7/05/2004

Bismillahirahmanirrahim

Location : Lab 13B1

Assalamualaikum.. Hampir menjengah waktu Dzohor, buntu sekejap selepas terputus idea menentukan perbelanjaan program yang akan di buat. Tak tau macam mana hendak mengangak.

Abaikan sekejap. Sebenarnya dah tiada masa. Malam ini jam 9.00 malam perlu dibentangkan, sedangkan aku langsung tak ada idea macam mana nak buat.

Maaf ya, sudah lama tidak berkhabar dari bumi Dungun, tiada apa yang menarik yang berlaku. Entah!
Tak mula mengulangkaji pelajaran lagi, sedangkan kuliah sudah pun berlangsung hampir beberapa minggu.

Baiklah, sekedar rengungan untuk diri sendiri, semalam aku terbaca buku bertajuk Hikmah Penciptaan Makhluk tulisan Imam Al-Ghazali diterjemahkan Abdullah Alkaf terbitan Penerbit Pustaka.

Aku tak baca habis lagi, cuma tertarik sangat sangat dengan sub tajuk Tafakur Tentang Hikmah Penciptaan Langit. Sedikit petikan daripada sebahagian yang aku baca semalam.

" Dalam memerhatikan penciptaan langit itu, ada sepuluh macam faedah iaitu:-

  1. Mengurangkan perasaan sedih

  2. Menyedikitkan perasaan ragu-ragu.

  3. Menghapuskan perasaan takut.

  4. Mengingatkan adanya Allah.

  5. Menumbuhkan perasaan hormat (ta'zhim) kepada Allah.

  6. Menghilangkan fikiran buruk.

  7. Mengubati penyakit hati.

  8. Menenangkan perasaan rindu.

  9. Mententeramkan orang yang cinta (al-muhibbin) kepada Allah.

  10. Menetapkan kiblat orang yang berdoa.


Jadi marilah kita sama sama membaca. Cillc seorang pesakit pun boleh membaca 80 buah buku dalam masa seminggu/dua minggu (tak ingat), apatah lagi kita yang sihat ini. Moga ada manaafaat. Jaga diri semua. Wassalam

No comments: