6/21/2004

Di Bumi Dungun

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Ana, Enti dan Antum

Alhamdulillah, ana berkhabar dari bumi Dungun. Syukur selamat sampai di Ketengah Jaya (Rumah Ayah De) pada jam 4 pagi hari sabtu. Dan seawal 9.00 pagi sudah bertolak ke Uitm untuk mendaftar. Berhaba sedikit di sini, maklumla kawasan yang berhampiran dengan pantai (laut sebenarnya). Terasa bahang walaupun berada di pagi hari.

Syukur, benar janji ALlah, selepas kesukaran ada kesenangan. Ana tak boleh mendaftar sebenarnya, kecewa, dah la Mak De duduk menunggu lama. Step pertama untuk mendaftar gagal. Sebab: Meremehkan benda yang mudah. Ana terlupa pulangkan kunci loker perpustakaan, natijahnya pendaftaran ana tidak boleh dibuat selagi kunci loker dipulangkan. Dan hari tu perpustakaan tutup. Buntu sekejap. Mencari-cari idea. Tak kan nak pulang semula ke rumah Mak De, beg pula berat. Mencari-cari akal, alhamdulillah ALlah kurniakan ilham. Ana tengok nama dikolej dan nama ada, maknanya boleh duduk kolej, lantas ana berkeputusan mahu letak barang dulu, dan urusan pendaftaran ana berputus mahu fikirkan esok harinya. Penat + Emosi, berkesudahan = KUSUT. Sedih sesangat, almaklumla datang dari jauh, tak boleh mendaftar pula. Hehe. Alhamdulillah dapat kolej, kalau tidak nak duduk kat mana. Syukran Jazilan buat sahabat sahabat yang mendoakan ana, Humaira, Amdang dan semua yang mendoakan ana dari belakang. Esok paginya seawal 5.00 pagi sudah bersedia fizikal dan emosi, bersedia untuk di leteri di bahagian perpustakaan dan menghadapi keadaan yang tak selesa di kaunter pendaftaran. ALhamdulillah, moga Allah berkati Puan Mazidah, sudi memberitahu ana langkah-langkah yang perlu dilakukan, sudi menolong seorang anak yatim yang musafir ini. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Keadaan berjalan dengan lancar selepas itu. Ana daftar u, kolej dapat kad makan, kad outing, slip bilik, baru rasa lega, alhamdulillah, kalau tidak rasa macam pendatang haram. Mula hargai kad makan, kad outing, betapa payah nak dapat kolej, betapa payah nak dapat makanan free. Syukur sangat-sangat.

Dan hari ini, ana telah mendaftar matapelajaran. Segala-galanya telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, malah berkesempatan pula bercoret-coret di blog kesayangan ana ni.


Pengajaran :

Segala yang berlaku ada hikmahnya. Misalnya, jika dibuntuti oleh masalah, jangan cepat-cepat bingung, berdoalah moga di permudahkan. Bak kata Humaira redha, dan kata Amdang jangan gelabah sangat. :)

Kedua, tiada benda yang mudah didunia ini. Benda yang senang itu jangan di pandang enteng. Benda yang senang itu kalau tidak diselesaikan akan menjadi sukar. Awas!

Ketiga, biarlah orang nak kata skema ke apa ke, ikut peraturan, ikut apa yang disuruh, agar tidak menyusahkan orang, kerana kalau kita menyusahkan orang bermakna kita menyusahkan diri kita sendiri. Kalau tidak mahu susah, jangan menyusahkan. :)

Oklah, moga ada manafaat, ana rasa benda ni boleh ditulis didiari sahaja, tapi kalau ditulis di blog kalau orang lain dapat manafaat apa salahnya. InsyaALlah. Moga ada manafaat.

Sekian sahaja dari bumi Dungun.

p/s : Twin...dah sampai Malaysia. Kak Tun dah selamat sampai. Alhamdulillah. Kak Tun, ambil no telefon ana. 013 958 58 62. Sorry erk Kak Tun, call masa tak sesuai hari tu. Kesian Kak Tun. Pening lagi tak?
Kalau sesiapa online ym, msg la ana ya.
Apa kata msg through ym kalau online. :). Bolehlah..bolehla. sesiapa online msg ya. Semua la.




No comments: