8/04/2004

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Location:4B1

Awwal Qalam, alhamdulillah, syukur kepada Allah, hari ini, dimasa ini, Allah beri kesempatan pada diri ini untuk mencoret sesuatu di kertas maya maya ini. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Marilah kita sama-sama bersyukur kerana hari ini kita masih hidup. Terus hidup untuk menghirup udara yang Allah bekalkan kepada kita. Terus hidup untuk melaksanakan tugas kita sebagai khalifah Allah. Marilah kita sama-sama memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab. Marilah sama-sama kita muhasabah diri. " Apa yang aku buat semalam" Apa sumbangan yang telah aku buat untuk ISLAM?"

_____________________________________________________________________

Baru tamat test 1 untuk kertas 159. Pengkhususan dalam pemahaman assembly langugage, atau bahasa assembly. Lemah sangat-sangat. Cuba mencari minat dalam mempelajari bahasa ini. Bahasa Komputer! Cukup mencabar. Banyak sangat cabang untuk memahami Komputer. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. :)

Selepas cuti ini, pelbagai test akan menyusul. Bukan sebarang cuti. Cuti untuk belajar untuk peperiksaan. Mulai rindu kepada rumah. InsyaALlah, hamba Allah ini, akan pulang ke Kuala Lumpur pada 6 hb malam. Doakan selamat ya. Doakan saya.

Cuba baca blog ini. Encik Khairul
. Saya suka membaca blog ini. Sarat dengan idea. Seorang programmer memang seorang pemikir. Cukup mengangumi bakat yang Allah berikan kepada Encik Khairul dalam berfikir. Marilah kita sama-sama belajar daripada beliau. Bila saya membaca tulisan maya Encik Khairul, saya banyak berfikir.


No comments: