6/10/2004

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Terlajak perahu boleh undur, terlajak jalan?
Suatu Anologi dari kisah benar.

Teringat kisah terlajak jalan semasa hendak menghantar adik mendaftar di uia gombak. Terlalu yakin fasih jalan ke uia, kerana sebelum tu selalu berulang alik di sana mengikuti satu kursus sambil kerja. Ada dua simpang. terambil yang sebelah kanan yang menghala kekuantan. Terambil salah jalan, boleh undur tapi tak mahu undur. Terlalu risau ada kereta di belakang lalu aku ambil keputusan tidak mahu berundur, dan kerana terlalu yakin ada u-turn di hadapan.

Mencari-cari u-turn hampir 45 minit perjalanan baru terjumpa, u-turn sebelum terowong karak. Melintasi jalan yang agak berbahaya. Tinggi. Berdebar-debar. Tahu sahajalah jalan tinggi, macam mana nak gambarkan ia? Hem. Kereta pula sudah lama tak berservisZ. Bimbang, sangat bimbang si hijau itu meragam di tengah jalan. Udahlah semuanya perempuan dalam kereta. Yang lelaki hanya Darwish dan Danish. Mujur juga mereka tidur. Teringat pesan mak,(masa tu mak dan abah di Terengganu) kalau hadapi kesukaran baca Allahumma Yassir Wa La Tuassir. Ada sedikit sahaja masa yang tinggal untuk adik mendaftar masa tu sebelum menjalani Taaruf Week. Silap langkah terlepas waktu mendaftar dia. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian, kata hatiku.


Baiklah, setelah lama peristiwa itu berlaku. Maka tiba-tiba terfikir. Apa salahnya aku dengar cakap kakak aku, yang suruh undur kebelakang, undur perlahan-lahan. Kenapa perlu takut pada kereta yang tidak muncul lagi ketika itu? Dan aku sepatutnya tidak terlalu yakin bahawa ada u-turn yang dekat dihadapan sana.

Hidup kita seperti jalan. Kita yang memandu kereta melalui jalan. Jalan ini kadang-kadang berliku. Untuk melalui jalan yang jalan jauh kita perlu memastikan kereta kita dalam keadaan yang baik. Dan yang paling penting kita hendaklah selalu menyediakan kereta dalam keadaan baik. Mana tahu kita terpaksa berjalan jauh disebabkan terdesak.

Dalam keaadaan diatas. Adakalanya kita tidak boleh terlalu yakin dengan diri kita. Kita kekadang perlu mendengar nasihat orang yang lebih tua dari kita. Dalam mengharungi jalan yang jauh, kalau kita tersalah jalan, kita masih ada kesempatan untuk berundur, kita masih sempat untuk berundur. Tunduk, dengan penuh rasa baiksangka, undur perlahan-lahan disamping bertawakal bahawa tidak ada kereta yang muncul. Atau kita terpaksa mengharungi jalan yang berliku, penuh risiko, entah lepas atau tidak, silap-silap kereta yang kita pandu itu meragam.

Begitulah kawan-kawan. Aku tak tahu korang paham ke tak apa yang aku maksudkan. Tak apalah. Asal aku paham. Hu hu hu.

1 comment:

Anonymous said...

hurm...habaq sesiap nih aredy eh...hmmm dari cerita nih ... ady dapat sthing new...i've got my new courage...disamping my biskut...i'll have to do something for teh sake of my life.. :)