8/13/2004

Mim Alif Raa Aliff Haa

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Location: Baiti Jannati

Benda yang selama ini dijaga, dipupuk, disemai sedikit demi sedikit semasa bermusafir di bumi Dungun akhirnya hancur!

Orang yang paling bijak adalah orang yang boleh menahan kemarahannya
Entah mengapa semalam terasa seperti orang bodoh, benda telah terjadi tapi masih lagi mahu dipertikaikan. Kadang-kadang kita marah, marah kerana orang tidak membuat apa yang kita expect mereka buat. Dalam kata lain, kita marah orang lain apabila orang lain menghampakan kita setelah kita bersusah payah! Perasaannya adalah sungguh kecewa! Oleh itu kawan-kawan janganlah menghampakan orang lain, bak kata Humairah" "mana tau selepas ini adalah Subuh yang terakhir." Nasihat untuk diri sendiri juga ini. Kalau kita buat sesuatu tu, cuba kita fikir effect dia ke atas orang lain. Janganlah bersikap mementingkan diri. Tak kan lah kita tak nak buat sesuatu yang simple tu kerana malu? Kerana malu kita tu, kadang-kadang memakan diri kita dan orang lain. Ingat setiap benda yang orang beri pada kita adalah amanah yang diberikan, yakni harapan, kepercayaan. Bila kita gagal, bermakna kita gagal meletakkan kepercayaan orang pada diri kita. Sukakah kita bila orang tidak percayakan kita lagi? Suka??

Aku gagal juga semalam. Gagal menahan getaran kemarahan. Terasa kecewa, namun benda telah berlaku. Tentu ada hikmahnya. Mungkin aku terlalu berharap, terlalu berharap dan aku telah meletakkan seratus peratus kepercayaan pada dia. Bila tidak seperti yang aku mahukan, maka aku kecewa. Erkkk. Astagfirullahalazim. Tak apalah, pengajaran untuk masa hadapan. Pengajaran menuju kematangan. InsyaAllah. Aku sahaja mungkin terlalu mengharap kesempurnaan.

Teringat pesan Pak Utih semasa PPM04 yang lepas, " Kalau nak marah, cepat-cepat angkat tangan kiri, guna jari-jari di tangan kiri kita untuk bilang satu hingga sepuluh." Kenapa macam itu ya? Otak kita terbahagi kepada tiga bahagian : atas = Fikir, tengah = Emosi, bawah= Lawan/Lari <--Rujuk buku Dr Danial. Ok, kalau kita nak marah tu maka sel-sel kemarahan tu berada diotak tengah akan turun kebawah yakni bahagian bawah otak iaitu samaada kita lawan, atau lari. Jadi dengan cara kita angkat tangan kiri kita dan bilang satu hingga sepuluh, kita meredhakan marah kita, mengelakkan sel-sel marah kita turun kebahagian bawah otak iaitu bahagian lawan/lari. Kalau nak huraian panjang lebar lagi cari buku Dr. Danial ya. Buku tu agak terkenal sekarang. Apa lagi belilah :) <--cakap kat diri sendiri. Cara angkat tangan tu adalah sebahagian daripada point yang Pak Utih beri, sementara teringat ni, saya bagi lagi beberapa point yang dihurai oleh Pak Utih mengenai apa yang perlu dibuat jika hendak marah :
  1. Deep Breathing until you have calm down. ( Tarik nafas panjang sampai keadaan sudah tenang)
  2. Kira guna tangan kiri.
  3. Self Talked while you are in "Time Out" ( Bercakap dengan diri sendiri)
  4. Hydrotheraphy <-- ambil wudhuk la
  5. Letak 4 jari kat atas dahi.


Maafkan saya kalau saya tertambah dan tertolak ya. Biasalah kadang-kadang tersalah salin.

Baiklah, sampai disini sahaja. InsyaAllah ada kelapangan, ada idea, ada ilham InsyaAllah saya akan coret lagi di buku tulis maya ini. InsyaAllah.

No comments: