menyatakan : Inni saqiem (sesungguhnya saya sakit)
  2. Ketika berkata: Bahawa yang merosakkan berhala-hala itu hanya inilah yang terbesar. (Bal Fa’alahu kabiruhum hadza)
  3. Ketika isterinya akan diganggu oleh raja yang zalim, lalu ia berkata: Ini saudaraku.


Kerana itu tiada yang tidak ada sesuatu yang merisaukan hatiku kecuali bagaimana nasibku, tetapi pergilah kepada Musa A. S sebagai kalimullah yang langsung mendengar firman-firman Allah.

Maka pergilah mereka langsung pergi kepada Nabi Musa A.S dan berkata :
Tolonglah kami gunakan sya’faat mu untuk menghadap Tuhan supaya menyelesaikan urusan kami ini.

Jawab Nabi Musa : Itu bukan urusanku, saya pernah membunuh orang tanpa hak, dan kini aku tidak memikirkan kecuali nasib diriku, tetapi kamu pergi kepada Nabi Isa A. S Ruhullah dan kalimatullah.

Maka segera mereka pergi ke Nabi Isa A. S dan berkata:
Berikan jasa syafa’atmu mintakan kepada Tuhan supaya segera meringankan penderitaan kami ini.

Jawab Nabi Isa A. S: Saya telah diangkat bersama ibuku oleh orang-orang sebagai Tuhan, dan kini tiada yang merisaukan aku kucuali urusanku sendiri, tetapi bagaimana pendapatmu kalau ada barang terbungkus dan tertutup, apakah dapat mencapai barang itu jika tidak dibuka penutupnya?

Jawab Mereka : Tidak,

Maka Nabi Isa A.S berkata : Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W itu penutup dari semua nabi-nabi, dan Allah telah mengampunkan baginya apa yang lalu dan yang kemudian, lebih baik kamu pergi kepadanya.

Nabi S.A.W bersabda : Maka datanglah orang-orang itu kepadaku, lalu saya jawab kepada mereka: baiklah, sayalah akan membantumu sehingga Allah mengizinkan bagi siapa yang dikehendaki dan diredhoinya, maka tinggal sekehendak Allah hendak menyelesaikan makhluknya, maka ada seruan : Di manakan Muhammad dan umatnya, maka kamilah yang terakhir didunia, dan yang pertama-tama hisabnya pada hari qiamat. Lalu aku berdiri bersama ummatku, maka ummat-ummat itu membukakan jalan untuk kami, sehingga ada suara , hamper sahaja ummat ini semuanya merupakan nabi-nabi, kemudian aku maju ke pintu syurga dan mengetuknya, lalu ditanya: Siapakan itu? Jawabku Muhammad Rasulullah, lalu dibukakan dan segera aku masuk dan bersujud kepada Tuhan dengan pujian yang belum pernah diucapkan oleh seorang pun sebelumku, kemudian aku diperintah : Irfa’ ra’saka wa qul yusma’ wasai tu’tha, wasy fa tusyaffa’ (angkatla kepalamu dan katakan akan didengar, dan mintalah akan diberikan dan diberikan dan berikan syafa’atmu akan diterima.) Maka saya memberikan sya’afatku kepada orang-orang yang didalam hatinya ada seberat semut (dzarrah) atau jagung dari iman keyakinan disamping syahadat an-laa ilaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah.-e.N.d

__________________________________________________________________

Termenung sebentar bila terbaca hadis ini. ingatan kembali kepada zaman lampau. Di usia lalu. berapa banyak dah dilakukan termasukalah tipu-tipu "sunat" dan tak sunat yang dah aku lakukan. Lantas teringat pesan sahabat: berkatalah benar walaupun pahit. Terasa pedih. Kita ni selamba ja lakukan dosa. Sedangkan nabi-nabi takut walaupun kesalahan mereka hanyalah sedikit. kita yang banyak ni bagaimana pula. masyaAllah. Hanya termenung sahajakah?

Walaupun aku rasa tak layak salin hadis tu disini untuk tatapan orang lain, namun aku masih ingat kepada sepotong hadis. Sampaikan walau sepotong ayat. Moga ada faedah.


No comments: