7/07/2004

Handphone ooo Handphone

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Location: Makmal 4B1

Semalam aku tersungkur semasa melintasi longkang. Terjatuh. Mujur tiada orang yang melihat aku. Berpakaian seragam pula masa itu. baru pulang dari mengajar Kawad. Ehem. (malu pula). Screen h/p punah! Punah juga hatiku. Redha! Pelajaran yang aku dapat semalam. Redha. Bukan luka yang mengelurkan sel darah merah itu yang aku kisahkan, bukan lebam di kaki yang aku fikirkan. Seperti mimpi, tentu ada hikmahnya. Cuba-cuba mencari kesilapan hari ini(semalam). Memang ada. Tarbiyah terus dari Allah. Astagfirullahalazim...

Mungkin Allah uji aku dari segi kebendaaan. Benda yang aku sayang tak akan kekal. Mungkin itu adalah ujian Allah. Pasrah. Orang lain lagi hebat ujiannya. Setiap manusia akan di uji bukan?

Masih teringat pesanan aku kepada adik-adik selepas mengajar kawad. "Setiap yang berlaku ada hikmahnya, terimalah seadanya" seperti terkena ke batang hidung sendiri. Menasihati orang memang pandai. Kalau nak buat memang payah!!!

Terlupa hendak khabarkan kepada semua. H/p aku yang lama sudah ketemu. Sekarang bermanja-manja dengan telefon yang satu ini. Lepas tu miss call la saya ya. Supaya saya dapat nombor anda. Nombor dalam telefon ni baru je buang, sebab berhajat nak jual h/p tu. Silalah bagi nombor ya.

p/s: Lepas ini kena salin nombor telefon dalam buku telefon.

No comments: