6/26/2004

Bismillahirahmanirrahim


Location : Library UITM DUNGUN (Shhh!)

Assalamualaikum..

Phuh.... Adus. Hem. Kuliah sudah pun bermula. Tiba-tiba hilang mood untuk belajar. Terasa kosong. Tiada matlamat. Tiba-tiba hilang matlamat. Kat mana kau wahai matlamatku.

Kekubur arwah semalam dan selepas itu ke rumah arwah di belakang hospital dungun. Hem. :) Bila rombongan kami sampai di rumah arwah, ibu arwah menangis. Terharu mungkin. Adik-adik dia pula macam tertanya-tanya. Bila ditanya mereka jawab "macam tak percaya aja"

"Boleh la panggil kak long" terasa sedih bila kak chik adik kedua arwah selepas kak ngah di utm, berkata begitu. "Panggil je, kak long tak kisah" kataku.

Sikecil berusia 5 tahun tidak mahu keluar bilik. A.L.I.A. nama diberi. Senyuman adik-adik arwah macam senyuman arwah. Sungguh aku rindu pada wajah itu. Kak Chik pelawak juga, macam arwah. Suka melawak. :) "Belajar rajin-rajin, bagi hadiah 8 A kat mak" kataku pada kak Chik. (Aku pula hilang semangat.)

Ibu arwah mencari-cari bayang arwah pada diriku. Aha saiz kami lebih kurang sama, tinggi sama tapi arwah halus sikit. "Tinggi macam kak long, tapi kak long (gelaran arwah di rumah) halus sikit," kata ibu arwah kepada suaminya. Mungkin mereka RINDU. Aku pun rindu juga. Hem....

_____________________________________________________________________
Aku nak bercerita sebenarnya pengalaman aku, bila abah meninggal. Apa perasaan aku. Apa pendapat aku terhadap semua ni. Apa step keluarga tu perlu lakukan. Aku nak kongsi semua itu. Biar jadi panduan sikit sebanyak kepada yang tak alami. Tapi kat library ni. Boleh guna sejam aja. Sempat ke tak ni?

Perasaan aku? ( Dulu la)
Keadaaan sebenarnya tak bermaya. Fizikal aja nampak ok. Hati dirundum kesedihan. Di saat ini, kawan-kawan amatlah diperlukan. Kawan-kawan hendaklah berziarah keluarga si mati. At least kesedihan itu dapat di kongsi. Kalau tak dapat melawat pun, at least bagi kata-kata semangat di corong telefon atau sms sahaja. Mudah kan nak gembirakan orang?

Ok, kalau datang melawat misalnya, atau hendak di buat kenduri, expecially hari kedua, atau hari ketiga atau sebagainya..(masa mula mula kematian tu) janganla biarkan keluarga si mati buat kerja. Turun dapur, gembirakan mereka. Masakkan mereka.. Hu hu hu. To be contonue. aku rasa ada orang nak guna komp...













No comments: