7/26/2004

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Location: Makmal 14b3

Hem. <--- tak terkata, terkezut bila dapat markah kuiz Csc159, lanjutan daripada csc119 sem lepas. Teruknya.......seperti bunyi alarm yang mengejutkan orang yang tidur. Jadi segar aku bila dapat markah tu. Malunya...aduss...itulah, main main lagi. Beberapa kali menyabarkan diri. Ada hikmah disebalik kejadian InsyaAllah.




p/s : Kenapa aku cerita pasal ini? Takapalah, peringatan pada diri ini yang sering tertidur dalam meniti hidup. InsyaAllah.
______________________________________________________________

Baru-baru (23-24/7)ini dengan izin Allah, Allah pilih aku menjadi sebahagian daripada tenaga program untuk part 1 dengan kerjasama BH ( Baitul Hikmah). Baru terasa apa itu pengorbanan, mengorbankan masa seronok di Kuala Abang (program GEMA)hanya untuk bersama adik adik disini. Syukur sangat-sangat, semester ini Persatuan BH aktif memberi pengisian kepada adik-adik, sesuatu yang aku cari pada semester lepas.
Aku hanya tersenyum, teringat kisah pada semester lepas. Dahulu manusia yang menulis ini sering bersendiri meniti hari, membelah dugaan yang saban hari kian mencabar. Cuba-cuba koreksi diri dengan menilai kembali apa yang aku lakukan pada semester lepas. Ada yang cukup manis. Ada yang terlalu pahit untuk aku telan. Tetapi bijaksana sering berkata, yang pahit itu ubat bukan?
kadang-kadang benda yang kita usahakan sendiri lebih kita hargai daripada benda yang di kita dapat percuma dari orang lain bukan?

RUMAH KECIL TIANG SERIBU
RUMAH BESAR TIANG SEBATANG
SEMASA KECIL DITIMANG IBU
SUDAH BESAR DITIMANG GELOMBANG


Rasanya sampai disini. Bermusim belajar sekarang. Cukuplah sekali ini aku dapat markah yang macam gini. Doakan aku semua. Doakan manusia di bumi Dungun ini. Wassalam.

No comments: