6/14/2004

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Semalam menjadi sejarah kepada keluarga aku. Yang ketiga melangkah kesana. Alhamdulillah. Mak kata biar semua kat sana. Di Uia. Aku je kat Terengganu. Ada hikmahnya InsyaAllah.

Dah besar rupanya adik aku yang sorang ni. Bila dia pakai kemeja putih ngan seluar slack hitam, terselah kematangan. Dah besar. Bismillahitawakal Ala Allah. Moga Allah jaga adik-adik aku semua.
Cik G berpesan pasang niat ke UIA. " Niat Mad, sebab apa kesana."

Uia tu pernah menjadi impian aku selama ni. Impian aku seda
ri dulu. Masa mula cik G dapat masuk, jeles juga aku. Aku masih diform 6. :) Jeles wei. Langkah bendul. Hehehe. Tak aci. Tapi alhamdulillah, biarlah adik-adik aku jadi pengganti aku kat sana. At least aku dapat "masuk" juga. Masuk menghantar. hu hu hu.

Kami adik beradik memang berderet dari dulu. Aku selang setahun dengan adik aku. Memang tak jauh beza sangat umur kami. Kalau pergi sekolah rendah tu berderet je. kalau naik bas masa dulu, macam kumpulan koir. Hehe. Cikgu-cikgu semua kenal kami. Si adik beradik. Daripada tadika sampailah sekolah rendah, bersyukur ada adik beradik ramai.

Bila dah besar semua merata-rata. Balik cuti pun tak sama time. itu aku sedih masa dok rumah dulu. Makan berdua aja dengan si kecik tu. Turun berat aku. Sunyi gila bila semua dah besar ni. Bila semua balik berkumpul, rasa rumah kami lah yang paling kecoh. hu hu hu. Alhamdulillah.

Argh, tiket bas tak beli lagi. Tetiba sedih pula. Suruh Kak Tun hantar la. Hehehe. Kena mendaftar pukul 1030 pagi, 19hb ni. Uish hari nih dah 14hb. mak oiii. (Malas nak fikir)

Ok lah, sampai kat sini aku membebel.

Wassalam...

No comments: