7/12/2004

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Location:14B2

Apa khabar semua? Baru berkesempatan menulis di blog yang telah diubah suai. Agak sibuk sejak kebelakangan ini. Seminar, kertas kerja, assignment. Sedikit tertekan. Ahaks. Kurang sihat ketika ini. Seakan mahu demam. Sakit tekak bercampur selsema.

Sabtu lepas dengan izin ALlah, berpeluang mengikuti seminar bertajuk Konsep dan Ciri-ciri Masyarakat Hadhari. Uhuks. Barulah tahu, bukan islam yang hadhari tetapi masyarakat yang hadhari. Islam hadhari tu silap sebenarnya. Hadhari adalah salah satu part dalam islam.

Abaikan soal Hadhari. Salah satu sub tajuk seminar ini adalah Cabaran dan Hidup Semasa. Di bawa oleh Raja Kamrin Raja Haron. Cukup menyentuh hati bila ustaz Kamrin membawa contoh cabaran hidup yang beliau sendiri hadapi. Beliau menceritakan beliau mengalami pelbagai kegagalan dalam hidupnya hampir beberapa kali.
Puncak cerita ustaz kamrin adalah apabila ustaz menceritakan bagaimana beliau berubah. Apabila ditanya apakah mangkin yang menyebabkan ustaz berubah, dia menjawab :" Dua faktor penting yang membuatkan saya tersedar adalah"

  1. Penghayatan daripada Kalimah Syahadah

  2. Nasihat Ibu


Kalau anda semua perhatikan daripada kalimah syahadah itu, "Aku naik saksi bahawa Allah itu Tuhanku, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Dua elemen penting didalam kalimah syahadah adalah ALlah dan Muhammad. Secara kesimpulan mudah yang diberi oleh ustaz itu ialah ikut syariat, and you will find the way. Kembali kepada ALlah dan Rasul, anda akan jumpa jalannya.

Ustaz Kamrin menekankan soal bertanya. Ustaz berkata kesan bertanya :

  1. Transformation of attitude akan berlaku

  2. Skill akan bertambah

  3. Knowledge akan bertambah


Bertanya adalah satu elemen penting dalam kehidupan kita. Anda tentu pernah dengar ungkapan ini Berjalan, Melihat dan Mentafsir Dulu saya selalu tertanya-tanya mengapa dan kenapa ungkapan ini wujud. Apa yang saya akan dapat. ALlah sendiri berkata dalam kalam agungNya yang lebih kurang bergini, kejadian ini adalah bukti kekuasaaan Allah.....mengapa kita tak nampak bukti itu? Mengapa? Jawapannya suis dalam hati kita tertutup. Untuk buka semula suis itu, kita hendaklah sentiasa berdzikir, baca Al-Quran, Sujud yang benar-benar sujud kepada ALlah dan belajar. Alangkah beruntungnya orang yang suis nya telah menyala bukan? =)

  1. Nasihat Ibu

Ustaz Kamirn mengalami kegagalan sejak kecil lagi. Diatas desakan hidup, desakan kemiskinan hidup dan juga kemiskinan kasih sayang, beliau lari dari rumah, membawa diri. Dalam usia yang remaja itu beliau sudah menyara diri sendiri. Setelah mengalami kegagalan demi kegagalan, maka suatu hari Ustaz Kamrin membuat keputusan untuk pulang semula kerumah ibunya. Apabila beliau pulang, beliau rasa "tidak boleh masuk" dengan keluarganya. Ibu ustaz menasihati ustaz untuk keluar dan duduk dimasjid selama 100 hari. Di Masjid Tengah sekitar Terengganu. =) Sejak itulah beliau berubah. Dimasjid beliau melalakukan sulat taubat dan sebagainya. Dan beliau keluar semula dengan kalimah "Bismillahitawakal Ala ALlah. Wala Haulawala KuwwataIllah Billah Hil Alimil A'zim." Beliau keluar dan mencari kehidupan baru.

Ustaz itu membuat kesimpulan daripada hidupnya. Ustaz kata ada dua golongan manusia. The Have dan The Have Not.

Mari kita lihat apa itu golongan The Have dan apa itu golongan The Have Not

The Have

  1. Ada Ilmu

  2. Ada Wang

  3. Ada Orang yang Menasihati

  4. Ada Team


The Have Not

  1. Ilmu yang Sedikit

  2. Tidak Ada Wang

  3. Tidak Ada Orang yang Menasihati

  4. Tidak Ada Team



Banyak yang ustaz itu beritahu. Ustaz itu kata, Golongan the have not adalah golongan yang berada dikampung kampung, di kawasan perikanan, penarik beca dan sebagainya. Golongan the have not itu perlu dibantu.

Ustaz tu kata lagi. Bila ada masalah, jangan lari daripada masalah, sebaliknya kenal pasti masalah (problem definiton) dan bertanya pada yang tahu.















No comments: