10/18/2004

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum..

Destinasi: Baiti Jannati

Laman Web Menarik Hari Ini:
http://www.masyuk.com/jinzora/ ( mp3 nasyeed)
http://www.palestinkini.info/index.php

Pengajaran hari ini:


Alhamdulilllah, sudah dua hari berada dirumah sendiri setelah tamat berperang di medan final. Syukran Jazilan kepada kakak-kakak BH, moga Allah rahmati kalian. Sebenarnya tamat final 15hb lalu, bermusafir di rumah kakak-kakak tu dimalam final terekhir sebab dah tak tahan <---tak tahan apa? Heheh, tak tahan nak menahan rasa, memandangkan tu malam Ramadhan, tak nak duduk seorang diri, lalu pergi ke rumah mereka. :) Terasa ukhwah berdasarkan aqidah ini sebenarnya lebih daripada ukhwah bersama adik beradik yang lain. Terubat sebentar rindu dirumah bila berada dirumah mereka. Alhamdulillah. Syukran pada Kak AS sebab sudi meneman study walaupun dia demam. Ana tak cakap depan-depan yang ana terharu, sebenarnya ana betul-betul terharu, TERHARU. MasyaAllah, moga Allah rahmati ahli bait baitul Iqram. Moga Allah berkati pejuang-pejuang itu. Moga Allah berikan mereka rexeki kejayaaan dunia dan akhirat. Marilah sama-sama kita ameenkan.

Terasa Ramadhan kali ini benar-benar lain. Dan terasa Hari Raya yang akan mendatang juga lain. Kali ini InsyaAllah kami akan beraya di Terengganu. For the first time in Terengganu. Hem. InsyaAllah.

Adus, terasa pedih, kepedihan itu sebenarnya telah lama dirasai di malam terakhir final, membujuk Kak AS ambil, tidak betah lagi duduk keseorangan menahan kesedihan, sedangkan esoknya subjek killer akan menjengah. Mujur alhamdulillah, mujur Allah gerakkan untuk ke rumah mereka. Terubat sedikit sebanyak. Sebenarnya banyak! Pedih mengingatkan Ramahdan kali ini, tanpa abah. Selalu abah yang akan memanggil kami sahur. :) Dah besar pun macam itu. Heheh. Kenangan. Biarkan ia berlalu. :)

Ok lah, ana doakan semuanya berjalan lancar. :) Moga kalian berbahagia. Selamat menjalani latihan khas daripdaa ALlah. Medan latihan di bulan mulia, Ramadhan. Moga kalian kuat untuk berjuang. Jaga diri semua. Wassalam





No comments: