7/19/2004

Angin

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Location: Makmal 14b2

Taktala ini, angin bertiup kencang, uish, pertama kali dengar bunyi angin, mendayu-dayu bunyinya. SubahanaAllah. Cakap pasal angin ini, teringat tentang buku Hikmah Kejadian Makhluk. Mengapa Allah jadikan Angin? Sedikit petikan daripada buku itu. " Perhatikanlah keadaan angin yang sangat halus dan dapat bergerak itu, yang memenuhi seluruh bahagian bumi ini, sehingga dapat menghilagkan bau-bau yang busuk serta tidak sedap. Seandainya angin itu tidak diciptakan oleh ALlah, tentulah tempat tinggal manusia akan berbau tidak sedap, bahkan haiwan-haiwan akan binasa kerana terserang penyakit. Kemudian perhatikanlah pula manfaat yang dibawa angin tersebut, iaitu menerbangkan debu dan pasir ke berbagai perkebunan untuk menguatkan bermacam pepohonan. Dan menutupi permukaan gunung-ganang dengan pasir yang mengandungi debu, sehingga angin itulah laut itu dapat menjadi pasang surut, yang membawa kemnafaatan kepada bagi keperluan manusia, sebagimana laut pun memuntahkan keharuman ambar dan lain sebagainya. Selanjutnya perhatikanlah mengapa air hujan itu turun rintik-rintik , setetes demi setetes. Sungguh semua itu tidak lain terjadi kerana digerakkan angin. Seandainya angin tidak pernah bergerak, pastilah air hujan itu turun dengan sekaligus tumpah, mengakibatkan binasanya segala sesuatu tumpahan air hujan tersebut... Sedikit petikan. Wahai diri, jangan ditakutkan bunyi angin itu, takutkan yang menjadikan angin itu. Yang Maha Pencipta. Salam ceria dari bumi Dungun. Wassalam.

p/s : Angin bawakan berita rindu ini, kepada arwah abah, mak, adik-adik, sahabat-sahabat semua.

No comments: