8/18/2004

Exam Oh Exam

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Location: Kat Makmal 4B1



Alhamdulillah, usai 3 test semalam dalam satu hari. Daripada jam 8 pagi hingga 10 pagi, bersambung 10 pagi hingga 12 tengahari dan malamnya pula dari 2000 malam sampai pukul 2200 malam. Semua subjek berat-berat, Matemamtik dan killer subject CSC 175. TERTEKAN! Macam nak pecah kepala. (sapa suruh study last minutes) Hem. Banyak pengajaran daripada test ni. Jangan study last minutes, takut nanti akan dikuasai oleh emosi gelisah, langsung membantutkan semangat. Huhu. Padan muka! :) Cuba mencari kesalahan. Apa yang aku buat sampai aku study last minutes. Cuba-cuba mengintai ruang yang dibazirkan. Rasanya sebab sibuk dengan kawad juga dengan kem baru-baru ni <---alasan. :) Alasan, Alasan selama-lamanya alasan!!!

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat nikmat yang Allah berikan. Selalu dan selalu sangat ALlah berikan aku peluang, walaupun aku ni selalu lagho, selalu lalai, selalu alpha dalam memberi peluang pada diri sendiri. Banyak sungguh yang aku dapat daripada kem ini. Anjuran Baitul Hikmah.
(hidup untuk islam, mati dalam islam untuk islam) Penekanan yang cukup penting iaitu tentang soal aqidah. Aqidah lah segala-galanya. Memang aku dah belajar tentang aqidah dari tingkatan satu lagi. Aqidah tu apa. Even semester lepas pun aku belajar bahagian-bahagian tauhid. Tapi setakat belajar aja lah. Tak tau satu benda apa. Belajar untuk periksa. Inilah balasanya. Lepas exam lupa. :) Teringat pesan abang long semalam semasa cuba mengurai kekusutan otak aku. Kaitkan belajar itu dengan Allah. Selawat banyak-banyak Opss. Pensyarah nak mengajar. Sambung nanti InsyaALlah. Jika ada peluang.



No comments: